Arthur Melo Beritahu Peminat Liverpool Dia Masih Wujud Dengan Luahan Penuh Emosi

Arthur Melo seolah-olah mahu memberitahu peminat Liverpool bahawa dia masih wujud di Anfield dengan satu luahan penuh emosi bersempena tahun baru 2023 dan mengimbau apa terjadi di tahun 2022.

Tahun 2022 merupakan mimpi ngeri buat Arthur Melo yang melalui pelbagai darjah kesukaran dalam karier bola sepaknya yang pada musim panas lalu sepaptutnya merupakan jalan terbaik untuk kariernya.

Arthur Melo telah diikat Liverpool pada hari terakhir jendela perpindahan secara pemain pinjaman selama semusim dari Juventus bagi memperkasakan kelesuan bahagian tengah.

Liverpool telah membayar yuran pinjaman sebanyak £3 juta untuk pemain Brazil itu dan juga mempunyai pilihan untuk membelinya secara tetap pada nilai £33 juta dipenghujung musim.

Satu pelaburan yang agak berbaloi jika Arthur Melo gagal sekalipun dan sudah pasti menjadi satu bonus buat Liverpool jika dia menyinar namun lain pula terjadi.

Hanya 13 minit sahaja aksi Melo sejak tiba di Anfield dan kecederaan paha pada awal Oktober memusnahkan harapan Melo dan Juga Liverpool apabila terpaksa menjalani pembedahan.

Jika diikutkan kepada progres pemulihannya dia mungkin akan kembali sehingga akhir bulan Januari dan impak segera perlu diberikan Melo jika mahu kekal relevan bersama Liverpool atau dihantar kembali ke Itali.

Arthur Melo menggunakan paltform Instagram rasminya untuk menyiarkan kenyataan yang penuh emosi – mencerminkan kesukaran yang dihadapinya sepanjang tahun lalu.

Dia menulis:

“2022 tahun paling sukar dalam hidup saya! Tahun bola sepak yang rumit, dengan banyak kecederaan, banyak kritikan yang terpaksa saya dengar secara senyap, tanpa sekurang-kurangnya mempunyai peluang untuk mendedahkan kebenaran, apa yang sebenarnya berlaku.”

“Banyak malam tanpa tidur kerana kesakitan fizikal, berhari-hari di dalam hospital, keperitan menunggu laporan perubatan dengan harapan ia bukan sesuatu yang boleh menghalang saya daripada melakukan perkara yang paling saya suka, bermain bola sepak.”

“Tahun di mana saya mengambil paling banyak perkembangan sebagai pemain bola sepak untuk mencapai matlamat saya. 2022 adalah tahun yang paling saya dedikasikan di luar padang, paling banyak berlatih, paling banyak mencuba dan merupakan tahun saya paling banyak menghadapi masalah di atas padang.”

“Setahun dengan banyak pergolakan emosi dalam kehidupan peribadi saya, tahun yang semakin saya berjuang, semakin banyak perkara yang tersasar! Dan perkara yang paling penting…”

“2022 adalah tahun saya paling berkembang sebagai seorang manusia, kerana seorang anak lelaki, sebagai teman lelaki, sebagai kawan, sebagai seorang atlet!”

“Saya hanya perlu berterima kasih untuk tahun 2022, untuk semua pembelajaran, tahun yang sukar, fasa yang sukar. Tetapi ia adalah tahun yang mengajar saya banyak pelajaran dan yang akan saya bawa ke tahun-tahun seterusnya dalam hidup saya. Terima kasih anda 2022 dan bawa 2023! Kuatkan, Percayalah.”

Liverpool kini berharap tiada lagi halangan dalam pemulihan Arthur, dengan perlawanan sukar akan datang pada penghujung Januari dan awal Februari.

Skuad Klopp akan menerima kunjungan empat saingan teratas Chelsea pada 21 Januari dan menentang Wolves di tempat lawan pada 4 Februari, sebelum menentang Everton dalam pertembungan derby Merseyside di Anfield pada 13 Februari.

Arthur menandatangani kontrak dengan Juventus pada 2020 sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran yang membawa Miralem Pjanic ke Barcelona. Tetapi pemain berusia 26 tahun itu hanya membuat 24 permulaan dalam Serie A dan mendapati dirinya berada di pinggir rancangan Massimiliano Allegri musim lalu.

Liverpool dilihat jalan terbaiknya dan Melo mengaku itu perkembangan terbaik kariernya dipinjamkan ke Liverpool namun kecederaan pula menjadi mimpi ngeri.

Baca Juga

Baca Juga