ATV Irdning Troll Karius Bagi Jelaskan Punca Kekalahan 22-0 Kepada Everton

Everton memulakan kempen pra-musim mereka dengan penuh bergaya di Austria pada sabtu lalu dengan mencatat kemenangan besar teruk 22-0 ke atas kelab Austria, ATV Irdning.

Semasa di bawah rejim Sam Allarrdyce musim lalu The Toffees hanya berjaya menjaringkan hanya 27 gol sahaja. Kini di bawah pengurus baharu mereka, Marco Silva, Everton menjaringkan 22 gol dalam perlawanan pertama.

Selepas kekalahan menggemparkan dunia bola sepak itu ATV Irdning telah memuat satu alasan di laman Twitter rasmi mereka dan Loris Karius menjadi mangsa troll mereka.

Ampunkan aku…

Penjaga gol Liverpool itu Karius sememangnya terkenal dengan kesilapan yang menggelikan hati kau, aku dan dia kecuali kau peminat Liverpool.

Kesilapan agung Karius adalah di perlawanan akhir Champions League di mana mereka tewas kepada Real Madrid. Kesilapan Karius berterusan di kempen pra-mysim Liverpool.

“Berkenaan perlawanan semalam, kamli telah menjalankan ujian perubatan ke atas 11 pemain kami dan mengesahkan bawah mereka mengalami gegaran kepala 2 minit sebelum sepak mula. Smeoga perkara ini dapat menyelesaikan pertikaian mengenai permainan buruk kami di mana jelas mereka bermain dalam kesakitan.”

Kesian Karius, orang lain kena belasah beliau menjadi bahan.

Perlawanan Tak Friendly Sangat : ATV Irdning 0-22 Everton

Ini merupakan satu perlawanan persahabatan yang sangat tidak ‘friendly’ di mana Everton telah membelasah IRD Irdning 22 gol tanpa belas.

Macam tak sesuai saja perkataan membelasah mungkin mengbukake lebih sesuai. Secara purata Everton menjaringkan satu gol setiap 4 minit.

Ini merupakan perlawanan pertama Everton di bawah pengurus baharu mereka Marco Silva yang bermula dengan penuh bergaya lagi kejam.

The Toffees mendahului 10-0 pada separuh masa pertama memang gila bossku dan menambah sedozen lagi gol pada separuh masa kedua. Allahu.

Empat pemain menjaringkan hatrik dalam satu perlawanan. Ademola Lookman mencetak hatrik pada separuh masa pertama.

Kevin Mirallas menjaringkan hatrik dalam tempoh 7 minit pertama pada separuh masa kedua sebelum menambah dua lagi gol. Sadis.

Manakala penyerang Everton, Cenk Tosun dan Oumar Niasse telah mencetak nama sebagai penjaring dengan masing-masing menjaringkan 4 gol.

Oleh kerana gagal menjaringkan sebarang gol, pemain ATV Irdning menjaringkan sendiri apabila melemaskan penjaga gol sendiri untuk gol ke-19.

Kemenangan terbesar dicatatkan Everton dalam sejarah kelab. Rekod terbesar sebelum ini adalah 14-0 ketika menentang New Ferry pada 1885 dan Notts Rangers pada 1890.

FT ATV Irdning 0-22 Everton

Mirallas ⚽⚽⚽⚽⚽
Tosun ⚽⚽⚽⚽
Niasse ⚽⚽⚽⚽
Lookman ⚽⚽⚽
Vlasic ⚽⚽
Holgate ⚽
Keane ⚽
Baines ⚽
Own Goal ⚽

Baca Juga

Baca Juga