Ashley Young Berkongsi Maklumat Berkait Virus Covid-19

Ashley Young memberi sedikit pesanan khidmat masyarakat serta berkongsi perasaan beliau berada di Milan, Itali yang kini diistiharkan lockdown oleh pihak kerajaan mereka ekoran dari penularan virus Covid-19.

Bekas ketua pasukan setan merah itu kini beraksi bersama pasukan Inter Milan di Itali negara yang paling teruk terkena serangan virus Covid-19 di Eropah.

Melalui satu hantaran di laman Twitter miliknya, pemain berusia 34 tahun itu berkongsi rasa kerisauan beliau terhadapi situasi yang sedang dihadapi seluruh dunia kini.

“Secara logiknya pusat membeli belah adalah lokasi paling terdedah untuk anda semua dijangkiti oleh virus itu.”

“Duduk dirumah bersama keluarga lebih baik dari anda keluar di khalayak ramai, bila kerajaan kata lockdown maksudnya lockdown!”

“Di Itali pergi ke supermarket, agak mengejutkan, sangat tenang dan tidak ada bergaduh sebab makanan. Tidak ada rak yang berterabur, dan tidak ada yang memarahi staf kerana tiada makanan langsung!!”

Ashley Young juga menegaskan di Itali hanya seorang sahaja yang keluar membeli barang untuk setiap isi rumah.

Ini untuk memastikan tidak ada himpunan manusia yang ramai di sesuatu tempat.

“Dan kebanyakannya, hanya seorang sahaja yang keluar membeli-belah untuk satu isi rumah.”

“Sila baca yang lanjut dan kongsikannya. Ini adalah masa penting untuk memainkan peranan anda berhadapan dengan krisis global yang teruk ini.”

Ashley Young menasihatkan etika dan langkah yang perlu dilakukan ketika berada di tempat awam termasuk di lift.

“Jika kamu terpaksa menggunakan lift, masuklah seorang, hanya dua orang sahaja dalam lift untuk satu masa. Dan berdiri secara bertentangan menghadap dinding lift. Jangan hembus nafas ke arah orang lain.”

“Gunakan topeng muka ataupun scarf untuk menutup hidung dan mulut.”

“Sentiasa jaga jarak kamu. Pastikan troli berada di belakang kamu ketika mengeluarkan barang kerana ia membantu menghentikan orang di belakang mara lebih dekat dengan kamu.”

“Jangan buka barang kami betul betul di hadapan orang lain. Pastikan ada jarak di antara kamu dan orang lain. Dan pastikan barang kamu beli tidak disentuh.”

“Sebab tu, kita jangan keluarkan barang kita dahulu sebelum orang di hadapan habis membayar.”

“Yang ni mungkin kedengaran agak kasar, namun bayangkan mereka yang lain yang bukan keluarga kamu ada virus, kamu mana tahu kan.”

Young juga menyeru agar semua orang untuk kekal selamat dan menjaga diri daripada dijangkiti.

“Dan yang paling penting, pastikan anda kekal selamat. Ini yang kami lakukan di sini. Ini bukannya reaksi keterlaluan, ianya kekal selamat.”

“Dan ingatlah orang lain, bahawa mereka pun sepatutnya menjaga kamu seperti ini juga. Ini bukannya teruk, ini adalah cara kita menjaga jarak untuk menyelamatkan nyawa.”

Satu nasihat yang baik dan berguna daripada Ashley Young. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.

Virus Covid-19 sememangnya merbahaya dan telah melanda banyak negara di dunia ini.

Hampir kesemua kejohanan sukan utama dunia terpaksa ditangguh dan di batalkan kerana penularan virus ini.

Serie A sendiri hingga kini masih digantung ekoran dari penularan virus yang semakin memburuk di Itali.

BACA:  Aksi Young Ketika Menentang Barcelona Dianggap Paling Buruk Dalam Sejarah