Atlet Decathlon Belgium Ini Mengalami Kecederaan Yang Cukup Mengerikan

Atlet Belgium, Thomas Van Der Plaetsen mengalami kecederaan yang sangat mengerikan ketika beliau sedang beraksi dalam acara decathlon disiplin lompat jauh di temasya Olimpik Tokyo 2020.

Atlet yang kini berusia 30 tahun itu merupakan pemenang pingat emas ketika temasya European Championship di Amsterdam pada tahun 2016 yang lalu.

Beliau terpaksa meninggalkan stadium pada hari ini dengan menggunakan kerusi roda kerana kakinya mengalami kecederaan yang sangat mengerikan.

Beliau ditimpa kecederaan itu ketika baru sahaja melakukan lompatan dalam percubaan pertamanya dalam acara lompat jauh.

Van Der Plaetsen berlari laju dan ketika mahu melompat, kaki kanan beliau nampak seperti terkehel dan menyebabkan beliau jatuh tersembam di atas permukaan pasir.

Lutut beliau sedikit lari ketika beliau mahu menghenjut untuk melompat, dan kerana beliau sudah berada di udara, maka Van Der Plaetsen tidak mampu untuk mengelak dari mendarat teruk di atas pasir.

“Ia nampak tak begitu baik.”

Jelas Martin Gillingham yang sedang membuat ulasan tentang acara tersebut.

“Ketika awal dia nak berlepas dia sudah teragak-agak, dia ke depan kemudian kebelakang sebelum meneruskan larian dia untuk sekali lagi melakukannya.”

“Ketika dia hendak melompat, semuanya tak menjadi. Semua tekanan pergi pada kaki yang menjadi kuda-kuda. Ia sangat tidak bernasib baik.”

Video di bawah menunjukkan bagaimana insiden tersebut berlaku dan menunjukkan juga bagaimana teruknya kecederaan yang dialami oleh beliau.

Ketika beliau rebah, petugas-petugas yang berada di sekitarnya sedikit cemas dan dengan segera memberikan bantuan kepada Van Der Plaetsen.

Plaetsen kemudiannya dilihat meninggalkan stadium dengan menggunakan kerusi roda selepas beliau menerima rawatan dari petugas kesihatan.

Bahkan walau beliau berjaya untuk meneruskan acara tersebut, peluang untuk beliau memenangi pingat juga sepertinya tidak mungkin akan berlaku.

Kecederaan seperti itu sememangnya sangat ditakuti oleh para atlet kerana ada ketikanya, kecederaan seperti itu boleh menyebabkan atlet bersara lebih awal.

Semoga Van Der Plaetsen berjaya untuk kembali bangkit dan terus beraksi di kejohanan-kejohanan lain selepas ini.

Beliau sebenarnya merupakan salah seorang prospek yang dijangka akan memenangi pingat dalam acara ini, namun sayangnya kecederaan menjadi penghalang.

Temasya Olimpik Tokyo 2020 setakat ini telah menghasilkan begitu banyak detik-detik menakjubkan dengan banyaknya rekod dunia, rekod Olimpik dan rekod kebangsaan yang dipecahkan.

Semoga insiden seperti yang berlaku pada Van Der Plaetsen tidak berlaku pada atlet lain dan berharap kecederaan yang menimpanya itu tidak akan menghentikan karier beliau.

Jika beliau segera mendapatkan rawatan dan menjalani fasa penyembuhan, maka tidak mustahil untuk melihat beliau kembali lagi selepas ini.

Lihat bagaimana keadaan kaki beliau pada ketika ini

Para peminat turut meluahkan kebimbangan mereka di media sosial selepas melihat bagaimana teruknya kecederaan yang dialami oleh Van Der Plaetsen pada hari ini.

Sumber: GMS

BACA:  Ini Sebab Mengapa Atlet Dihalang Dari Menggigit Pingat Di Olimpik Tokyo