Bagaimana Pemain Bola Sepak di Barat Menyesuaikan Diri Di Bulan Puasa?

Bulan Ramadhan atau bulan puasa sudah menjelma dan jika di Malaysia, kebanyakan aktiviti sukan dan fizikal seperti bola sepak akan terhenti selama sebulan bagi menghormati bulan yang mulia ini.

Namun bagi atlet yang bekerja di negara yang bukan majoriti penduduknya penganut Islam, aktiviti sukan mereka akan diteruskan seperti biasa kerana pekerjaan satu ibadah.

Portal FourFourTwo telah menemu bual seorang bekas pemain bola sepak Wigan Athletics, Nathan Ellington, bertanyakan bagaimana aktiviti sehariannya sebagai pemain bola sepak professional suatu ketika dahulu.

Nathan Ellington | Gambar : Fourfourtwo

Ellington memulakan karier bersama kelab amatur, Walton & Hersham, sebelum merasai pengalaman sebagai pemain professional bersama Wigan pada tahun 2002, di bawah kendalian Paul Jewell. Ellington juga pernah bermain untuk kelab-kelab utama seperti West Bromwich Albion dan Watford sepanjang kariernya sekitar tahun 2000.

Video di atas menujukkan penjaga gol Algeria mengambil kurma untuk berbuka puasa dalam perlawanan Piala Dunia 2014.

Dengan kata lain, Ellington berpuasa sebagai pemain bola sepak sekitar bulan Julai sehingga November. Kalau puasa bulan November, mungkin cabarannya sedikit kurang memandangkan dia berpuasa pada musim sejuk dan untuk tempoh 6-7 jam sehari.

Walaubagaimanapun pada musim panas pada bulan Julai, tempoh berpuasa boleh mencecah sehingga 16-18 jam.

Jadi bagaimana Encik Ellington menyesuaikan diri sepanjang bulan Ramadhan di England?

Diet di Bulan Selain Ramadhan

Selalunya setiap pagi Ellington akan bersarapan dengan dua keping roti cicah kopi, atau bijiran sarapan berkhasiat. Kemudian dia akan meminum sebotol air kosong dalam perjalanannya ke tempat latihan.

Usai latihan tamat, Ellington akan makan pasta ikan, atau sandwich buah-buahan dan sedikit air manis. Sebelah malamnya pula Ellington berkata dia akan mengambil karbohidrat – selalunya pasta atau nasi dengan ikan, ayam, kambing atau lembu.

Ini gambar kambing golek. Maaf kalau kau tengok gambar ni di siang hari | Gambar : Idazaidi

Pada tengah malam, dia akan makan sedikit snek, selain biskut cicah air panas yang manis. Teh tarik mungkin?

Yang peliknya Ellington tidak memberitahu sama ada dia hisap rokok di kedai mamak tepi jalan atau tidak. Mungkin dia tidak pernah kantoi kot.

Apabila bulan puasa menjelma, dietnya akan berubah.

Sahur

Kalau waktu Subuh masuk pada pukul 4 pagi, Ellington akan bersahur pada jam 3 pagi. Selalunya dia akan makan semangkuk bubur dan pisang. Kedua-dua makanan ini adalah sumber karbohidrat yang bagus dan memberikannya tenaga yang dilepaskan perlahana-lahan pada siang hari ketika latihan atau perlawanan.

Berbuka

Memangdangkan kebanyakan masanya waktu Maghrib masuk ketika dia masih lagi di padang, Ellington akan cuba berbuka puasa dengan kurma dan susu atau air kosong. Dia akan makan makanan berat usai tiba di rumah atau di masjid.

Suka makan free jugak dia ni.

Untuk makanan berat, Ellington akan makan nasi dengan kambing, tetapi kadang-kadang menu akan bertukar kepada nasi dengan ayam, ikan atau lembu. Sekali-sekala dia akan makan pasta.

Selepas makanan berat, dia akan makan buah-buahan yang biasa dimakannya. Sesudah makan, Ellington akan minum 3-4 liter air kosong, ibarat meminum segelas air tin Wonda Xpresso!

Kau bayangkan minum 3 botol air mineral 1 liter sekaligus. Untuk kesihatan yang baik, 4 liter air masak patut diminum dalam tempoh 8 jam.

Ellington juga berkata ketika berpuasa dia berasa seakan mahu makan seekor kuda, namun apabila berbuka dia hanya makan setengah pinggan nasi.

Faedah Berpuasa

Bagi Ellington, antara faedah berpuasa kepada dirinya ialah mengurangkan berat badan, selain dia berasa lebih cergas berbanding biasa. Puasa juga mengajar dirinya untuk mengawal diri dan berperangai sopan.

Ini pula gambar plastik hitam yang engkorang selalu beli di bulan puasa | Gambar : twitter

Namun selepas hari raya, berat badannya biasanya akan mencanak naik. Mungkin dia lupa untuk mengawal nafsu.

Puasa amatlah bagus ketika pra-musim, ketika para pemain sedang cuba mengembalikan kecergasan sebagai persediaan musim baru.

Persepsi Rakan Sepasukan

Ellington berkata, ada banyak salah faham mengenai puasa di kalangan rakan-rakanya. Yang paling utama ialah rakan-rakannya yang bukan Islam menganggap penganut Islam menyeksa diri sendiri demi agama dan selaku mukmin yang cemerlang, Ellington menerangkan tentang puasa daripada segenap sudut kepada mereka yang bertanya.

Apa yang penting bagi Ellington, umat Islam menghilangkan tabiat buruk ketika berpuasa, termasuk menghalang diri daripada memaki hamun di Facebook.

Rakan sepasukannya juga menganggap bermain bola sambil berpuasa adalah satu perkara yang sukar dilakukan, namun bagi Ellington, dia mampu lakukannya dengan mudah. Sebarang pertanyaan daripada rakannya juga akan dijawab dengan gembira oleh Ellington.

Ellington adalah contoh Muslim yang berdakwah melalui teladan, bukan saling menuduh orang lain wahabi, bid’ah, kafir dan Arsenal seperti di Malaysia.

Semoga kita mampu untuk menjadi seorang Muslim yang hebat seperti Ellington.

Satu like bersamaan satu amin untuk doa ini.

Sumber : FourFourTwo

Baca Juga

Baca Juga