Azizulhasni Awang: Seorang Role Model, Suami Dan Ayah Penyayang, Berjuang Dengan Tragedi, Influencer Dan Atlet Bertaraf Dunia.

Atlet berusia 33 tahun itu yang berjuang dengan kecederaan, sekeping kayu 20cm yang menembusi kaki kirinya ketika acara berbasikal trek di Manchester pada tahun 2011

Pelajar cemerlang yang memilih sukan berbanding akademik, seorang muslim yang taat, mesra peminat di media sosial melalui kisah peribadi, hidup dan agama

Azizulhasni merupakan seorang role model islam, suami dan ayah yang penyayang, seorang yang berjuang dengan tragedi kecederaan, influencer dan atlet bertaraf dunia.

Superstar basikal trek Malaysia, Azizulhasni Awang yang terkenal di Malaysia mula mendapat kemasyhuran ketik insiden kecederaan betis yang dialami pada tahun 2011.

Pada sukan Olimpik lepas yang berlangsung di Rio, Brazil Azizulhasni memperoleh kejayaan dengan memenangi pingat gangsa acara keirin.

Azizulhasni dikenali sebagai ‘Pocket Rocketman’ memiliki ketinggian 1.69 sentimeter, merupakan pilihan utama untuk memenangi emas dalam acara keirin di Sukan Olimpik 2020.

Situasi Azizulhasni di Malaysia hampir sama dengan pakar keirin dari Hong Kong, Sarah Lee Wai-sze yang sedang menburu emas pertama sejak 2012.

Azizulhasni merupakan pemenang pingat pertama dari Malaysia ketika meraih gangsa di Rio dan merupakan harapan utama pingat emas Malaysia di Tokyo.

Pelumba ini sering menjalinkan hubungan mesra dengan peminatnya di media sosial melalui perkongsian tentang hidupnya bersama mereka.

Azizulhasni sentiasa menyatukan para peminat dengan ceritanya dan sering memberi nasihat.

Kadang-kadang Azizulhasni memberi nasihat bagaimana menjadi seorang muslim yang baik dalam menjalani kehidupan. Azizulhasni mempunyai lebih dari 380 ribu pengikut di Facebook dan 47 ribu di instagram.

Azizulhasni dilahirkan pada 5 Januari 1988 di Kuala Dungun, Terengganu. Dia mula berbasikal pada usia 10 tahun ketika ayahnya membeli basikal pertamanya.

Dia merupakan seorang pelajar cemerlang, memperohi 4A, 1B dalam peperiksaan UPSR. Pada satu titik dia perlu memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan atau menjadi altet berbasikal.

Azizulhasni kini berpusat di Melbourne berlatih dibawah jurulatih kebangsaan John Beasley. Azizulhasni bergabung dengan pelumba muda Shah Firdaus Sahrom yang dilihat berpotensi meraih podium di Tokyo.

Azizulhasni menjuarai kejuaraan dunia pada 2017 yang berlangsung di Hong Kong dan gangsa Olimpik 2016 namun detik terbaiknya telah muncul pada tahun 2011.

Pada tahun tersebut Azizulhasni mengalami kecederaan serius semasa perlumbaan akhir keirin Piala Dunia di Manchester.

Serpihan kayu bersaiz 20cm telah menembus betis kirinya. Azizulhasni terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan serpihan kayu itu.

Azizulhasni mengatakan bahawa kenangan itu tetap kuat dalam ingatannya tetapi dia memilih untuk melihatnya dari sudut positif.

Bagaimanapun dia menganggap insiden tersebut sebagai satu cabaran dan dia percaya kepada prinsip selepas melalui kesusahan akan datang kesenangan.

“Kenangan sepotong kayu 20 sentimeter yang secara tidak sengaja menembus betis saya masih segar,” catatanya di facebook pada Februari 2021.

“Macam-macam tekanan yang saya lalui ketika itu. Emosi, tekanan fizikal dari pelbagai sudut waktu ketika saya berusaha untuk kembali ke prestasi terbaik.”

“Pilihan paling mudah pada masa itu adalah dengan berhenti mengayuh basikal dan mencari arah baru.”

“Tetapi saya tidak menjadikan pilihan tersebut untuk diri saya. Saya percaya setiap cabaran dan rintangan datang dengan ganjaran yang manis.”

“Tuan-tuan, puan-puan, saudari dan saudara. Saya harap anda semua tidak mudah berputus asa dalam hidup apa sahaja pekerjaan anda.”

“Anda layak untuk merasai kemanisan yang telah disediakan untuk anda. Intinya adalah, adakah kita dapat melalui kesulitan atau tidak.”

Pada awal tahun ini, dia menulis di Facebook, sebanyak 3 bahagian yang penuh emosi mengenai kesedihan yang menimpa dia, isteri dan anak perempuannya ketika dia mahu meninggalkan mereka untuk memulakan persiapannya Sukan Olimpik.

“Kita masing-masing pasti diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup, bukan?

Sekiranya kita diuji dengan kesedihan, kita sedih kerana dengan mengetahui erti kesedihan membuat kita mengetahui nilai kebahagiaan yang sebenarnya, ”tulisnya.

“Sekiranya kita diuji dengan kesakitan, bersabarlah kerana ketika kita diberi kesihatan yang baik, kita jarang mengukurnya. “

“Sekiranya kita diuji dengan perpisahan, tetap kuat kerana itu membuat kita lebih menghargai ketika kita bersama.”

“Dan jika kita diuji dengan pelbagai musibah yang kita rasa terlalu besar untuk dilalui, percayalah bahawa Allah tidak akan menguji hamba-hambaNya melebihi kemampuan mereka sendiri. “

Impian Azizulhasni untuk meraih pingat emas tidak tercapai. Namun dia telah memperbaiki catatan di Rio dari Gangsa kepada Perak. Azizulhasni tetap dianggap hero kepada rakyat Malaysia.

BACA:  Shah Firdaus Lakukan Comeback, Menang Pusingan Repechage Walaupun Dalam Kesakitan