Asean Charity Shield 2023: Buriram United 7-0 Kelantan FC

Juara bertahan dan peneraju masa kini Thai League, Buriram United telah membelasah Kelantan FC tujuh gol tanpa balas atau 7-0 dalam perlawanan Asean Charity Shield 2023.

Perlawanan Asean Charity Shield 2023 ini berlangsung di Stadium Tinsulanonda, Songkhla Thailand dan pada tahun lalu Negeri Sembilan menjadi pasukan jemputan dan tewas 2-1.

Pada minit ke-8, Buriram United memulakan pesta gol apabila Haris Vuckic telah melakukan hantaran melalui sepakan Trivela yang disambut oleh Suphanat Mueanta.

Tanpa dikawal dan tiada tekanan dengan tenang Suphanat melakukan rembatan ke tiang jauh untuk gol pembukaan Buriram United.

Lima minit kemudian hantaran gelembung buaya Chitiphat nyata tepat menemui rakan dan Jonathan Bolingi tiada masalah untuk menggandakan kedudukan buat Buritam United.

Pada minit ke-17 Supachai Jaided menjaringkan gol ketiga selepas memperdayakan penjaga gol Kelantan. Cantik lambungan Haris Vuckic untuk assist keduanya.

Kelantan hampir menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke-38 namun hanya rembatan lemah dan tepat ke penjaga gol mampu dilakukan.

Lima minit sebelum tamat babak pertama, Buriram United menjaringkan gol kembali juga melalui Suphanat Mueanta melakukan voli deras selepas menerima umpanan Jonathan Bolingi.

Hanya empat minit diperlukan Buriram United selepas perlawanan kembali bersama untuk menjarakkan kedudukan melalui Haris Vuckic di mana Narubadin Weerawatnodom menghantar bola kepada Supachai Jaided yang membuat setting cantik untuk Haris Vuckic merembat deras.

Pada minit ke-54 hantaran Narubadin Weerawatnodom menolak bola kepada Goran Causic di luar kotak penalti dan rembatan leretnya menewaskan penjaga gol Kelantan FC buat kali ke-6.

Kelantan FC berjaya mendapat sepakan percuma namun diterjemah sebagai gol apabila bola melepas palang.

Pemain pertahanan tengah Malaysia, Dion Cools yang membuat debut bersama Buriram United telah mencetak nama selaku pencipta assist untuk gol ketujuh Buriram United.

Gol berpunca dari sepakan penjuru Dion Cools yang ditanduk tajam oleh kapten Buriram United, Narubadin Weerawatnodom.

Debut power buat Dion Cools apabila sudah menjulang Piala dalam perlawanan pertamanya.

รายชื่อผู้เล่นทั้ง 2 ทีม (Kesebelasan Utama)

บุรีรัมย์ ยูไนเต็ด : ศิวรักษ์ เทศสูงเนิน (นพพล ละครพล น.46) (ผู้รักษาประตู) (C), รัตนากร ใหม่คามิ, เรบิน สุลากา, ชิติพัทธ์ แทนกลาง (เสกสรรค์ ราตรี น.58), ดิออน คูลส์, โกรัน เคาซิช (พงศกร หาญรัตนะ น.86), ศุภชัย ใจเด็ด, ศุภณัฏฐ์ เหมือนตา (อาทิตย์ บุตรจินดา น.71), โจนาธาน โบลินกิ (ธวัชชัย อินทร์ประโคน น.71), ลอนซานา ดุมบูญา (นฤบดินทร์ วีรวัฒโนดม น.46), ฮาริส วูชคิช (ภัทร สร้อยมาลัย น.86)

กลันตัน เอฟซี : 13.นิค มูห์ด อามิน บิน อาห์หมัด (ผู้รักษาประตู), 4.มูฮามัด กราฟฟาร์ (C), 7.มูห์ด อารีพ อามิรุดดิน, 11.อาห์หมัด ไคริล ซัมรี, 12.อับดุล ราฮิมราซัค, 17.โมฮาเหม็ด ฟาซ์รุล ซามาน, 22.ซาฟิค ซาฮารุดดิน, 24.โอมิด โปปาลซี, 29.อาห์เหม็ด ฮัซซัน ไซเฟลดิน, 37.เจอราล์ด กาดิต, 72.มูฮัมหมัด ไซยากิมี โรซี

Kesebelasan Utama (รายชื่อผู้เล่นทั้ง 2 ทีม)

Buriram United: Siwarak Thesungnoen (Nopphon Lakornpol Nor. 46) (Goalkeeper) (C ), Rattanakorn Maikami, Rabin Sulaka, Chitiphat Tanklang (Seksan Ratree No. 58), Dion Cools, Goran Kausic (Pongsakorn Hanratana No. 86), Supachai Jaided, Suphanat Muanta (Arthid Butchinda, n. 71), Jonathan Bolinki (Tawatchai Inprakon, n. 71), Lonsana Dumbuya (Narubodin Weerawatnodom, n. 46), Harris Wuchkit (Phat Soimalai, No. 86)

Kelantan FC: 13. Nick Muhd ​​Amin bin Ahmad (goalkeeper), 4. Muhammad Graffar (C), 7. Muhd ​​Areep Amiruddin, 11 Ahmad Khairil Samri, 12. Abdul Rahim Razak, 17. Mohamed Fazrul Zaman, 22. Safik Saharuddin, 24. Omid. Popalsi, 29. Ahmed Hassan Seiffeldin, 37. Gerald Gadit, 72. Muhammad Sayakimi Rosi.

BACA:  Zamsaham Jawab Tuduhan Campur Tangan Pemilihan Pemain Dan Tak Bayar Gaji