Asamoah Didenda Kerana Rambut yang ‘Tidak Beretika’

Bekas penyerang Sunderland, Asamoah Gyan – yang kini bermain untuk Al-Ahli secara pinjaman dari Shanghai SIPG, telah disaman Persatuan Bola Sepak Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kerana gaya rambut yang ‘tidak beretika’, dan dia adalah salah seorang yang didenda daripada jumlah keseluruhan 46 pemain.

Menurut undang-undang tempatan, potongan rambut yang berbentuk Qaza’ adalah dikira melanggar etika Islam dan pemain yang didapati berbuat demikian akan didenda. Qaza’ bermaksud mencukur sebahagian rambut dan sebahagian lagi ditinggalkan. Dalam bahasa yang hipster, Qaza’ ialah tatu rambut.

Contoh Qaza’

Contohnya seperti Pogba yang meletakkan emojinya sendiri di rambutnya, atau sebahagian pemain Malaysia yang mengacah nombor jersi – kononnya- di rambut mereka.

Dalam kes Asamoah, dia telah mengacah rambutnya dengan nombor 3 dalam tulisan Arab.

Sebenarnya kes seperti Asamoah ini bukanlah kali pertama berlaku di Asia Barat. Penjaga gol Arab Saudi, Waleed Abdullah, pernah disuruh untuk mencukur rambutnya yang tidak Islamik oleh pengadil sebelum  beraksi untuk kelab Al-Shabab.

Walaubagaimanapun, tiada garis panduan yang jelas dalam hal rambut ini. Laman web Ahdaaf telah tweet satu perbezaan di mana pemain terbaik Asia sepanjang tahun, Omar “Amore” Abdulrahman dibenarkan untuk menyimpan rambut sedemikian, sedangkan Suhail Al-Mansoori telah diarahkan untuk memotong rambutnya.

https://twitter.com/ahdaafme/status/831591675541716992

Jadi, siapakah yang menentukan bahawa rambut seseorang pemain tersebut menepati piawaian atau tidak sebelum perlawanan? Tentulah pengadil!

Baca Juga

Baca Juga