Atletico Nacional Mahu Serahkan Gelaran Juara Kepada Chapecoense

Kelab Atletico Nacional dari Argentina mahu menyerahkan gelaran juara kepada pasukan Chapecoense yang terlibat dalam nahas pesawat dalam perjalanan untuk perlawanan akhir yang bakal menemukan kedua-dua kelab itu.

Melalui laman Facebooknya Atletico Nacional telah mengumumkan bahawa mereka telah membuat permohonan kepada CONMEBOL untuk menganugerahkan gelaran juara Copa Sudamericana kepada pasukan Chapecoense.

Pemain pertahanan Atletico Nacional, Gilberto Garcia dalam keadaan beremosi memberitahu wartawan:

“Kami menunggu keputusan yang bakal dibuat oleh CONMEBOL. Para pegawai akan berbincang tetapi kami mahu mereka mengumumkan pasukan ini(Chapecoense) sebagai juara.

“Perkara ini merupakan sesuatu yang kami mahu… Ini adalah satu inisiatif dari kami dan saya tahu dunia bola sepak pun mahukannya juga. Kami harap CONMEBOL menjadikan perkara ini satu kenyataan.

Atletico Nacional juga telah memuat naik gambar porfil kelab yang berwarna hitam putih sebagai tanda berkabung.

Dalam pada itu para pemain dan staf Atletico Nacional juga telah berhimpun untuk memberi penghormatan kepada mangsa nahas dan melakukan ‘A minute of silence’

Chapecoense telah mencipta kisah dongeng yang di samakan dengan kisah Leicester City apabila layak ke perlawanan akhir dalam kejohanan kedua terbesar di Amerika Selatan tetapi perjalanan mereka berakhir dengan tragedi.

Baca Juga

Baca Juga