Azizulhasni Awang terus cemerlang dan terus membanggakan Malaysia apabila telah mengungguli acara Keirin Kejohanan Trek Piala Dunia UCI Siri Ke-4 di Velodrom Avantidrome, Cambridge, New Zealand.
Kemenangan ini telah membolehkan Azizulhasni Awang membawa pulang pingat emas dan membuat kebangkitan kembali selepas sekadar menamatkan perlumbaan ditangga ke-6 di Kejohanan Trek Piala Dunia UCI Siri Ke-3 di Hong Kong November lalu.
Pelumba yang mendapat jolokan Pocket Rocket Man kelihatan selesa memenangi perlumbaan menewaskan pelumba Russia, Alan Shane Perkins ditempat kedua dan pelumba Australia, Matthew Glaetzer untuk pingat gangsa.
Pocket Rocket Man mencatatkan masa 9.853 untuk pingat emas menewaskan lawan yang jauh lebih besar, katang dan kateh molek.
Azizulhasni Awang kini berada diranking kedua dunia Men Elite Keirin Ranking dibelakang pelumba Jepun, Yudai Nitta.
1. Azizulhasni Awang (Malaysia) – Emas
2. Alan Shane Perkins (Russia) – Perak
3. Matthew Glaetzer (Australia) – Gangsa
Selepas kemenangan itu Azizulhasni Awang sempat bergurau di laman muka bukunya dengan isu yang hangat di Malaysia sekarang yang melibatkan nombor 18 dan 19.
“Dah 18 kali saya kalahh tapi kali ke 19 ni saya kene menangg lah pulak. Kekuatann die tu lain machemmm.”
“Gurau okay guys, jangan serious jangan marah.”
Azizulhasni Awang juga telah mengupload video pendek perlumbaan yang beliau menangi.
“Saya skarang di dalam bilik doping (pemenang memang akan kene doping test) , cun pulak diorang replay video race tadi. So, here we are guys, another kualiti cetak rompak kedai Mek Amoi untuk tatapan korang semua. Ampunkan saya ya ????”
Pocket Rocket Man telah mendedikasi pingat emas itu untuk seluruh rakyat Malaysia dan bersyukur dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi.
“Pingat emas, istimewa untuk anda Malaysia.”
“Sangat bersyukur dengan peluang yang tidak putus-putus dan sokongan yang sepenuh hati diberikan.”
“Wahai rakyat Malaysia! Ayuh sokong pasukan kita untuk perlumbaan esok dan minggu depan di Brisbane.”