Bacalah Cerita Ringkas Tentang Panic Buying Dato Lee Chong Wei

Menurut Dato Lee Chong Wei, dua hari lalu beliau dan isterinya menerima khabar tentang kawalan pergerakkan yang diumumkan oleh pihak kerajaan.

Jadi isterinya meminta agar beliau pergi membeli beberapa kelengkapan untuk kegunaan mereka selama tempoh 2 minggu.

Menurut Dato Lee Chong Wei, isterinya handal dalam subjek Add Math jadi segala keperluan harus mengikut apa yang dikehendaki oleh isterinya.

Untuk kegunaan empat orang dalam keluarganya, Mew Choo telah menyenaraikan kelengkapan yang dijangka cukup untuk kegunaan selama dua minggu.

Antara barang yang perlu dibeli oleh beliau adalah Ayam lima ekor, beras satu kampit, sayur untuk dua minggu, Maggie 2 bungkus, telor dua papan, buah-buahan dan tisu tandas satu bag.

Dato Lee Chong Wei terkejut apabila tiba dipasaraya, beliau melihat begitu ramai orang yang membeli belah tanpa mengira umur semuanya berpusu-pusu mahu membeli bekalan makanan.

“Makcik- makcik, auntie-auntie semua macam lumba marathon trolly! Kalah Khairul Hafiz Jantan, nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife.”

Tulis Dato Lee Chong Wei di laman Instagram miliknya.

Tetapi dari semua senarai yang ditulis oleh isterinya, Dato Lee Chong Wei terlewat untuk mendapatkan tisu tandas. Dan apabila beliau sampai ke rak bahagian tisu tandas itu beliau terpaku disana.

“Ternganga saya tengok mamat depan saya tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknya jubor kat rumah dia.”

Tulis beliau lagi.

Ketika beliau dalam keadaan terkejut melihat lelaki yang memunggah habis tisu tandas itu, tiba-tiba beliau terdengar satu suara dari belakangnya:

“Lee nah amik bag ni”

Kemudian Dato Lee Chong Wei mengatakan lagi:

“Saya terambik dua, saya tengok semua orang tapao saya pon terikut amik lebih, saya pon tak tahu kenapa saya ambil lebih, bukan saya pakai untuk basuh pon.”

Setelah selesai mengumpul semua barang yang isterinya mahu, Dato Lee Chong Wei melihat begitu banyak pelumba trolly mula menyerbu jadi beliau pon terus pulang kerana bimbang dengan keterbukaan virus itu untuk terus merebak ditempat yang begitu.

Dato Lee Chong Wei turut meninggalkan pesanan kepada semua lapisan masyarakat agar tidak cemas untuk menghadapi krisis ini.

“Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya, dan saya minta tolong semua duduk di rumah dan jangan keluar sementara ini, jangan balik kampung macam cuti raya, kamu mungkin akan selamat tetapi kamu bahayakan nyawa orang lain.”

Dato Lee Chong yakin mimpi ngeri yang sedang dilalui oleh rakyat Malaysia dan seluruh dunia ini bakal berakhir.

Beliau turut menggesa agar semua rakyat Malaysia tanpa mengira Agama dan Bangsa harus bersatu padu, berganding bahu, bertolak ansur dan saling tolong menolong.

Di laman Twitter miliknya, Dato Lee Chong Wei turut melafazkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada frontlines, para Doktor, nurse, kakitangan hospital, pekerja pasaraya dan semua yang terlibat sanggup berkorban untuk mengawal penularan virus Covid-19 ini.

BACA:  Datuk Lee Chong Wei Terkejut, Tetapi Enggan Dedahkan Nama Orang Yang Cuba Merasuah Taufik Hidayat Pada 2006