Bagaimana Guardiola Mengubah Raheem Sterling Selepas Meninggalkan Liverpool

Pada musim panas tahun 2015, Raheem Sterling menghancurkan hati para penyokong Liverpool apabila menyertai Manchester City ketiaka itu dibimbing Manuel Pellegrini, dengan yuran perpindahan sebanyak GBP49 juta.

Pada mulanya, ramai yang memandang serong Raheem Sterling dan Manchester City.

Sterling dituduh mata duitan manakala City pula terdesak untuk membeli pemain home grown kerana kekurangan pemain lepasan akademi mereka sendiri, di samping rekod Sterling yang tidaklah begitu hebat standing harganya.

Perpindahan Sterling juga dilihat sebagai satu kesilapan kerana Klopp dijadualkan bakal menggantikan Brendan Rodgers pada musim panas tersebut selepas pengurus berbangsa Scotland itu sekadar menamatkan liga di tangga keenam.

City pula bukanlah kelab terbaik untuk mengembangkan bakat pemain muda, Mereka cukup dikenali sebagai kelab yang sangat volatile dalam ambil dan buang pengurus.

Bersama Pellegrini, Sterling sekadar dilihat sebagai pemain sayap atau penyerang sisi yang terkinjal-kinjal menggelecek pemain, lalu menghantar bola ke kotak penalti, bukan seorang pemain yang menjaringkan gol secara konsisten.

Pada musim 2015-16, Sterling telah bermain sebanyak 47 perlawanan,, menjaringkan 11 gol dan melakukan 8 bantuan gol dan City menamatkan saingan di tangga keempat.

Angin perubahan berlaku.

Pep Guardiola tiba ke Bandar Manchester dari Munich lantas mengubah kelab dipacu kekayaan Pak Arab tersebut.

Musim pertama bersama Guardiola, statistik Sterling lebih kurang serupa – 10 gol dan 15 bantuan gol dalam jumlah perlawanan yang sama dan City sekadar menduduki tangga ketiga liga.

Walaubagaimanapun, musim 2017-18, Sterling mula menunjukkan peningkatan ketara dalam mencatatkan nama sebagai penjaring di mana 23 jaringan dilakukan dalam 46 perlawanan dan musim berikutnya dia berjaya  menjaringkan 25 gol dalam 51 perlawanan sekaligus membantu City menjuarai liga.

Bagaimana?

Bermula musim tersebut, Guardiola mengambil bekas pemain Arsenal, Mikel Arteta sebagai pembantunya dan meletakkan Sterling sebagai fokus utama.

Daripada analisa yang dibuat, Sterling dilihat mempunyai beberapa masalah – posisi dan mentaliti.

“Terang-terang dia ada masalah sikit dengan nilai GBP49juta yang City bayar tu,” kata Guardiola.

Lagi pula, Sterling seakan takut untuk menjaringkan dol dan tidak berapa kisah dengan jumlah gol dijaringkannya, biarpun sedikit.

Demi mengubah masa depan pemain kelahiran Jamaica ini, Arteta dan Guardiola mula merencana sesuatu.

Sterling mula disuruh masuk ke kotak penalti dengan lebih kerap dan ini memberikan lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol.

Sterling juga diarahkan untuk mengubah cara menerima bola. Selalunya pemain ini akan menahan bola melalui sisi luar kakinya dan ini menjadikan pergerakannya agak statik.

“Bila bola sampai kepada dia, pemandangan dia dah tertancap(pada bola), bukan kawalan half-touch yang memberikannya visi di sekeliling,” kata Arteta dalam buku Guardiola’s City, The Making of a Superteam.

Idea mengubah cara menerima bola ini juga terhasil daripada pengalaman Guardiola bermain bersama lagenda Brazil, Romario di Barcelona.

“Bilamana aku nampak dia membelakangi pertahanan lawan, aku memang takkan bagi bola kat dia. Sumpah!” ujar pengurus City itu.

Guardiola dan Romario lebih dari teman biasa | Gambar : Pinterest

“Tetapi, pada saat dan ketika aku nampak dia mula buat  half-turn dengan bahunya mula berpusing sebagai isyarat mintak bola, aku tahu dia akan lari daripada pertahanan yang jaga dia.

“Masa tu aku terus bagi bola kat dia. Memang selalu macam tu oh!”

“Jadi, aku faham yang pengelihatan dia macam satu mata duk perhati pertahanan lawan, satu mata duk tengok bola kat mana.

“Bila dia mula buat pergerakan dan aku hantar terus bola, kompem pertahanan lawan dah kena makan,” kata Guardiola panjang lebar.

Justeru, untuk melahirkan Romario kedua, kunci utamanya adalah pecutan dan kedudukan Sterling.

Pemain ini disuruh sedikit drop menjauhi pemain lawan ketika menerima bola. Badannya pula perlu di posisi half turn bagi memudahkannya untuk memecut ke kawasan berbahaya.

Arteta dan Guardiola – dua insan penting dalam hidup Sterling selain K-Clique. | Gambar : Independent

Apabila dia tiba di kotak 6-ela, satu arahan tambahan diberkan – pergi ke bola. Jangan tunggu bola sampai ke kaki.

Hasilnya Stering berubah menjadi seorang penggegar gawang yang semakin digeruni.

Selain itu, hubungannya dengan Guardiola juga turut memainkan peranan.

Dalam perlawanan menentang Burnley, Sterling terlepas peluang keemasan di depan pintu gol, lalu dikeluarkan dan perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Kalau pengurus lain, pasti Sterling dihentam dan dicaruti namun berbeza dengan pengurus City ini hanya diam, sebelum dihampiri Sterling.

“Saya tak buat apa yang Arteta suruh. Saya hanya tunggu bola. Kita tak menang sebab salah saya,” kata Sterling, lantas dibalas Guardiola.

“Saja nak habaq, memang aku keluarkan hang sebab tu. Hang tak boleh buat silap lag utu. Aku tak jangka hang boleh buat lagu tu.”

Ketika ini, Sterling boleh dikatakan masih berkembang. Jika sebelum ini dia banyak diletakkan di sebelah kanan, musim ini Guardiola mula meletakkannya di sebelah kiri bagi memudahkannya menjaringkan gol dengan kaki dominan.

Setakat ini musim ini Sterling telah menjaringkan 14 gol dalam 14 perlawanan – dan jika momentum dikekalkan, Ballon d’Or dilihat tidak mustahil baginya.

Musim depan, sarung jersi Real Madrid.

Rujukan artikel :

Independent

Daily Mail

Baca Juga

Baca Juga