Old Trafford dan Anfield adalah antara dua stadium paling ikonik di England, namun kedua-duanya tidak dipilih untuk menjadi venue kejohanan Euro yang akan diadakan di UK dan Ireland pada 2028.
UEFA mengesahkan UK dan Ireland sebagai tuan rumah kejohanan Euro 2028 pada Selasa, manakala Turki dan Itali akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan edisi berikutnya.
UK dan Ireland dipilih sebagai tuan rumah bersama setelah Turki menarik diri menganjurkan kejohanan tersebut untuk edisi 2028 untuk bekerjasama dengan Itali.
10 stadium telah dicalonkan sebagai venue di UK dan Ireland pada April lalu. Enam daripadanya adalah di England, dan masing-masing satu stadium dari Ireland Utara, Republik Ireland, Scotland dan Wales.
Old Trafford ❌
Anfield ❌
Villa Park ✅
New Everton stadium ✅
Casement Park ✅All the stadiums that will host #Euro2028 matches as UK and Ireland confirmed as hostshttps://t.co/fXbkCbja33 pic.twitter.com/RHJLDsDYt1
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 10, 2023
Di England, Stadium Wembley, Stadium Totenham Hotspur, Stadium Etihad, St. James’ Park, Villa Park dan stadium baharu milik Everton Bramley-Moore Dock yang kini sedang di dalam pembinaan telah terpilih.
Venue lain adalah seperti Casement Park di Belfast, Stadium Aviva di Dublin, Hampden Park di Glasgow dan Stadium Principality di Cardiff.
Sebaik sahaja pencalonan stadium dinamakan, ramai yang tertanya-tanya mengapakan Old Trafford dan Anfield tidak berada di dalam senarai.
Menurut laporan di UK Old Trafford terpaksa dikeluarkan daripada senarai bersama-sama Stadium of Light, Stadium London dan Croke Park di Dublin walaupun berada di kalangan 14 venue awal yang dicadangkan.
Ini adalah atas permintaan pihak pengurusan Manchester United sendiri selepas pertemuan dengan pihak FA dilakukan.
Old Trafford adalah antara stadium tertua dan terbesar di England pada ketika ini dan turut dicadangkan untuk proses pembangunan semula.
OFFICIAL: Anfield and Old Trafford will NOT host any #EURO2028 matches ❌ pic.twitter.com/l0Tjad1fD3
— FUN88 (@fun88eng) October 10, 2023
Pihak pengurusan United dikatakan tidak boleh berjanji bilakah pembangunan semula tersebut akan bermula dan selesai – menjadikan ia punca utama Old Trafford terpaksa menarik diri.
Anfield yang merupakan stadium kemegahan Liverpool dan pernah digelar “temple of football’ oleh Jurgen Klopp pula gagal mendapat kelulusan UEFA langsung kerana dimensi padang di stadium tersebut.
Peraturan UEFA mewajibkan spesifikasi padang untuk perlawanan antarabangsa wajib berkeluasan 105 meter x 68 meter.
Anfield bagaimanapun mempunyai padang yang pendek, kurang 4 meter, walaupun lebar 68 meter padangnya memenuhi piawaian UEFA.
Laporan turut mendedahkan Liverpool tidak boleh memanjangkan lagi padang mereka kerana kedudukan tempat duduk penyokong di belakang setiap gawang gol.