Asenal Pecah Rekod Kelab Mengikat Nicolas Pepe Dengan Nilai £72 juta

Arsenal sebelum ini yang dilaporkan kedekut berahap tahi hidung masing di jendela perpindahan dan hanya menyediakan bajet £40 juta sahaja akhirnya memecahn rekod pembelian kelab dengan mengikat Nicolas Pepe secara sah.

Walaupun kedekut, Arsenal masih memegang kepada adab orang Inggeris dan tidak menggunakan pintu belakang untuk mendapatkan pemain yang diingini. Tak macam pasukan congkak kat negara kau.

Nicolas Pepe dieli dari kelab Perancis, Lille dengan harga £72 juta sahaja dengan ikatan kontrak panjang selama lima tahun.

Pemain sayap Ivory Coast itu telah memecahkan rekod pembelian Arsenal sebelum ini yang mendapatkan Pierre-Emerick Aubameyang daripada Borussia Dortmund dengan nilai £56 juta.

Arsenal berjaya menewaskan pesaing lain dalam mendapatkan Pepe di mana kelab lebih besar seperti PSG dan Liverpool serta kelab biasa-biasa seperti Manchester United juga dikatakan menaruh minat.

Pepe mempamerkan aksi yang prolifik musim lalu di Ligue 1 dengan menjaringkan 22 gol dan 11 bantuan gol sepanjang musim. Bukan kaleng-kaleng.

Pengurus Arsenal nyata gembira dengan ikatan yang sah ini dan memuji potensi yang ada pada Nicolas Pepe.

“Nicolas Pepe merupakan pemain sayap yang dipandang tinggi dan berbakat yang didambakan setiap kelab besar di Europe.”

“Mengikat pemain berkelas tinggi merupakan objektif dan kunci utama kami dalam jendela perpindahan ini dan aku gembira Pepe menyertai kami.”

“Pepe akan menambah kelajuan, power dan creativity dengan sasaran mahu menambah lebih banyak gol untuk pasukan.”

Setakat ini Unai Emery telah membawa masuk Gabriel Martinelli, Dani Ceballos (pinjam daripada Real Madrid) dan William Saliba dengan harga £28 juta.

Arsenal akan memulakan kempen Premier League bagi musim 2019/2020 pada 11 Ogos 2019 bertemu Newcastle United di Saint James Park.

Baca Juga

Baca Juga