Ayah Neymar Tidak Tolak Kemungkinan Anaknya Sertai Real Madrid

Bintang Brazil dan Paris Saint-Germain, Neymar telah dikaitkan dengan perpindahan pulang ke Sepanyol untuk menyertai Real Madrid, tetapi bapa beliau menegaskan pemain ini tiada perancangan untuk berpindah keluar dari PSG dalam masa terdekat ini.

Menurut bapa Neymar lagi, perpindahan Neymar ke Real Madrid dalam masa terdekat ini adalah mustahil untuk berlaku. Musim panas lalu menyaksikan PSG menggegarkan dunia bolasepak dengan mengaktifkan klausa pelepasan pemain dalam kontrak Neymar bernilai €222 juta, untuk mendapatkan khidmatnya dari Barcelona.

Pemain berusia 25 tahun ini telah mempamerkan aksi cemerlang bersama majikan barunya, dengan menjaringkan 14 gol dari 15 perlawanan dalam semua pertandingan.

Walaupun baru sahaja menyertai pasukan pendahulu Ligue 1 ini, Neymar sudah terpalit dengan beberapa kontroversi kurang elok, antaranya adalah hubungan dingin beliau dengan pengurus Unai Emery dan rakan sepasukannya, Edinson Cavani berhubung insiden berebut untuk mengambil sepakan penalti.

Majalah bolasepak Sepanyol, Don Balon melaporkan Real Madrid sedang mempersiapkan satu pakej perpindahan yang dianggarkan bernilai €250juta pada penghujung musim ini hasil jualan pemain-pemain bintang seperti Gareth Bale, Karim Benzema, James Rodriguez, dan Raphael Varane.

Neymar Sr tidak tolak kemungkinan Neymar ke Real Marid.

Majalah tersebut juga melaporkan presiden Real Madrid, Florentino Perez telah menasihati Neymar untuk berpindah terlebih dahulu ke PSG bagi memudahkan urusan pembelian beliau untuk menyertai Los Blancos pada masa hadapan.

Bapa Neymar, Neymar Sr. ketika ditemuramah stesen televisyen Fox Sport Brasil telah ditanya mengenai prospek anaknya menyertai Real Madrid dalam masa terdekat dan beliau menjawab:

“Buat masa sekarang, kami tidak mempunyai perancangan sedemikian rupa dalam kepala kami. Untuk benar-benar memberi jawapan yang tepat terhadap soalan tersebut mungkin mustahil. Kerana saya tidak mengetahui perbincangan yang bakal berlaku 4 atau 5 tahun lagi.”

“Neymar mempunyai kontrak yang panjang bersama PSG dan beliau baru sahaja menyertai kelab tersebut. Neymar baru sahaja berada di Paris selama 3 bulan dan sudah terdapat laporan yang mengatakan beliau mahu berpindah keluar. Amat sukar untuk memberikan respon terhadap perkara sebegini kerana jika dijawab, ianya hanya akan bertambah rumit.”

Pergi PSG dulu lepas tu datang ke Real.

Walaupun berjaya menghasilkan permulaan yang cemerlang bersama PSG, Neymar tidak terlepas dari beberapa kontroversi sepanjang berada di Perancis. Insiden paling awal adalah insiden berebut sepakan penalti di antaran beliau dan seorang lagi pemain bintang PSG, Edinson Cavani.

Selepas memenangi sepakan penalti, Neymar telah meminta Cavani melepaskan tugas untuk mengambil sepakan penalti kepada beliau, tetapi tidak diendahkan Cavani yang mahu menjaringkan gol. Untuk rekod, Cavani gagal menjaringkan penalti tersebut.

Selain itu, terdapat juga laporan mengatakan Neymar tida gembira dengan corak taktikal dan latihan yang diterapkan pengurus PSG, Unai Emery terhadap pasukannya. Laporan tersebut turut mengatakan Neymar tidak mempunyai hubungan yang bagus dengan Emery.

Tetapi bukan semua laporan ini adalah benar kerana kebanyakan laporan-laporan ini hanyalah ciptaan pihak media Sepanyol yang mahu Neymar kembali pulang ke Sepanyol bagi menyertai Real Madrid.

Neymar Berang Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Real Madrid

Neymar telah bermain dengan cemerlang ketika Paris Saint-Germain berpesta gol menewaskan Celti dengan jaringan 7-1 di Champions League, tetapi pihak media yang lebih berminat untuk bertanya soalan lain.

Walaupun baru sahaja berpindah ke PSG dari Barcelona dengan harga yang termahal di dunia, Neymar terus dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain.

Rumour terbaru yang kencang bertiup bahawa Real Madrid berminat untuk mendapatkan Neymar kerana Los Blancos itu kini giat mencari pemain terhebat baru meneruskan legasi baru The Galactico.

Gandingan Bale-Ronaldo-Benzema kini menuju ke penghujung dan mungkin akan hilang taring dalam tempoh 2 hingga 3 tahun lagi atau mungkin lebih awal memaksa Real mencari pengganti.

Apbila ditanya oleh wartawan mengenai potensi beliau untuk berpindah, Neymar telah menunjukkan reaksi marah dan berang tetapi Neymar tidaklah pula menyebut :

“Gua champion la s***.”

Nyata Neymar tidak gembira dengan khabar angin perpindahan yang menyelubungi diri beliau tatkala belum hampir separuh musim bersama PSG.

Neymar dilaporkan telah mecarut sebagai reaksi balas kepada soalan tersebut.

“For **** sake! Korang tak da soalan lain ke nak tanya?”

Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah membuat langkah yang bijak apabila dikatakan telah bertemu dengan bapa Neymar untuk membawa Neymar kembali ke Sepanyol.

Perez melihat Neymar sebagai pengganti ideal Cristiano Ronaldo yang bakal berumur 33 tahun pada tahun hadapan.

Baca Juga

Baca Juga