Atletico Madrid Benam Barcelona Untuk Bertemu Real Madrid Di Final

Atletico Madrid telah membenam Barcelona dengan jaringan 3-2 di separuh akhir Spanish Super Cup dan akan bertemu jiran mereka Real Madrid di final.

Perlawanan yang berlangsung di King Abdullah Sports City di Jeddah, Arab Saudi menyaksikan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.

Lima jaringan telah dibutirkan pada babak kedua dalam aksi kejar mengejar.

Koke telah meletakan Atletico Madrid di hadapan terlebih dahulu sebelum Barcelona mendahului hasil jaringan Lionel Messi dan Antoine Griezman.

Sepakan penalti Alvaro Morata pada minit ke-81 telah mengikat kembali kedudukan kepada 2-2.

Ketika perlawanan bakal dilihat bersambung di masa tambahan, Angel Correa menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86.

Supercopa de España atau Spanish Super Cup 2019 kali ini merupakan kejohanan yang menemukan juara dan naib juara La Liga serta Copa Del Rey. Ada 4 pasukan.

Sebelum ini Supercopa de España menemukan juara La Liga dan Copa del Rey macam Piala Sumbangsih la.

Tahun tahun 2019 menyaksikan pertandingan empat penjuru ini membabitkan pasukan Real Madrid, Barcelona, Valencia dan Atletico Madrid.

Dengan nilai komersil yang ada padakelab Eropah dan duit yang tidak kehabisan di negara Arab maka kejohanan ini diadakan di Arab Saudi.

King Abdullah Sports City di Jeddah, Arab Saudi akan menjadi gelanggang Supercopa de España untuk tempoh 3 tahun dengan nilai perjanjian €120 juta.

Real Madrid terlebih dahulu mengesahkan tempat di final selepas menewaskan Valencia 3-1 dan gol Tony Kroos menjadi perbualan hangat.

Barcelona: Neto; Sergi Roberto, Pique, Umtiti, Alba; Busquets (Rakitic), De Jong (Ansu), Vidal; Messi, Suárez, Griezmann.

Bench: Inaki Pena, Semedo, Lenglet, Rakitic, Junior Firpo, Carles Perez, Ansu Fati

Atletico Madrid: Oblak; Trippier, Felipe, Savic, Renan Lodi (Vitolo); Correa, Thomas, Herrera (Koke) (Llorente), Saul; Joao Felix, Morata.

Baca Juga

Baca Juga