Bagaimana Negara Kerdil Seperti Portugal dan Belgium Mampu Mendominasi Bola Sepak Dunia?

Bagaimana negara kecil dan kerdil seperti Portugal dan Belgium mampu mendominasi bola sepak dunia serta melahirkan pemain bintang yang menjadi rebutan kelab gergasi Eropah.

Portugal dan Belgium menjadi pasukan tidak asing lagi dalam kejohanan utama Eropah dan dunia, ada saja kehadiran mereka di EURO atau Piala Dunia untuk menjadi pencabar dalam tempoh sedekad ini.

Belgium tanpa sebarang kejuaraan namun agak konsisten dalam beberapa kejohanan dunia untuk menjadi sekurang-kurangnya 4 pasukan terbaik menjadikan mereka sebagai pasukan bola sepak nombor satu dunia untuk tempoh yang agak lama.

Sejak Cristiano Ronaldo membuat kemunculan antarabangsa bersama Portugal pad 2004, Portugal tidak pernah gagal untuk layak ke kejohanan utama dunia termasuklah Piala Dunia 2022.

Tidak dapat kita nafikan bahawa kedua-dua pasukan ini mempunyai pemain yang cukup berkualiti dan dikenali ramai sama ada di peringkat kelab ataupun antarabangsa.

Iceland negara dengan populasi yang rendah seramai 371,580 orang berbanding keluasan negara 102,775 km² juga mampu layak ke EURO 2016 dan Piala Dunia 2018 namun tidaklah sekonsisten Belgium dan Portugal.

Tapi pernahkah kita terfikir, bagaimana dua negara kecil ini mampu menguasai pentas bola sepak di dunia?

Malah pada tahun 1998, Belgium dan Portugal masing-masing berada di kedudukan ke 41 dan 43 ranking FIFA. Lebih teruk lagi, Belgium berada di kedudukan yang ke 71 pada tahun 2007!

Mesti tak percaya, kan?

Belgium

Negara jiran kepada Belanda ini hanya mempuyai seranai 11.46 juta penduduk secara keseluruhannya, dengan keluasan negara sebesar 30,689 km² – sama besar dengan negeri Pahang (35,960 km², besar Pahang Sikit).

Dengan jumlah penduduk seramai itu, bagaimana mereka boleh menghasilkan pemain yang padu seperti Romelu Lukaku, Eden Hazard, Yannick Carrasco, Kevin De Bruyne dan ramai lagi?

Adakah mereka hebat kerana mereka adalah negara eropah semata-mata?

Tidak, tuan-tuan.

Kepoweran Belgium ini bermula selepas mereka dimalukan pada tahun 2000 – di mana mereka merupakan tuan rumah bersama Belanda untuk Kejohanan Eropah pada tahun tersebut.

Tidak seperti Belanda yang mara jauh ke pusingan kalah mati, Belgium sekadar menjadi pelengkap jadual perlawanan dan terkandas awal.

Segala perubahan bermula selepas mereka melantik Michel Sablon sebagai pengarah teknikal FA Belgium.

“Aku ada rancangan untuk mengubaha segala benda yang kami buat. Kami perlu bermula dari bawah semula.

“Pada mulanya rancangan tu membuatkan aku tidak popular, tapi pada waktu tu kami bagaikan dilupakan sebagai sebuah negara bola sepak.

“Selepas Euro 2000, perasaan malu yang amat telah dirasai, dan hubungan di kalangan semua orang juga tidak bagus,” ujar Sablon kepada BBC pada tahun 2014.

Perubahan memang akan memakan masa. Sablon telah mengambil langkah melawat suasana bola sepak elit di Perancis, Jerman, Belanda dan Sepanyol.

Ya, tiada England dalam senarai Sablon.

Dia telah menghadiri akademi terkenal di Perancis di Cliarfontaine, dan juga kelab-kelab seperti Ajax dan Barcelona.

Pada September 2006 selepas mengkaji 1500 perlawanan di peringkat akar umbi, dia membuat kesimpulan bahawa pembangunan bola sepak di negaranya terlalu melihat kepada keputusan perlawanan.

Sablon telah membuktikan bagaimana pengarah akademi yang skeptikal dalam perlawanan di mana pemain yang berusia lapan tahun hanya menyentuh bola sebanyak dua kali sepanjang perlawanan, dan lebih banyak fokus untuk membawa bola ke depan dengan awal dan cepat.

Dia juga telah memansuhkan carta liga bagi pasukan pasukan bawah 7 tahun dan 8 tahun. Sasaran utamanya adalah pembangunan, berbanding menang setiap perlawanan.

Pada masa yang sama, kerajaan Belgium juga turut menaburkan wang untuk membangunkan lapan pusat latihan di seluruh negara di mana pemain terbaik akan dikumpulkan.

FA Belgium pula ketika itu menawarkan kursus kejurulatihan secara percuma kepada mereka yang mengambilnya buat kali pertama.

Pusat latihan kebangsaan juga telah dibina di Tubize, di luar Brussels dan pada masa yang sama satu badan konsultan telah dilantik untuk mengaudit setiap peringkat belia dia setiap kelab.

Nak kata perubahan ini menjadi punca kepada kenaikan bola sepak Belgium secara seluruhnya pun tidak juga, kerana pada masa yang sama ada juga faktor lain yang memacu kepada kegemilangan Belgium sekarang ini.

Kerajaan Belgium juga turut memainkan peranan penting dalam menghasilkan pemain berkualiti buat negara tersebut.

Melalui dasar mengiktiraf komuniti imigran, pemain-pemain seperti Romelu Lukaku, Youri Tielemans dan Vincent Kompany muncul.

Ibu bapa Kompany sebenarnya berasal dari bekas tanah jajahan Belgium, Zaire yang kini sudah menjadi Republik Demokratik Congo. Nacer Chadli dan Marouanne Fellaini pula berasal dari keturunan Maghribi.

Ibu bapa mereka diberikan kerakyatan oleh pihak kerajaan, dan bakat kesemua mereka dikesan hasil daripada program yang direka oleh Sablon tadi.

Program Sablon kalau kita lihat bukanlah lengkap selama setahun dua, tetapi memakan masa yang panjang dan memberi kesan untuk masa jangka panjang juga.

Pengarah teknikal FA negara kau buat apa?

Portugal

Kalau ikut logik, dengan keluasan sebesar 92,212 km² dengan populasi seramai 10.28 juta ini tak akan mampu hasilkan pemain berkualiti yang ramai, kan?

Pada suatu ketika, pada tahun 1990-an, mereka menghasilkan pemain muda seperti Luis Figo dan Rui Costa yang berjaya menjulang Piala Dunia Remaja pada tahun 1991 – menewaskan Brazil.

Walaupun adanya pemain berbakat besar, kemajuan Portugal juga turut memakan masa.

Selepas gagal layak ke Piala Dunia 1998, Portugal mara sehingga ke pusingan separuh akhir di Euro 2000, tetapi dua tahun kemudian di Piala Dunia di Korea, mereka tewas kepada Korea Selatan dan juga Amerika Syarikat di peringkat kumpulan.

Tetapi selepas itu, Portugal secara konsistennya menjadi pencabar utama kejohanan besar di mana mereka muncul di perlawanan akhir pada Euro 2004, separuh akhir Euro 2012 dan memenangi piala ini pada tahun  2015.

Pada tahun 2016 juga menyaksikan Portugal memenangi kejohanan bawah-17 tahun di benua tersebut, dan bakat baru berjaya dihasilkan dari situ seperti Joao Felix, Bernardo Silva, Diogo Jota, Ruben Dias dan Bruno Fernandes.

Kejayaan ini terhasil daripada usaha di peringkat kelab dengan beberapa kelab dilihat menjadi penyumbang utama kepada generasi pemain yang ada pada hari ini. Contohnya seperti Sporting CP, Porto, Benfica dan juga Portimonense.

Benfica sendiri telah berbelanja sebanyak €20juta untuk menaiktaraf fasiliti belia mereka sepanjang 10 tahun kebelakangan ini.

Selain itu, Portugal juga berjaya menghasilkan jurulatih bertaraf dunia seperti Nuno Espirito Santo, Paolo Fonseca dan Leonardo Jardim – kesemua mereka merupakan jurulatih pasukan yang bertanding di Liga Juara-Juara UEFA.

Siapa yang membuka jalan kepada jurulatih-jurulatih ini untuk melebarkan sayap ke serata Eropah?

Tidak lain tidak bukan, Jose Mourinho.

Dengan adanya jurulatih mengendalikan pasukan di liga-liga besar, potensi untuk mereka mengambil pemain muda dari Portugal juga cukup tinggi.

Bukan macam jurulatih negara kau. Balik-balik duduk di kerusi negeri je. Pusing-pusing pun orang yang sama.

Pada masa yang sama, ejen bola sepak, Jorge Mendes – seorang yang cukup dikenali di kalangan kelab-kelab utama di eropah, turut memainkan peranan dengan membawa pemain muda Portugal ke liga-liga yang lebih tinggi di benua tersebut.

Ejen bola di negara kau?

Buat duit buta-buta dengan komisen sebulan gaji pemain. Kalau pemain import lagilah, silap-silap dua ke tiga bulan gaji komisennya.

Hala tuju bola?

Yillek.

Sumber : The Athletic

BACA:  Kecaman Terhadap Liverpool Pernahkah Berhenti?