Bagaimana Pemilihan Pemain Anugerah Bola Sepak Kebangsaan Dibuat?

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 (ABK 2017) bakal berlangsung pada 22 Disember 2017 bagi memilih pemain, jurulatih dan pasukan terbaik bagi setiap pasukan yang bertanding di Liga Malaysia bagi tahun ini.

Calon akhir bagi setiap anugerah utama adalah seramai 3 orang. Pemilihan calon adalah berdasarkan beberapa mekanisma yang ditetapkan oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

633 – Seramai 633 pemain telah didaftarkan untuk beraksi dalam Liga Malaysia Bagi tahun 2017.

357 – Namun hanya 357 orang pemain sahaja yang telah disenarai pendek pada peringkat awal untuk dicalonkan. 357 pemain ini sekurang-kurangnya mempunyai 50 peratus penampilan dari keseluruhan jumlah perlawanan domestik untuk pasukan masing-masing.

10 – Daripada 357 pemain, hanya 10 pemain yang disenarai pendek bagi setiap kategori yang dipertandingkan setelah disaring serta disuling oleh jawatankuasa ABK 2017.

3 – Pada peringkat akhir pencalonan, hanya 3 pemain disenarai pendek bagi setiap kategori setelah proses undian dilakukan. Mereka yang layak mengundi adalah 24 ketua jurulatih, 24 ketua pasukan dan 24 wakil media.

1 – Pemain yang mendapat undian tertinggi bagi setiap kategori akan diumumkan sebagai pemenang.

Pemenang bagi beberapa kategori telah dibocorkan pada bulan November lalu, namun tidak diketahui samada tepat atau tidak.

Baca Juga

Baca Juga