Atlet Wanita Ini Gagal Beraksi Sehebat Ketika Beliau Lelaki

Atlet transgender New Zealand yang mengambil bahagian dalam acara angkat berat di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, terpaksa akur dengan kegagalan beliau untuk mara lebih jauh.

Perjalanan beliau di temasya kali ini sangat singkat dengan hanya gagal dalam ketiga-tiga percubaan sebelum tersingkir.

Individu yang pernah menjadi lelaki dan kini masuk ke kategori wanita itu menjadi atlet transgender pertama yang menyertai sukan Olimpik.

Tentunya atlet berusia 43 itu tahun mahu mencipta satu lagi sejarah dengan menjadi transgender pertama yang berjaya membawa pulang pingat dari temasya Sukan Olimpik ini.

Walau bagaimanapun, debut beliau di temasya Olimpik Tokyo ini tidak berjalan seperti yang diharapkan, dengan beliau tewas selepas gagal dalam ketiga-tiga percubaan di kategori 87kg.

Bekas abang yang kini kakak itu, mungkin berdepan dengan tekanan yang tinggi kerana ramai yang percaya tenaga lelaki yang ada dalam dirinya akan membantu beliau untuk mengangkat beban yang berat.

Walau bagaimanapun, Hubbard gagal untuk melakukan sebarang angkatan yang berjaya sepanjang acara ini, dan angkatan terakhirnya paling menyedihkan.

Beliau bahkan langsung tak mampu untuk bangun dan menyebabkan beban yang diangkat jatuh kebelakang, dan mujur saja tidak menyebabkan beliau tercedera.

Selepas percubaan terakhirnya gagal (percubaan kedua pada berat 125kg), Hubbard masih tetap tersenyum ayu dan menunjukkan isyarat love (guna jari tu) ke arah kamera.

Turut terdengar beliau mengucapkan terima kasih (tapi tak tahu ucapan tu untuk siapa) sebelum beredar meninggalkan pentas.

Dek kerana tiada satu pun angkatan beliau berakhir dengan kejayaan, maka beliau gagal untuk beraksi di acara ‘clean and jerk’, yang mana 10 atlet akan turun bertanding dalam acara itu.

Atlet yang baru menjadi wanita itu berjaya melakar sejarah untuk menjadi atlet ketiga paling tua yang beraksi dalam acara angkat berat di temasya Sukan Olimpik.

Hubbard ketika kariernya sebagai seorang lelaki, beliau pernah menyertai acara angkat berat di kejohanan junior New Zealand.

Pada tahun 1988, beliau telah mencipta rekod baru New Zealand, dengan beliau ketika itu pernah mengangkat beban seberat 135kg dalam kategori snatch dan 170kg dalam kategori clean and jerk.

Hubbard sebelum menjadi wanita

Kerana merasakan menjadi lelaki terlalu bosan, beliau kemudiannya memulakan fasa untuk berubah menjadi seorang wanita.

Hubbard menjalani terapi hormon dan mula berubah dari abang ke kakak pada tahun 2012 sebelum kembali semula ke dunia sukan ini lima tahun selepas menjadi wanita.

Penyertaan beliau di temasya Olimpik kali ini menyebabkan International Olympic Committee (IOC) terpaksa mengubah peraturan mereka yang telah dikuatkuasakan pada tahun 2015 lagi.

Mengikut peraturan terbaru yang telah ditetapkan, atlet transgender selepas ini akan dibenarkan untuk beraksi dalam kategori mengikut jantina terbaru mereka.

Namun begitu, mereka tetap harus menjalani ujian dan memastikan tahap testosterone mereka kekal di bawah tahap-tahap tertentu yang telah ditetapkan.

“Temasya Sukan Olimpik merupakan perayaan seluruh dunia tentang harapan kita, impian dan nilai kita.”

Jelas Hubbard menjelang bermulanya temasya Sukan Olimpik Tokyo.

“Saya memuji IOC atas komitmen mereka untuk menjadikan sukan ini lebih terbuka dan inklusif.”

Hubbard ketika ini berada di kedudukan ke-15 dunia, beliau sepatutnya boleh menyertai acara Komanwel pada tahun 2018 namun dek kerana masalah kecederaan beliau gagal untuk menyertai kejohanan tersebut.

Jika dilihat kepada rekod dan pencapaiannya, Hubbard jelas jauh lebih hebat ketika menjadi seorang lelaki, mungkin selepas menjadi wanita semua kekuatan itu turut sama hilang, kan?

Sumber: SB

BACA:  Olimpik : Patung Sumo Buat Kuda Terkejut