Pertandingan teragung antara kelab terhebat seluruh Eropah, Liga Juara-juara atau nama di dalam kad pengenalan Eropahnya, UEFA Champions League sudah berlangsung lebih 60 tahun sejak edisi pertama pada tahun 1955-56.
Nama asal kejohanan berprestij Eropah ini yang bermula pada tahun 1955 adalah European Champion Clubs’ Cup atau nama manjanya European Cup. Pada tahun 1992 kejohanan ini ditukar nama kepada Union of European Football Associations(UEFA) Champions League.
Semua sedia maklum bahawa Real Madrid merupakan kelab paling berjaya dalam sejarah kejohanan ini dengan 13 kali muncul juara. Kelab dari Sepanyol mengumpul 18 kejuaraan diikuti England 13 kejuaraan dan Italy dengan 12 kejuaraan.
Pertandingan yang diadakan secara tahunan ini telah dimenangi oleh 22 kelab yang berbeza dan 12 daripada kelab tersebut telah menjulang piala ini lebih dari sekali. Hanya 6 kelab sahaja setakat ini yang berjaya mendapatkan Badge of Honour.
Apakah Badge of Honour?
Badge of Honour merupakan satu penghormatan khusus kepada kelab berprestasi tinggi dan cemerlang di Champions League sekaligus menjadikan mereka kelab elit di kalangan kelab hebat Eropah. Hanya 6 kelab sahaja yang setakat ini layak memakai lencana ini.
Kriteria untuk mendapatkan lencana ini bukanlah mudah dan harus mematuhi garis panduan yang termaktub dalam Peraturan Liga Juara-juara di mana pasukan yang layak untuk menerima Badge of Honour ini wajib :
1. Menjuarai Liga Juara-juara sebanyak 5 edisi atau,
2. Menjuarai Liga Juara-juara sebanyak 3 edisi secara berturut-turut.
Enam kelab yang telah menerima penghormatan untuk memakai lencana ini adalah Real Madrid, AC Milan, Ajax, LIVERPOOL (YNWA!), Bayern Munich dan Barcelona yang merupakan kelab terbaru yang masuk dalam golongan kelab elit pada tahun 2015.
Badge of Honour ini disediakan oleh pihak pengurusan UEFA dan bukan dibeli di uptown atau downtown. Lencana ini dilekatkan pada jersi di bahagian lengan sebelah kiri.
Jadi ketahuilah semua kenapa peminat Liverpool sering kali menyebut bahawa mereka kelab elit sambil berkata “Datanglah bila kau cukup 6 kepada peminat Manchester United”.
Real Madrid – 13
Pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan Liga Juara-juara dengan 13 kejuaraan berjaya dirangkul. Real Madrid juga pernah memenangi trofi ini sebanyak 5 kali berturut-turut pada edisi 1955-56, 1956-57, 1957-58, 1958-59 dan 1959-60.
Dengan kejayaan ini Real Madrid telah memenuhi kedua-dua kriteria untuk mendapatkan Badge of Honour. Dalam 6 edisi terakhir kejohanan ini Real Madrid telah muncul juara sebanyak 4 kali iaitu pada 2013-14, 2015-16, 2016-17 dan 2017-18.
Real Madrid telah menjulang trofi ini 3 kali berturut-turut dengan menjuarai edisi 2017-18. Real Madrid kekal hebat dari dulu hingga kini di pentas Eropah.
AC Milan – 7
AC Milan juga antara gergasi yang kini sedang mengantuk, sebelum AC Milan menjadi begitu sinonim dengan Encik Jimie seperti sekarang, pentas Liga juarai-juara sangat sinonim dengan pasukan dari Italy ini.
Pada abad lalu AC Milan mendakap trofi ini sebanyak lima kali pada edisi 1962-63, 1968-69, 1988-89, 1989-90 dan 1993-94 sekaligus melayakkan mereka menerima penghormatan untuk memakai Badge of Honour di jersi mereka.
AC Milan menambah trofi kejuaraan mereka kepada 7 dengan menambah 2 lagi pada alaf baru iaitu pada musim 2002-03 dan 2006-07.
Paolo Maldini muncul sebagai pemain kedua terbanyak memenangi trofi ini dengan lima kejuraan di belakang pemain Real Madrid, Paco Gento yang meraih 6 gelaran.
Liverpool – 6
Kebangkitan Istanbul, Miracle of Istanbul atau Keajaiban Istanbul serta apa sahaja nama diberikan kepada perlawanan ini sememangnya akan menjadi perkara pertama muncul diingatan apabila bercerita tentang Liverpool dan Liga Juara-juara.
Kemenangan penuh bersejarah dan dinobatkan sebagai antara kebangkitan terbaik dalam sejarah peradaban bola sepak dunia telah melayakkan Liverpool memakai Badge of Honour kerana itu merupakan kemenangan ke-5 Liverpool.
Lencana penghormatan yang diraih dengan penuh dramatik selepas menewaskan AC Milan 1-0 dan kekal dalam benak fikiran peminat bola sepak. Koleksi 5 trofi Liverpool diperoleh pada edisi 1976-77, 1977-78, 1980-81, 1983-84 dan 2004-05.
Kejayaan Liverpool di Istanbul juga telah diadaptasi oleh Bernard Chauly dan terhasillah filem Istanbul Aku Datang yang menampilkan pelakon seperti Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy.
Pada musim 2018-19 liverpool telah meraih trofi ke-6 mereka apabila berjaya menewasakan Tottenham Hotspur di final dan menamatkan pengusaan kelab dari Sepanyol.
Bayern Munich – 5
Selepas dominasi Ajax di pentas Eropah, tiba giliran Bayern Munich pula menguasai bola sepak Eropah dengan mencatat kejuaraan hatrik di Liga Juara-juara pada edisi 1973-74, 1974-75 dan 1975-76.
Kekuatan Bayern Munich pada ketika itu bertunjangkan kepada kekentalan Der Kaiser atau The Emperor, Franz Beckenbauer di bahagian pertanana dan ketajaman Gerd Muller di depan gol.
Selepas era dua lagenda tersebut Bayern kemarau kejuaraan sebelum menambah dua lagi gelaran di era milenia pada musim 2000-01, 2012-13 menjadikannya 5 kejuaraan.
Barcelona – 5
Barcelona merupakan pasukan ke-6 dan terbaru menyertai kelab elit ini selepas kali terakhir menjuarai pada 2014-15 dan menjadikan Sepanyol sebagai satu-satunya negara mempunyai dua pasukan yang memakai Badge of Honour.
Empat lagi kejuaraan Barcelona diperoleh pada edisi 1991-92, 2005-06, 2008-09 dan 2010-11.
Sejak kali terakhir Barcelona menjuarai piala berprestij ini, Real Madrid telah menguasai pentas Eropah sebelum Liverpool mengambil alih.
Ajax Amsterdam – 4
Pasukan gergasi Belanda yang kini semakin mengantuk hanya mampu beraksi di pentas kelas dua Eropah iaitu Europa League yang bakal dimenangi Arsenal tahun ini. Musim 2018/18 Ajax gagal beraksi di pentas Eropah selepas kecundang pada perlawanan kelayakan Europa League. Kesian.
Era kegemilangan Ajax di Liga Juara-jura adalah pada awal tahun 70-an di mana Ajax berjaya muncul juara 3 kali berturut-turut pada edisi 1970-71, 1971-72 dan 1972-73.
Figura utamanya tidak lain dan tidak bukan adalah maestro bola sepak dunia yang terkenal dengan total football, Johan Cruyff.
Selepas era Cruyff, Ajax hanya berjaya menambah satu sahaja kejuaraan pada musim 1994-95 dengan skuad generasi emas mereka seperti Clarence Seedorf, Edgar Davids dan Patrick Kluivert.
Ajax berjaya menewaskan AC Milan 1-0 di pentas final.