Away Kit Manchester United Musim 2021/22 Bertema Retro Dibocorkan

Away kit Manchester United bagi musim 2021/21 yang bertemakan retro dan klasik telah dibocorkan rekaannya secara atas talian seperti mana yang terjadi pada setiap musim.

Pembocor rekaan jersi terkenal tidak lain dan tidak bukan FootyHeadlines telah mendedahkan jersi Manchester United ini melalui laman sesawang mereka.

Tema retro yang digunakan sangat menarik serta ringkas mata memandang seperti mengembalikan sajian istana di zaman silam dengan warna biru lembut.

Jersi ini juga menampilkan logo ‘terfoil’ klasik Adidas dengan warna ‘cloud white’ yang sama seperti warna jersi away Arsenal untuk musim ini.

Logo ‘Trefoil’ Adidas klasik telah digunakan antara tahun 1071 sehinnga 1991 sebelum digantikan dengan logo tiga garisan sehingga kini.

Namun logo ‘Trefoil’ Adidas ini masih digunakan untuk produk Adidas Originals.

Dari segi corak dan warna jersi ini hampir sama dengan jersi yang digunakan Manchester United pada musim 1991/92 tetapi dengan warna yang lebih lembut.

Perbezaan corak adalah jersi lama menampilkan cetaka geometri dan untuk jersi terkini cetakan corak secara zig-zag dengan warna biru yang pudar.

Pada tahun 1992 pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson telah memakai jersi ini ketika mereka menjulang trofi League Cup buat pertama kali dalam sejarah kelab.

Jika kebocoran rekaan jersi ini benar maka jersi ini akan menjadi jersi pertama yang rekaannya hampir sama dengan jersi dahulu kala.

Jersi ini dilaporkan akan dilancarkan pada bulan Julai 2021.

Warna jersi ini sangat mirip dengan warna yang digunakan oleh penaja utama mereka musim hadapan, TeamViewer yang menggantikan Cheverolet untuk berada di dada pemain.

Setakat ini belum dapat dipastikan lagi bagaimana logo TeamViewer akan tersemat di dada jersi Manchester United.

Manchester United telah memeterai perjanjian penajaan baru yang bernilai RM1.338 Bilion bersamaan dengan £235 juta dengan sebuat syarikat teknologi global, TeamViewer.

Perjanjian penajaan diikat selama lima tahu dan akan bermula pada musim 2021/22 dan TeamViewer akan menjadi penaja utama dengan terpampangnya jenama meraka di dada jersi Manchester United.

Dengan nilain tajaan daripada TeamViewer yang berjumlah £235 juta untuk tempoh lima tahun, Manchester United akan menikmati £47 juta atau RM267.76 juta setahun.

TeamViewer merupakan syarikat teknologi yang berpengkalan di Jerman dan telah menjadi salah satu syarikat tekonologi yang paling pantas berkembang di Eropah selepas dilancarkan pada 2015.

Untuk rekod TeamViewer merupakan satu perisian yang telah di pasang pada lebih dari 2.5 bilion peranti dan mempunyai 600,000 pelanggan dan beroperasi hampir ke seluruh dunia.

TeamViewer merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan akses kawalan jarak jauh untuk penyelenggaraan komputer dan peranti. Lepas ni boleh la Ole main lambung.

Perisian TeamViewer juga adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran untuk penggunaan bukan komersil walaupun dilesenkan.

Kalau dah pasang TeamViewer ni kau bagi je password dekat member kau dan member kau akan dapat akses komputer kau dari mana-mana asal ada internet.

Sebelum ini Manchester United ditaja oleh Chevrolet, syarikat kereta yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan merupakan sebahagian daripada pengeluar General Motor.

Kontrak penajaan Manchester United bersama syarikat automotif, Cheverolet selama tujuh tahun bernilai £350 juta atau sebanyak £50 juta semusim telah menemui titik penamat.

Pengarah Urusan Manchester United Richard Arnold melalui laman sesawang rasmi telah mengulas mengenai perjanjian ini berkata:

“Kami sangat bangga menjalin kerjasama ini dengan salah satu syarikat perisian global yang paling menarik dan dinamik.”

“Keupayaan untuk berhubung dan berkolaborasi tidak pernah lebih penting bagi dunia dan komuniti kami yang terdiri daripada 1.1 bilion peminat dan pengikut.”

“Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan TeamViewer untuk mewujudkan visi kami untuk perkongsian yang dibina berdasarkan kaedah menghubungkan orang dan perniagaan yang lebih bijak.”

BACA:  Manchester United Lancar Bidaan Mendapatkan Aaron Wan-Bissaka