Arteta Cuak Lalu Bertukar Jadi Usain Bolt, Memecut Untuk Halang Xhaka Dari Bertumbuk

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta nyata cuak lalu bertukar menjadi Usain Bolt dan terus memecut laju bagi menghalang Granit Xhaka yang dipenuhi aura kemarahan dari bertumbuk.

Granit Xhaka dilihat menonong pergi ke arah penyokong Tottenham Hotspur dan Mikel Artetat sudah pasti tidak akan membiarkan perkara itu dari terjadi yang akan merugikan pasukan.

Kekecohan terus terjadi selepas tamat perlawanan diantara Richarlison, Aaron Ramsdale dan juga penyokong Tottenham Hotspur yang berada di belakang gol.

Natijahnya Aaron Ramsdale telah ditendang diatas belikatnya selepas mengambil botol minuman dan keadaan segera dikawal, steward menolak jatuh penyerang yang kemudian melarikan diri.

Terdapat pergelutan besar yang mencetuskan kekecohan apabila pemain dari kedua-dua pasukan hadir untuk terlibat sama berikutan insiden antara Ramsdale dan peminat.

Mikel Arteta pantas menyeberang dan mengheret Aaron Ramsdale yang kelihatan bengang selepas diserang kelihatan pengadil cuba menenangkan Ramsdale ketika Arteta tiba.

Arteta mempunyai senyuman terpancar di wajahnya ketika dia membawa Ramsdale ke arah penyokong Arsenal yang hadir ke stadium dan berada di seberang padang.

Ketika Ramsdale mula bertenang dan tidak membantah lagi senyuman sang juara yang manis segera hilang dari wajah apabila dia melihat Granit Xhaka menyerang kembali ke arah penyokong tuan rumah dengan gaya hendak bertumbuk.

Arteta mula beraksi dan menunjukkan teknik larian pantasnya seperti Usain Bolt lalu memecut mengejar Granit Xhaka dan menghalangnya daripada terlibat secara berlebihan.

Dia kemudian membimbing pemain tengah Switzerland itu ke seberang padang untuk berterima kasih kepada penyokong mereka yang sanggup hadir memberi sokongan.

Sudah pasti Mikel Arteta sangat mengenali Granit Xhaka yang bukan sahaja berani malah berhati kering kalau melibatkan bab-bab pergaduhan di padang.

Di Piala Dunia 2022, ketika Switzerland menentang Serbia, Xhaka melakukan provokasi ke bangku simpanan lawan lalu Xhaka diserbu dan dicekik namun tetap selamba menghadap situasi itu sendirian.

Mikel Arteta menyatakan selepas perlawanan bahawa kemenangan ke atas Tottenham adalah salah satu momen terbaiknya dalam karier di Arsenal setakat ini.

“Ia adalah salah satu yang terbaik untuk berlaku adil, kerana sudah lama. Saya fikir ia adalah 2014 sejak kali terakhir kami memenangi [perlawanan liga di tempat lawan] dan kami bercakap mengenainya sepanjang minggu.”

“Jelas sekali kami tahu keputusan lain dan hari ini adalah hari yang besar untuk kami, dan kami sangat gembira.”

“Kami mempunyai keistimewaan untuk mempunyai peranan dan pekerjaan di mana anda boleh menggembirakan ramai orang dan apabila anda mempunyai peluang itu, anda perlu sangat menginginkannya dan saya fikir pasukan hari ini menunjukkan betapa mereka mahukannya.”

“Semoga orang ramai akan berbangga dan gembira hari ini dengan cara pasukan bermain dan cara kami memenangi perlawanan itu.”

Mengulas mengenai kekecohan selepas perlawanan, Arteta dia tidak tahu apa-apa dan memuji aksi Aaron Ramsdale:

“Saya tidak nampak kejadian itu. Kami akan berurusan dengan itu. Tiada apa yang boleh kita lakukan sekarang. Saya tidak mahu mengambil sebarang keseronokan atau kepuasan yang kita ada pada masa ini, kita akan menanganinya esok.”

“Apa yang saya lihat ada keindahan perlawanan dalam bola sepak. Aaron telah melakukan beberapa aksi penyelamatan hebat. Saya sukakannya kerana anda perlu menang di sini.”

Arsenal kini meneruskan konsistensi dan berada di landasan terbaik untuk menjadi juara selepas berjaya menjarakkan diri dari City yang tewas kepada United.

BACA:  Arsenal Mahu Dapatkan Bintang Liverpool Yang Kini Sering Diketepikan