Ayah Christian Pulisic dengan segera memadam status di laman twitter miliknya tentang layanan yang diterima oleh bintang Amerika Syarikat itu di Stamford Bridge pada ketika ini.
Selepas tamat aksi kekalahan mengejutkan di tangan Everton malam semalam, ayah Christian Pulisic telah memuat naik status yang agak kontroversi sebelum beliau segera memadam semula status tersebut.
Pemain kebangsaan Amerika Syarikat itu sepertinya sukar untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama Chelsea di bawah kendalian Thomas Tuchel.
Christian Pulisic’s father deletes tweet that branded Chelsea star's lack of game time as 'sad' #CFChttps://t.co/mijtQaDazV
— talkSPORT (@talkSPORT) May 2, 2022
Pada musim ini beliau telah membuat 33 penampilan bersama skuad The Blues dalam semua pertandingan namun 17 darinya beliau sekadar masuk sebagai pemain gantian.
Kali terakhir Pulisic dapat bermain selama 90 minit adalah ketika aksi bertemu Burnley dalam saingan Premier League pada Mac lalu.
Beliau turut berjaya mencatatkan assists dan turut menjaringkan gol dalam perlawanan yang berkesudahan dengan kejayaan mereka membelasah Burnley 4-0 itu.
Beliau turut berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Chelsea pada minit-minit permainan ketika menewaskan West Ham bulan lalu.
Chelsea jelas sekali memiliki barisan pemain penyerang yang sungguh luar biasa menakjubkan dan mungkin ia menjadi faktor mengapa Thomas Tuchel sukar untuk membuat pilihan.
Unpopular opinion: Pulisic contributed more to Chelsea champions League win than any other attackers
• Assist Vs Atletico Madrid
• Became the most fouled player (11) in the history of Champions League and won MOTM Vs Porto in QF
• Goals and Assist Vs Real Madrid in SF pic.twitter.com/eudFqti3qz— Pulisicx10 (@Puliszn10) May 1, 2022
Walau bagaimanapun, Mark Pulisic memutuskan untuk menyuarakan kekecewaan beliau tentang layanan yang diterima oleh anaknya itu di laman media sosial selepas tamat perlawanan yang dilangsungkan di Goodison Park itu.
Beliau walau bagaimanapun memutuskan untuk memadam semula status tersebut dengan beliau sebenarnya menulis:
“Perkara yang menyedihkan adalah dia sayangkan kelab ini, rakan sepasukan dia dan London… Dia letakkan jiwa dan raga dia untuk menjadi pro. Turun dan naik anak saya.. 6 bulan yang cukup besar sedang menanti.”
Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Chelsea pada tahun 2019 yang lalu dengan beliau ditandatangani oleh kelab untuk menjadi pengganti kepada Eden Hazard.
Selepas ketibaan beliau, Chelsea telah dikenakan hukuman penggantungan dari membeli pemain dan jelas sekali pengharapan yang diletakkan kepadanya sangat tinggi.
Sejak itu, Pulisic hanya mampu membuat 111 penampilan sahaja dari semua pertandingan dan beliau turut diturunkan dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League musim lalu bertemu Man City.
Christian Pulisic dad @MarkPulisic tweeted this tweet after the Everton game. What’s your thoughts on the tweet? pic.twitter.com/dMw0QoJuPP
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) May 1, 2022
Beliau akan memimpin skuad Amerika untuk aksi di pentas Piala Dunia Qatar nanti dengan Mark sepertinya mungkin bercakap tentang Piala Dunia berbanding isu Pulisic mahu meninggalkan kelab.
Pulisic juga bukanlah satu-satunya pemain penyerang yang sering diketepikan dari skuad utama Chelsea musim ini.
Hakim Ziyech dan penandatanganan terbaru kelab, Romelu Lukaku juga turut kerap diketepikan dengan Timo Werner, Kai Havertz dan Mason Mount lebih sering diturunkan untuk beraksi.
Ketika aksi bertemu Everton malam semalam, Kai Havertz telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan kerana beliau terpancing dengan permainan kotor Yerry Mina.
Christian Pulisic's dad opens up on "sad" Chelsea situation and hints at transfer awayhttps://t.co/8YirhRtO4o pic.twitter.com/d3BE2zr5Ea
— Mirror Football (@MirrorFootball) May 1, 2022
Taktik kotor Yerry Mina berjaya pengaruh pengadil layangkan kad kuning pada Havertz
Yerry Mina terus mengukuhkan status beliau sebagai pakar taktik kotor dalam dunia bola sepak selepas kejayaan beliau memancing emosi Kai Havertz hingga menyebabkan bintang Jerman itu dilayangkan kad kuning.
The Toffees berjaya mencatatkan kemenangan penting di Goodison Park awal pagi tadi selepas Richarlison muncul sebagai satu-satunya pemain yang berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.
Jordan Pickford juga berhak untuk dipuji selepas beliau turut cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan ini.
https://twitter.com/JuanesVallejo_/status/1520775883908435968?t=limqsrtjPBc5Rs35eXzrSw&s=19
Mina sejak Februari lalu beliau baru dua kali diturunkan dalam kesebelasan utama Everton dan pemain kebangsaan Colombia itu turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan tersebut.
Di hujung-hujung permainan, Mina dilihat memancing emosi Kai Havertz selepas pemain penyerang itu mencabar Pickford untuk memenangi bola di kawasan Everton.
Mina tak gembira melihat cabaran dari Kai Havertz itu dengan beliau kemudiannya berdepan dengan bintang Jerman itu.
Yerry Mina kemudiannya mengacah seolah-olah beliau mahu menyerang Havertz dengan bintang Chelsea itu segera bertindak balas dan menolak Mina.
Mina terus jatuh seolah-olah baru lepas makan penampar dan lakonan beliau itu berjaya mencuri perhatian pengadil perlawanan.
Yerry Mina 😂😂😂😂 pic.twitter.com/rnwx6Ekvxf
— Mike 🇲🇼 (@Mikega2020) May 1, 2022
Pengadil perlawanan, Kevin Friend kemudiannya melayangkan kad kuning kepada Kai Havertz kerana menolak Mina hingga jatuh.
Bintang Colombia itu walau bagaimanapun sama sekali tidak dihukum dan jelas sekali usaha beliau untuk memancing emosi Kai Havertz membuahkan hasil.
Rakaman insiden itu tular di media sosial dengan penyokong Everton dilihat terhibur dengan tindakan dari Yerry Mina itu.
Done him like a kipper.
— Neil (@spuddy1878) May 1, 2022
He’s my new favourite player. I love him!
— SK2 (@SK21878) May 1, 2022
Seen it written somewhere else, but Yerry nearly had some of the Chelsea players proper crying today. Incredible stuff.
— Tom Francis (@TweetingThomas) May 1, 2022
Peminat bingung mengapa Richarlison tidak dilayangkan kad merah selepas mencampakkan flare
Richarlison mencetuskan sensasi internet pada hari ini selepas beliau dilihat melempar flare ke arah penyokong yang ada di Goodison Park ketika aksi bertemu Chelsea malam semalam.
Apa yang mengejutkan para peminat adalah beliau terselamat dari dikenakan sebarang hukuman selepas melempar flare itu ke arah para penyokong.
Bintang kebangsaan Brazil itu berjaya menjadi satu-satunya pemain yang menjaringkan gol ketika aksi kemenangan 1-0 Everton menewaskan Chelsea.
BREAKING: Richarlison sparks fury by throwing a LIT FLARE at fans in the Goodison Park stands https://t.co/XMsrOOfu1Z pic.twitter.com/DmxXC3bYto
— MailOnline Sport (@MailSport) May 1, 2022
Gol itu berjaya dihasilkan ketika perlawanan baru sahaja masuk minit yang pertama pada aksi babak kedua permainan.
Richarlison dilihat merampas bola dari kaki ketua pasukan Chelsea, Cesar Azpilicueta dengan beliau bermain hantaran pendek bersama Demarai Gray sebelum beliau melepaskan rembatan padu untuk menewaskan Edouard Mendy.
Boleh dikatakan kesemua penyokong Everton yang ada di stadium bersorak riang meraikan gol tersebut dan ada antara mereka yang melempar flare masuk ke padang.
Richarlison yang sedang meraikan golnya itu jelas sekali perasan flare-flare berterbangan dan ada yang sampai masuk ke padang.
Beliau kemudiannya memutuskan untuk mengambil salah satu flare yang ada di atas padang lalu beliau kemudiannya menyalakan flare tersebut.
Richarlison faces FA rap after lobbing flare into crowd during Chelsea clash #EVECHEhttps://t.co/oIAkMBUjpa pic.twitter.com/lqY3F8utYY
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) May 1, 2022
Richarlison kemudiannya meraikan gol tersebut menggunakan flare yang beliau nyalakan itu namun selepas selesai meraikan gol itu, beliau dilihat telah mencampakkan flare tersebut ke arah penyokong.
Ia jelas sekali satu tindakan yang akan memberi kegembiraan kepada para penyokong terutama memikirkan keseronokkan para penyokong yang sedang sangat berharap Everton bakal mengutip tiga mata penuh.
Hanya kemenangan sahaja yang boleh menyelamatkan Everton dari terus berada di zon penyingkiran dan mengelak dari tersingkir.
Walau bagaimanapun, ada segelintir penyokong yang percaya Richarlison sepatutnya dikenakan kad kuning kerana tindakan beliau menyalakan dan mencampakkan flare itu ke arah penyokong.
Para peminat bahkan turut mengungkit insiden berkait Harvey Elliott yang meraikan kejayaan Liverpool menewaskan Chelsea dalam aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup sebelum ini.
Pemain muda Liverpool itu telah dihubungi oleh FA selepas keraian tersebut kerana beliau memegang flare dan beliau kemudiannya turut disiasat atas hal tersebut.
Richarlison throwing a flare into the crowd…
Same flares as Everton fans were wearing the last time they won a trophy.. pic.twitter.com/lyvG16h1P7
— Shaun (@LfcShaunjudge) May 1, 2022
Para penyokong berfikir yang hal itu langsung tak adil kerana Richarlison boleh terselamat sedangkan kesalahan yang beliau lakukan dengan Elliott merupakan kesalahan yang sama.
“Adakah Richarlison baru saja menyalakan flare itu? Lepas tu dia lempar pada penyokong? Apa yang berlaku ni? Dia tak dihukum?”
“Boleh kah sesiapa beritahu saya mengapa Richarlison melempar flare ke arah penyokong? Dan adakah itu sepatutnya kad merah?”
“Adakah Richarlison baru sahaja mengutip flare dan mencampakkan ia ke arah penyokong? Benda ni berlaku secara langsung, dengan adanya pengadil dan VAR, tak ada apa-apa tindakan?”
“Mari kita lihat sama ada si dungu itu semua akan hubungi Richarlison sama seperti apa yang mereka lakukan kepada Harvey Elliott dahulu atau tidak.”
“Saya masih tak faham kenapa mesti dia ambil flare itu dan campak ke arah penyokong? Lagi pelik kenapa tak ada tindakan ke atas tindakan dia tu?”
Segala objek berbentuk pyrotechnics telah diharamkan terus dari di bawa masuk ke stadium bola sepak di England dan jelas sekali para penyokong tak dibenarkan membawa ia masuk.
Richarlison hurls a flare into the Everton crowd #EVECHE pic.twitter.com/VGPEvOzssL
— HK (@5hk) May 1, 2022
Skuad kendalian Frank Lampard itu akhirnya berjaya juga mengesahkan tiga mata penuh dan membawa mereka untuk merapatkan jurang mata dengan Burnley dan Leeds United yang berada di atas mereka.
Chelsea memiliki beberapa kesempatan untuk menyamakan kedudukan hingga memaksa Jordan Pickford untuk melakukan aksi penyelamatan berkelas dunia demi memastikan gawang golnya tidak dibolosi.
Percubaan Mason Mount sekadar terkena palang dengan bola kembali ke arah Azpilicueta yang kemudiannya sekadar melepaskan rembatan ke arah Pickford.
Penjaga gol kebangsaan England itu terlibat dengan satu insiden yang mana beliau telah melakukan aksi penyelamatan yang sangat-sangat dasyat di atas garisan gawang gol.
Beliau turut berjaya menyelamatkan percubaan merbahaya dari Antonio Rudiger dan jelas sekali beliau berada di tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan ini.
Richarlison hurled a LIT FLARE back into the crowd 😳 pic.twitter.com/D82xoDXxvW
— MailOnline Sport (@MailSport) May 1, 2022
Norwich City sepertinya sudah sah akan tersingkir ke saingan Championship dan Watford juga bakal mengikuti jejak langkah mereka untuk tersingkir dari saingan Premier League.
Satu lagi pasukan yang akan tersingkir adalah antara Everton, Burnley atau pun Leeds United.
Sumber: SPORTbible