Atletico Tawarkan Pertukaran Pemain Dengan Man City Pada Musim Panas Ini

Atletico Madrid merupakan pasukan yang paling berminat untuk mendapatkan pemain midfield Manchester City, Bernardo Silva.

Juara saingan La Liga itu sanggup menawarkan Saul Niguez kepada The Citizens dalam usaha mereka untuk mendapatkan bintang Portugal itu pada musim panas ini.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu telah dikaitkan bakal meninggalkan Wanda Metropolitano dek kerana beliau gagal bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola juga sangat berminat untuk mendapatkan Saul Niguez, namun beliau bimbang kelab perlu keluarkan dana yang besar untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

The Times telah mendakwa yang Atletico buka peluang kepada Manchester City untuk mendapatkan Saul Niguez dengan memberikan mereka Bernardo Silva.

Walaupun pemain kebangsaan Portugal itu merupakan salah seorang pemain yang paling disayangi di Etihad, namun beliau sebenarnya gagal menstabilkan diri dalam sistem kendalian Pep Guardiola.

Bernardo Silva hanya diturunkan sebanyak 24 kali sahaja sebagai kesebelasan utama dalam saingan Premier League musim ini, dan beliau dilaporkan tidak gembira dengan hal tersebut.

Namun tidak pasti sama ada City bakal terima untuk hanya menukar sahaja Silva dengan Niguel memandangkan kepada aksi mantap bintang mereka itu sejak ditandatangani dari Monaco pada 2017.

Skuad kendalian Pep Guardiola berjaya memenangi gelaran Premier League musim ini dengan 12 mata mengatasi pesaing terdekat mereka Manchester United di kedudukan kedua.

The Citizens sayangnya gagal melengkapkan treble mereka musim ini selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-0 kepada Chelsea dalam aksi perlawanan akhir Champions League.

Pep Guardiola dilaporkan mahu melakukan rombakan besar-besaran dalam skuad sedia ada sebagai langkah persiapan untuk menghadapi musim baharu nanti.

Jack Grealish dan Harry Kane merupakan dua nama yang dilaporkan bakal menjadi sasaran utama Manchester City pada musim panas ini.

Menurut sumber laporan The Athletic, Joao Cancelo, Benjamin Mendy, Aymeric Laporte, Rodri, Raheem Sterling, Riyad Mahrez, Bernardo Silva dan Gabirel Jesus mungkin akan meninggalkan Etihad pada musim panas ini.

Rodri merasakan beliau perlu meninggalkan City dek kerana dirinya telah diketepikan ketika aksi perlawanan akhir di Porto, dengan Pep ketika itu memainkan Gundogan sebagai defensive midfielder.

Legenda Bayern Munich, Lothar Matthaus telah mengkritik teruk Pep Guardiola ketika beliau membuat analisis berkait kekalahan Man City kepada Chelsea.

Guardiola pernah menjulang kejuaraan Champions League sebanyak dua kali ketika karier gemilangnya di Barcelona dari tahun 2008 hingga 2012.

Walau bagaimanapun, pengurus berasal Sepanyol yang kini berusia 50 tahun itu telah berdepan dengan kritikan yang sangat teruk pada ketika ini selepas gagal membantu City menewaskan Chelsea, dalam aksi perlawanan akhir Champions League.

Beliau juga dikritik atas kegagalannya memenangi gelaran Champions League sepanjang kariernya bersama Bayern Munich dan Manchester City.

IIkay Gundogan telah dibentuk untuk memainkan peranan lebih kepada menyerang dengan bekas pengurus Barcelona itu berjaya menaikkan semula karier bintang Jerman itu.

Namun kesebelasan utama dan taktikal beliau ketika aksi perlawanan akhir bertemu Chelsea telah menimbulkan pelbagai persoalan.

Peminat terkejut melihat beliau mengetepikan Fernandinho dan Rodri ketika aksi perlawanan akhir itu dan menurunkan Raheem Sterling sebagai pemain utama.

Keputusan Guardiola untuk tidak menurunkan pemain di posisi defensive midfielder telah membuka ruang untuk Chelsea mendominasi permainan.

Kelemahan taktikal Pep telah dihukum oleh Kai Havertz yang menjaringkan gol kemenangan untuk The Blues menjuarai Champions League musim ini.

Matthaus dengan tidak berselindung telah mengkritik dan mengecam Pep Guardiola yang memutuskan untuk berdepan pasukan seperti Chelsea dengan tidak menggunakan pemain defensive midfielder.

Legenda berusia 60 tahun itu telah mendedahkan kepada Sky Sports Jerman bahawa:

“Dengan kesebelasan utama dia, dia dah boleh dianggap mencuri Piala kejuaraan Champions League dari kelab dan peminat dan dia perlu dengan segala kritikan dari semua pihak.”

“Saya sangat yakin mereka mesti ada perbincangan dalaman yang tidak melibatkan dia. Para pemain sendiri sudah meragui dia sejak aksi perlawanan akhir itu.”

“Dia perlu cuba untuk lakukan sesuatu lagi, dia sudah melakukan sesuatu yang teruk di waktu yang langsung tak sesuai dan menyebabkan mereka kalah.”

“Bagaimana kamu bermain tanpa defensive midfielder dalam perlawanan yang paling penting dalam sejarah kelab? Posisi itu sebelum ini sentiasa ada dalam semua perlawanan, sentiasa memastikan keseimbangan, yang memberi jaminan keselamatan kepada setiap posisi yang lain.”

“Mengapa dia mengetepikan Rodri atau Fernandinho? Bermula dengan enam pemain di jentera serangan dan juga tidak menggunakan centre-foward?”

BACA:  Masih Bergelar Ejen Bebas, David De Gea Kini Pertimbang Beli Saja Kelab Bola Sepak