Azmeer Yusof merupakan bekas pemain bola sepak pasukan Kedah dan telah mengumumkan persaraannya secara rasmi pada Disember tahun lalu.
Beliau ketika ini merupakan salah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan Azmeer Yusof juga sebenarnya antara selebriti yang paling banyak terlibat dalam kerja-kerja kebajikkan.
Azmeer baru-baru ini mendedahkan satu kisah yang mana beliau pernah meminta gaji RM1 sebulan untuk terus bermain bola sepak.
People should give more recognition to Kedah left back, Azmeer Yusof for whatever he has done.
Contoh kepada pemain bola sepak di negara kita yang lain! pic.twitter.com/KhaffNRcdB
— Afiq Shari 🇲🇾 (@AfiqShari) April 12, 2020
Ya, RM1 sahaja yang beliau mintak, kalau nak bayar untuk setahun, boleh bayar terus RM12.
Dalam satu video berdurasi lima minit di saluran Youtube miliknya, Azmeer Yusof telah berkongsi kisah yang sungguh menarik itu.
“Selepas saya berhenti bermain bola sepak pada bulan 5 ke 6 mcm tu pada tahun 2020, kemudian seseorang contact saya, beliau bertanyalah, beliau ni seorang pegawai dalan persatuan bola sepak.”
“Beliau tanya adakah saya masih mahu bermain bola sepak lagi, saya jawab, ‘kalau tuan bagi saya tawaran yang baik saya nak’, saya saja je bergurau cakap macam tu.”
Beliau kemudiannya menjelaskan tentang rancangan individu tersebut untuk mengajaknya kembali beraksi dalam dunia bola sepak.
Azmeer berterus terang yang beliau sebenarnya berminat dan mahu berunding dengan individu tersebut berkait tawaran yang diberikan.
Beliau mendedahkan soalan pertama yang menjadi perhatian adalah soal gaji, dan turut mengakui kalau dirinya secara peribadi, hal gaji merupakan hal paling penting dalam memulakan rundingan.
“Perkara pertama dalam dunia bola sepak ni gaji lah, kita nak tahu gaji berapa dulu, kemudian baru kita bincang hal-hal lain, itu orang kata memang lumrah lah, tapi saya cakap diri saya, untuk orang lain saya tak tahu.”
Azmeer kemudiannya menjelaskan bagaimana beliau meletakkan nilai RM1 sahaja sebagai gaji yang beliau minta pada individu tersebut.
“Untuk kisah ini, saya pula yang cakap dekat dia, ‘Ok tuan, tuan tak payah cakap dekat saya berapa gaji saya, biar saya sendiri letakkan gaji saya, saya mintak RM1 sebulan.”
Individu yang dimaksudkan terkejut mendengar permintaan Azmeer dan bertanya semula pada beliau adakah beliau bergurau.
“Dia tanya saya biar betul Azmeer, saya cakap betul, saya nak singgit, darab 12 bulan saya nak RM12.”
Azmeer kemudian menjelaskan tentang niat beliau, yang mana beliau sama sekali tidak bermaksud untuk menghina atau memandang rendah pada sesiapa.
“Ini bukan satu penghinaan kepada beliau, kepada bola sepak, kepada persatuan, bukan, niat saya memang ikhlas, saya nak terima gaji banyak macam tu, tapi saya nak beliau terima syarat-syarat yang saya letak, saya pun beri dia dua tiga syarat.”
Azmeer kemudian menjelaskan yang individu tersebut meminta tempoh untuk berfikir, namun setelah lama menunggu beliau masih tak dapat jawapan.
“Kemudian dia cakap dia akan fikirkan, tapi saya tunggu punya tunggu dia tak hubungi saya, jadi saya anggap benda ni dah selesai.”
Azmeer memutuskan untuk berfikir lebih terbuka dengan menganggap mungkin syarat yang beliau letakkan sukar untuk dipenuhi dan kerana itu beliau tidak dihubungi semula.
“Jadi saya fikir syarat saya letak tu tak direstui, tapi saya fikir positif je lah, bukan dia tak nak, tapi mungkin banyak dia kena hadap untuk penuhi semua syarat saya tu.”
“Jadi saya pun segan nak tanya, saya anggap je bukan rezki saya untuk terus main bola sepak lagi, lepas tu baru saya bersara.”
Azmeer turut mendedahkan yang sebelum beliau mengumumkan perasaannya, beliau sempat berunding dengan beberapa pasukan terlebih dahulu.
“Saya sebenarnya ada juga berunding dengan dua tiga kelab untuk saya teruskan bermain bola sepak.”
Beliau kemudiannya berkongsi salah satu syarat yang beliau letakkan untuk kembali bermain dengan menerima bayaran gaji RM1.
“Salah satu syarat saya letak adalah, saya nak ajak semua solat asar berjemaah sebelum memulakan sesi latihan.”
“Saya ada dengar cerita-cerita dari orang tua, zaman Radhi Mat Din dulu sebelum mulakan latihan diorang akan solat jemaah bersama-sama dulu.”
“Sebab tu mereka kuat masa tu, tiga kali final berturut-turut, menang banyak lah kan, sikap kekeluargaan dari pasukan pun kuat.”
“Saya selalu mintak, ya Allah ya Tuhanku, tolong lah ada kan aku dalam pasukan macam tu, tak saya tak kata pasukan sekarang tak solat, Demi Allah saya nampak diorang solat.”
“Cuma saya nak firmkan benda tu, saya nak ajak pemain semua solat dulu baru berlatih.”
Beliau turut mendedahkan yang hasratnya hanya mahu berjuang mahu orang solat berjemaah walaupun beliau sedar setiap pemain masih boleh solat secara sendirian.
📸 | FB Azmeer Yusof pic.twitter.com/W42gNGCrCQ
— PALANGG⚽️L (@PALANGGOL) March 6, 2020
“Jadi saya boleh lah rasa yang saya perjuangkan solat jemaah, solat boleh je sorang-sorang, tapi solat jemaah banyak kebaikan.”
“Insyaallah, dengan izin Allah, Allah akan beri kekuatan, kerahmatan kepada pasukan, serta keberkatan.”
Azmeer sekali lagi menegaskan yang beliau sama sekali tidak menyalahkan individu tersebut dan beliau faham mengapa syaratnya ditolak.
“Saya fikir bukan keputusan dia sorang, banyak dia kena hadap untuk bincang hal tu.”
“Saya anggap bukan rezki saya lah nak terus ada dalam dunia bola sepak, jadi pada 25/12 saya buat keputusan untuk umumkan persaraaan saya.”
Kisah penghijrahan Azmeer Yusof
Kisah bagaimana beliau berubah keluar dari kemewahan dunia untuk mencari akhirat sememangnya satu perjalanan yang sungguh berinspirasi.
Kira-kira hampir setahun lalu, Azmeer pernah memuat naik satu video di lama Youtube miliknya, untuk menceritakan kisah mengapa beliau keluar dari dunia bola sepak.
Ia merupakan sebuah video yang berbaloi untuk ditonton dan memberikan inspirasi yang berguna kepada ramai pihak.
Di awal video tersebut, Azmeer ditanya mengapa beliau meninggalkan dunia bola sepak yang telah memberikan kemewahan kepadanya.
'Jaga Solat 5 Waktu' – Pesanan Azmeer Yusof Sebelum Berundur Dari Kedah FA https://t.co/yPxOb0eoZW pic.twitter.com/ydAOq2axu8
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 25, 2020
Jawapan yang diberikan oleh bekas pemain Kedah itu sememangnya menakjubkan dan sungguh menginspirasikan.
“Betul semua aku dapat, tapi satu benda aku tak dapat, ketenangan. Ketenangan ni kalau ada satu juta ke dua juta ke kita tak kan dapat, susah nak dapat ketenangan ni. Allah yang bagi ketenangan ni dengan cara kita mencari. Dan ketenangan ni lah yang aku tak dapat selama ni.”
Beliau turut menyatakan yang dirinya berada dalam dua dunia yang berbeza, dengan bola sepak merupakan dunia yang memberi kemewahan padanya.
Azmeer dengan terbuka mendedahkan yang walau beliau menerima 40,000 Ringgit sebulan, namun beliau tetap dibelenggu dengan masalah dan hutangnya juga sentiasa bertambah.
Beliau menegaskan yang ramai orang menganggap dirinya bahagia dengan segala kemewahan yang beliau miliki, namun hakikatnya beliau sebenarnya tidak henti-henti di uji pada ketika itu.
Impian Kian Terlaksana, Pembinaan Pusat Pengajian Azmeer Yusof Bermula https://t.co/1RXvbJlWgL pic.twitter.com/fJyR754dlZ
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) July 24, 2020
Azmeer mengakui beliau sering membaca komen dari peminat yang memujinya dan menganggap beliau mewah, namun pada masa sama beliau sebenarnya pening memikirkan tentang komitmennya.
Namun begitu, beliau menegaskan yang ketika dirinya mencari jalan yang lebih diredhoi, beliau berjaya bebas sepenuhnya dari hutang.
Berjaya bebas dari hutang merupakan satu hal yang paling dasyat dalam kariernya dan Azmeer sendiri tidak menduga beliau mampu keluar dari semua itu.
Selain bebas dari segala hutang, beliau turut berjaya membeli sebidang tanah untuk membangunkan pusat pengajian Azmer Yusof.
“Aku rasa dengan duit yang aku ada sekarang, walau tak banyak mana, tapi aku dapat rasa dari segi keberkatan.”
SPREAD THIS! RAMADHAN TIBA.
Hasil jualan ini kami salurkan kepada yang memerlukan.
Let’s be the reason someone smiles today! 😁 pic.twitter.com/OP5KjQ42dD
— AY25 (@azmeeryusof_) April 20, 2020
“Keberkatan ni orang tak akan dapat rasa selagi dia dapat gaji, tapi kita kena tengok balik, kita dapat gaji tu 40k, 50k tapi duit tu pergi mana, itu perbezaan aku dengan dunia bola sepak.”
“Jadi sebab tu aku pilih jalan mcm ni buat keputusan ni, aku berhenti, walaupun orang kata nama aku tengah naik, tapi aku nak bagi segala-galanya pada agama.”
Beliau turut mendedahkan tentang segala kemewahan yang beliau miliki ketika bermain bola sepak.
“Lagi satu Firdaus, dalam dunia bola sepak ni apa je yang tak ada? Apa je yang tak ada? Semua ada, duit, perempuan, semua ada, tak payah nak sorok cerita macam ni.”
“Aku tak akan malu untuk mengaku benda mcm ni ada dalam dunia bola sepak dan dunia hiburan, semua orang tahu benda tu kan?”
AY BARBER
No 9, Lorong Bunga Raya 4, Tongkang Yard, 05050 Alor Setar, Kedah ( Waze )https://t.co/BZU0LDvZaX pic.twitter.com/YCNWC7Glf5
— AY25 (@azmeeryusof_) April 11, 2020
Azmeer mendedahkan yang beliau mahu menjaga agama dan berharap semua orang boleh menjaga agama, kerana jika agama tidak dijaga, ia akan runtuh.
“Sekarang ni bila aku berhenti bola sepak, aku bagi segala-galanya pada agama Islam dan aku dapat rasakan yang aku boleh jaga agama kita.”
“Macam aku selalu cakap, agama kita, kita jaga, kita fikir balik ayat tu, kenapa aku cakap macam tu? Kenapa kita kena fikir ayat tu? Sebab apa?”
“Memang betul kita kena jaga agama kita, kita tengok orang kata bila kita tak jaga agama kita, agama kita akan runtuh, agama kita tak kukuh, jadi bila kita bagi segalanya ke dalam agama kita, kita akan dapat naikkan agama kita, kita dapat berdakwah di dalam apa yang kita buat sekarang ni”
Menurut Azmeer jika seseorang itu faham dengan apa yang beliau maksudkan dengan ‘kita jaga agama’, insyaallah hatinya akan lebih tenang untuk mencari jalan Allah.
Sumber: Youtube Azmeer Yusof