Azizul Mahu Memakai Jersi Kemenangan Semasa Tidur

Pemenang emas dalam acara keirin di Kejohanan Trek Dunia di Hong Kong, Azizulhasni Awang mahu memakai jersi kemenangan semasa tidur dan akan memakainya sehingga pulang ke Malaysia.

The Pocket Rocketman yang juga pemenang pingat gangsa Olimpik Rio itu mencatat kemenangan mutlak dan selesa apabila jauh meninggalkan lawan di acara akhir. Azizul sempat melakukan aksi wheelie di garisan penamat yang merupakan aksi cap dagangnya.

Aksi Wheelie Yang Menjadi Cap Dagang

“Saya pasti akan tidur dengan jersi ini malam ini.

“Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, saya akan memakainya juga. Jika anda tidak percaya saya, saya akan mengambil gambar dan meletakkannya di Instagram saya,” katanya kepada AFP.


Dipetik dari laporan Harian Metro, Azizul berkata :

“Selepas melepasi garisan penamat, saya tidak melihat sesiapa di kiri atau kanan saya,” katanya yang sebak ketika bercakap dengan media di Velodrom Hong Kong.

“Saya hanya menunggu serta memerhati papan mata dan tidak percaya apabila melihat nama saya di tempat pertama… ia seperti mimpi,” katanya.

Penantian 10 tahun beliau berhasil untuk meraih emas dengan latihan dan usaha keras tanpa henti.

“Saya tidak pernah berhenti mencuba, saya terus mencuba. Saya bekerja lebih keras dalam latihan. Kadang-kadang saya termuntah… kerana saya benar-benar mahu menjadi juara dunia.

“Saya tidak mahu mengakhiri kerjaya saya di tempat kedua atau ketiga jadi saya berjanji kepada diri saya sendiri untuk terus berusaha kerana saya tahu jika saya tidak berputus asa kemenangan akan menjadi milik saya,” katanya.

Hanelang!

Azizulhasni berkata, selepas meraih jersi pemenang itu, beliau tidak akan tergesa-gesa menanggalkannya.

Mari kita saksikan kembali detik bersejarah yang penuh inspirasi dari Azizul.

Aksi Bersejarah The Pocket Rocketman

Saat Lagu Negaraku Berkumandang

Reaksi Azizul Selepas 10 Tahun Mencuba

Baca Juga

Baca Juga