Aston Villa Catat Kemenangan Sulung, Tanpa Arsenal, Iwobi & Walcott Tetap Mampu Kalah

Alex Iwobi dengan Theo Walcott tidak memerlukan Arsenal untuk mereka mencipta kekalahan pada aksi EPL.

Lebih memalukan kekalahan itu berlaku pada aksi awal pagi Sabtu, tanda semangat lemah dan lembik itu kekal dalam jiwa sanubari mereka.

Namun begitu, Iwobi adalah pemain yang cemerlang dalam perlawanan ini yang merupakan debut beliau untuk pasukan yang berlatarkan angry bird pada baju mereka

Hanya kaki highlight yang bangun buka livescore sahaja menganggap kenyataan ini satu jenaka.

Aston Villa berjaya memenangi perlawanan buat kali pertama musim ini selepas 2 aksi sebelum ini mereka tewas.

Everton, seperti yang sudah dijangka, tewas di tangan Aston Villa yang hanya bermain sambil lewa. Everton pula menguasai bola lebih 60% penguasaan bola di dalam perlawanan ini.

2 gol kemenangan Aston Villa dijaringkan menerusi Wesley dan El Ghazi.

Everton melakukan 12 percubaan ke arah gol dan hanya 1 sahaja yang tepat ke arah sasaran.

Namun Everton tetap pasukan yang lebih baik dari segi memarap kaki lawan dengan 3 kad kuning dikutip berbanding 2 oleh Aston Villa.

Kemenangan ini menyaksikan rekod 20 perlawanan kalah ‘straight’ oleh Jack Grealish berakhir.

Pengurus Everton pula tidak mahu menerima kekalahan ini dan menyifatkannya sebagai tidak adil. Seakan-akan beliau mahu ajak repeat balik.

Yelah, dah beli pemain mahal mahal termasuk £40 juta untuk Iwobi dan kemudian membeli Moise Kean £30 juta
Sejak 2016, Everton berbelanja £195.5 juta bagi membeli pemain dan menawarkan pakej persaraan kepada pemain yang sudah tamat di pasukan lain.

Dengan wang sebanyak itu dibelanjakan, itupun Everton masih bergelut nak dapat rentak. Mungkin selepas ini mereka akan mendapatkan Jesse Lingard pula.

BACA:  Arsenal Terus Gayat Ketika City dan Newcastle Keciciran Mata