Azizulhasni Awang Terlibat Kemalangan Selepas Dipancung Pelumba Jepun

Pelumba basikal pecut negara, Azizulhasni Awang ditimpa malang dalam perlumbaan Kejohanan Trek Piala Dunia UCI yang berlangsung di Brisbane, Australia apabila terlibat dalam kemalangan pada kelajuan tinggi.

Kemalangan ini terjadi pada pusingan pertama acara Keirin apabila cubaan pelumba daripada Jepun, Tomoyuki Kawabata cuba memancung dari dalam telah mengundang kecelakaan tiada apa yang dapat dilakukan Azizulhasni Awang.

“Ketika loceng dibunyikan, menandakan tinggal lagi satu pusingan, saya cuba memecut kehadapan untuk memotong pelumba dari Poland yang berada dihadapan.”

“Ketika cuba memotong, pelumba dari Jepun yang datang dari belakang juga cuba untuk memecut kehadapan dan memancung saya kedalam mengakibatkan saya terhimpit dengan pelumba dari Poland dan terus mencium permukaan velodrome bersama beberapa pelumba yang lain.”

“Pancungan itu kalau diikutkan seperti datang dgn niat yg kuuraang baek namun sebagai seorang atlet professional yang berjiwa besar, saya tetap melihatnya dengan positif. Sudah lumrah dalam dunia lumba basikal track ini terutamanya dalam acara Keirin.”

Akibat dari perlanggaran itu helmet yang dipakai oleh Azizulhasni pecah. Visor juga patah dan tercampak entah ke mana, Azizulhasni mahu meneruskan perlumbaan tetapi tidak dibenarkan oleh jurulatih.

Azizulhasni Awang telah dikejarkan dengan segera ke hospital selepas kemalangan untuk pemeriksaan lanjut dan selepas imbasan dibuat tiada keretakan atau kecederaan major yang dialami.

The pocket rocket man mengalami skinburns di seluruh badan dan concussion di kepala serta bahu kanan. Kesakitan paling ketara dibahu kanan yang bengkak akibat hentakan ketika jatuh.

“Sedikit tentang perkembangan diri saya, syukur Alhamdulillah daripada scan yang dibuat semalam, tidak ada fractured dan major injury lain. Cume terdapat banyak kesan skinburns di seluruh badan dan concussion di kepala dan bahu kanan.”

“Paling azab adalah di bahu kanan ini dimana terdapat bengkak di Acromioclavicular joint mungkin hasil hentakkan ketika jatuh atau dilanggar oleh pelumba lain.”

Semoga cepat sembuh lejen!

Baca Juga

Baca Juga