Bagaimana Man Utd Dari Sekadar Layak Ke Pusingan Kalah Mati Tiba-Tiba Jadi Juara Kumpulan?

Manchester United telah berjaya menewaskan Villarreal dengan jaringan dua gol tanpa balas dalam kemenangan yang dianggap sebagai ‘ugly win’ di bawah pimpinan pertama Michael Carrick selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat.

Manchester United masih beraksi buruk namun kemenangan berjaya diraih hasil jaringan Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho.

Villarreal dilihat lebih dominan namun yang membezakan kedua-dua pasukan ini adalah kualiti pemain dan juga David De Gea. Villarreal garang tapi tumpul dan tidak menyengat.

Kemenangan ini juga menyaksikan Manchester United secara rasminya sah melayakkan diri ke pusingan kalah mati yang menempatkan 16 pasukan terbaik walaupun Atalanta dan Young Boys masih belum turun beraksi.

Selepas tamat perlawanan antara Atalanta dan Young Boys yang berakhir dengan keputusan seri 3-3 sama, Manchester Unitedtelah dinobatkan sebagai juara kumpulan F pula. Tiber.

Jika dilihat kepada kedudukan kumpulan F sebelum Atalanta dan Young Boys turun beraksi Manchester United telah disahkan mara walaupun Villarreal, Atalanta dan Young Boys masih berpeluang, kenapa?

Selepas perlawanan Atalanta dan Young Boys berakhir tiba-tiba Manchester United disahkan sebagai juara kumpulan pula. Kenapa?

Villarreal masih boleh jadi juara kot kalau Man Utd kalah dan Villarreal menang besar?

Semua itu akan terjadi jika menggunakan format dan peraturan tie breaker seperti Piala Malaysia yang terus dikira mata, jaringan, bolos dan perbezaan gol untuk menentukan kelayakan.

Namun di Champions League dan juga kejohanan kelolaan UEFA termasuk EURO tie breaker atau pemutus tali leher jika ada pasukan yang terikat maka rekod pertemuan secara head-to-head diguna pakai.

Sebelum kita pergi lebih jauh, ayuh kita fahami peraturan tie-breaker oleh UEFA terlebih dahulu.

Peraturan tie-breaker UEFA

Peraturan oleh UEFA bagi perlawanan peringkat kumpulan boleh menjadi agak rumit untuk difahami. Secara asasnya untuk menentukan kedudukan di dalam kumpulan, UEFA menggunakan peraturan tie-breaker seperti berikut:

    • Jika terdapat dua atau lebih pasukan terikat mata, maka peraturan head-to head akan digunakan.
    • Jumlah kutipan mata daripada perlawanan head-to-head di kalangan pasukan yang terikat mata.
    • Perbezaan jaringan dalam perlawanan head-to-head melibatkan pasukan yang terikat.
    • Jumlah jaringan oleh pasukan dalam perlawanan head-to-head.
    • Jumlah gol di tempat lawan dalam perlawanan head-to-head.

Jika lebih dari dua pasukan terikat dengan mata yang sama dan tidak boleh dipisahkan melalui peraturan head-to-head di atas, maka peraturan tie-breaker di bawah akan digunakan.

  • Perbezaan jaringan di peringkat kumpulan.
  • Jumlah jaringan di peringkat kumpulan.
  • Jumlah jaringan tempat lawan di peringkat kumpulan.
  • Jumlah kemenangan di peringkat kumpulan.
  • Jumlah kemenangan di tempat lawan dalam peringkat kumpulan
  • Peraturan kad disiplin (red card = 3 points, yellow card = 1 point, 2 two yellow cards in one match = 3 points)
  • UEFA Co-efficient ranking (ranking liga oleh UEFA)

Peraturan sebegini sebenarnya bukan baru, dan telah diamalkan oleh kebanyakkan pertandingan anjuran UEFA dan FIFA yang lain.

Situasi Man Utd Jadi Juara Kumpulan

Jika dilihat kepada kedudukan kumpulan F sebelum Atalanta dan Young Boys turun beraksi Manchester United telah disahkan mara walaupun Villarreal, Atalanta dan Young Boys masih berpeluang, kenapa?

Ini kerana rekod pertemuan secara head-to-head dengan Villarreal, Manchester United mencatatkan dua kemenangan.

Berdasarkan peraturan tie breaker ini Villarreal tidak akan boleh lagi memotong walaupun Manchester United kalah dan Villarreal menang besar pada perlawanan terakhir.

Dari segi mata akan jadi terikat walaupun jaringan dan perbezaan gol mungkin Villarreal lebih besar namun penentuan dilakukan melalui rekod pertemuan secara head-to-head.

Jelas disini Villarreal tidak akan mampu memotong Manchester United.

Selepas perlawanan Atalanta dan Young Boys berakhir tiba-tiba Manchester United disahkan sebagai juara kumpulan pula. Kenapa?

Ini kerana dari perbezaan mata dengan baki satu perlawanan Atalanta tidak akan mampu mengejar Manchester United apatah lagi Young Boys.

Dan hanya tinggal Villarreal yang sudah tidak mampu memotong Manchester United berdasarkan kisah silam yang dipanggil rekod pertemuan secara head-to-head.

Oleh sebab itu, Manchester United bergelar juara kumpulan F secara automatik dan bakal juara Champions League musim ini.

Situasi hampir sama terjadi kepada Manchester United yang terpaksa beraksi di Europa League pada musim lalu lantaran rekod pertemuan secara head-to-head tidak berpihak kepada mereka.

BACA:  FA Cup Suku Akhir: Norwich City 1-2 Manchester United