Badou Ndiaye Melindungi Nota Taktikal Dengan Memakannya

Banyak perkara aneh berlaku dalam sukan bola sepak sejak berkurun lama dahulu lagi. Tapi ada satu kejadian yang paling luar biasa telah berlaku  di Turki dalam satu perlawanan yang melibatkan pasukan Trabzonspor.

Badou Ndiaye pemain dari pasukan Trabzonspor telah memakan secebis kertas ketika sedang beraksi diatas padang. Beliau memakan cerbisan kertas itu bukan kerana lapar.

Cerbisan kertas yang dimakan oleh Badou Ndiaye itu mengandungi pelan taktikal yang diberi oleh jurulatihnya. Beliau memakan cerbisan kertas itu agar pemain lawan tidak mengutip dan membaca nota yang tertulis diatas kertas tersebut.

Kebanyakkan pengurus biasanya akan memberi pesanan kepada pemain tentang perubahan taktikal ketika perlawanan sedang berlangsung dengan menggunakan nota kecil.

Biasanya perubahan taktikal akan berlaku bila mereka membuat pertukaran pemain. Dan melalui pemain yang baru masuk itulah yang akan menyampaikan nota kepada pemain lain didalam padang.

Nota itu sangat penting untuk dijaga agar tidak dapat dibaca oleh pihak lawan supaya mereka tidak sedar perubahan taktikal yang berlaku. Pernah juga terjadi dalam sejarah nota begitu dicuri oleh pasukan lawan.

Tetapi bagaimana seorang pemain itu akan memastikan nota taktikal itu tidak terlepas kepada pasukan lawan?

Biasanya pemain lain akan menyimpan didalam stokin atau mencampakkan nota itu kepada pemain pasukan mereka di tepi padang.

Tetapi tidak untuk Badou Ndiaye, cara paling mudah untuk beliau selamatkan nota itu adalah dengan memakannya. Musuh pon tak boleh baca dia pon dapat hadam terus nota yang diberi pengurusnya.

Kejadian luar biasa itu berlaku ketika perlawanan antara Trabzonspor menentang Gaziantep FK dalam satu perlawanan Liga di Turki.

Ndiaye menerima nota itu dari rakan sepasukannya Filip Novak, selepas menerima nota itu beliau masih meneruskan permainan sebelum membacanya.

Selepas membaca nota itu, Ndiaye sepatutnya boleh menggulung nota itu atau mencampakkan ke tepi padang. Tetapi beliau lebih memilih untuk memakannya.

Luar biasa bukan? Aksi yang sangat sukar untuk ditonton dan mungkin saja tidak pernah dilihat sebelum ini.

Meletakkanya di dalam seluar atau membuang nota itu selepas dikoyakkan mungkin juga berisiko untuk dilihat oleh pasukan lawan. Jadi sebenarnya Ndiaye berkorban untuk pasukannya dengan menyelamatkan nota itu dari pasukan lawan.

Satu aksi dan pengorbanan yang sungguh mulia ditunjukkan oleh pemain midfield pasukan Trabzonspor itu. Usaha dan tindakan beliau harus dipuji.

Baca Juga

Baca Juga