Atlet acara air pistol dari Turkiye, Yusuf Dikec menjadi sensasi internet dalam masa 24 jam. Ini selepas gambarnya ketika acara menembak itu menjadi tular.
Tidak menggunakan peralatan canggih seperti atlet lain, Yusuf Dikec cuma memakai cermin mata biasa yang dia pakai untuk kegunaan harian yang dibeli di Bukit Bintang, RM60 free lense tu la kot. Lepas check mata terus harga lagi jadi RM300.
Baiklah, Yusuf Dikec menampilkan gaya dan penampilan selamba sahaja tetapi dia tekah berjaya membawa pulang pingat perak di Sukan Olimpik untuk negaranya.
Yusuf Dikec, 51, dilihat sangat santai dan bersahaja sambil menunjukkan aura legendanya ketika acara pistol angin pada Selasa.
Dikec bergandingan dengan rakan duo, Sevval Ilayda Tarhan, berjaya menamatkan persaingan di tangga kedua dengan kelengkapan yang sangat minimum digunakannya.
Dipetik dari sumber axello.net, Dikec dilihat tanpa memakai goggles khas atau perlindungan mata yang menjadi peralatan wajib bagi atlet menembak. Dia malah tidak menggunakan kanta khas.
Dikec tampil dengan cermin mata berkanta yang biasa, dan earplug. Itu sahaja. Dan dia masih cemerlang menewaskan ramai peserta lain.
Dia meletakkan tangan di poketnya dan baju t-shirt. Penampilannya benar benar menarik perhatian warganet. Ada yang menganggap penampilannya itu benar benar mengubah pandangan mereka kepada acara tersebut.
Olimpiyat tarihinin en karizmatik olaylarından biri; Astsubay Kıdemli Başçavuş Yusuf Dikeç…
Hiçbir teçhizatı olmadan, bir eli cebinde atış yaparak Olimpiyat gümüş madalyasını Türkiye’ye getirdi.
Tabancasında ise Ay yıldızımız… pic.twitter.com/VmSkfN67UG
— Batuhan Çolak (@batuhancolak33) July 31, 2024
Netizen seolah olah tidak percaya melihat seorang atlet veteran dengan penampilan awam itu berjaya menggegar pentas Olimpik.
Turkish Archives menulis: “Dalam acara menembak di Olimpik, mereka menggunakan kelengkapan seperti, lensa anti kabur, lensa untuk lebih ketepatan, pelindung bunyi bising di telinga, dan kemudian seorang lelaki Turki, datang dan memenangi pingat perak hanya dengan sepasang kacamata.”
Gayanya itu membuatkan dia menjadi legenda segera dengan gambar yang dikongsi di Twitter telah berjaya meraih sehingga 21 juta views.
Sebelum ini penembak wanita Korea Selatan, Kim Yeji turut viral kerana gayanya yang ibarat pelakon filem Korea.
Ramai mulai berminat untuk mengikuti sukan ini selepas viralnya kisah Yusuf dan Kim Yeji.