Bagaimana Ronaldo Raih Bonus Sehingga RM4.7 Juta Dalam Satu Perlawanan?

Cristiano Ronaldo telah berjaya meraih bonus sehingga £850,000 atau bersamaan dengan RM4.7 juta duit Malaysia hanya dalam satu perlawanan sahaja dan bagaimana ini terjadi?

Bonus yang sedap lagi mewah ini hadir selepas pemenang lima kali Ballon d’Or menjaringkan tiga gol atau hatrik ketika Manchester United menewaskan Norwich City 3-2 di Premier League.

Kemenangan ini teramat penting buat Setan Merah untuk merebut slot Champions League yang semakin menepis dan kembali menebal sedikit dengan kekalahan Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Namun Cristiano Ronaldo meraih bonus lumayan itu bukan kerana kemenangan ini atau kerana peluang tempat keempat semakin besar.

Semuanya berpunca selepas Cristiano Ronaldo secara rasminya telah menandatangani kontrak untuk membuat kepulangan semula ke Old Trafford pada perpindahan musim panas yang lalu.

Manchester United dan Cristiano Ronaldo telah mencapai kata sepakat untuk mempersetujui klausa yang ada dalam kontrak berkaitan bonus yang bakal diraih.

Dalam klausa tersebut ada menyatakan bahawa Cristiano Ronaldo akan meraih bayaran bonus yang lumayan apabila menjaringkan 20 gol semusim dalam semua kejohanan dan mendapat bonus tambahan untuk setiap gol selepas itu.

Dalam perlawanan menentang Norwich City menyaksikan hatrik penuh bergaya Ronaldo itu telah mengumpulkan jumlah jaringan Ronaldo musim ini dalam semua kejohanan sebanyak 21 gol.

Situasi ini sekaligus telah mengaktifkan klausa bonus 20 gol semua dan bonus setiap gol tambahan selepas itu. Berapa pecahan bonus Ronaldo?

Dalam kontrak sudah tertulis bahawa Ronaldo akan memperoleh £750,000 (RM4.15 juta) selepas mencecah 20 gol dan tambahan gol selepas itu bernilai £100,000 (RM553,000).

Oleh sebab itu selepas dibuat kiraan Ronaldo bakal meraih sebanyak £850,000 atau bersamaan dengan RM4.7 juta duit Malaysia.

Sementara itu Ronaldo juga hanya menghitung hari untuk mengaktifkan klausa bonus tambahan sebagai penjaring terbanyak Manchester United musim ini selepas tiada calon lain lagi yang wujud.

£1 juta atau RM5.53 juta menanti Ronaldo jika berjaya menjadi penjaring terbanyak Setan Merah.

Manchester United telah beraksi tanpa kelibat Edinson Cavani untuk sebahagian besar musim ini kerana kecederaan dan Anthony Martial menyertai Sevilla secara pinjaman pada Januari.

Mason Greenwood pula membuat kerja bodoh dan tidak masuk akal disebabkan cinggey dan masih tidak dapat dipastikan bila dia akan kembali.

Datuk Marcus Rashford pula memiliki rekod gol yang agak buruk musim ini seiring sejalan dengan prestasinya di padang.

Bonus Ronaldo :

20 gol semusim : £750,000 atau RM4.15 juta
Gol tambahan selepas itu: £100,000 atau RM553,000
Penjaring terbanyak: £1 juta atau RM5.53 juta

Jika Ronaldo menjaringkan 9 lagi gol selepas itu untuk mencapai 30 gol dan jumlah bonus keseluruhannya boleh menjadi £2.75 juta bagi angka tersebut.

Pengurus sementara United, Ralf Rangnick memberi penghormatan kepada Ronaldo, yang menjaringkan hatrik kelab ke-60 dalam kariernya untuk kelab dan negara. Dan hatrik ke-50 untuk karier di peringkat kelabnya.

Dia memberitahu Manchester Evening News:

“Sekali lagi, dia menunjukkan ketika menentang Tottenham dan perlawanan hari ini, bahawa dia boleh menjadi pemain yang memberikan perbezaan, pada saat-saat seperti ini, dalam perlawanan seperti ini, dan bukan kebetulan dia mempunyai rekod jaringan terbaik daripada semua pemain. dalam sejarah.”

“Dia menunjukkannya sekali lagi hari ini.”

United turun dalam aksi berdepan pasukan tercorot EPL dengan mengetahui bahawa empat pesaing teratas, Tottenham Hotspur telah ditewaskan oleh Brighton pada sepak mula lebih awal.

United memulakan perlawanan dengan permulaan impian apabila Anthony Elanga merampas bola dari Ben Gibson di dalam kotak penalti dan melorongkan Ronaldo, yang meledak gol pembukaan perlawanan.

Ronaldo kemudian menggandakan catatan beliau dan United hanya selepas setengah jam dengan tandukannya.

Kieran Dowell memberikan pasukan Dean Smith talian hayat penting sejurus sebelum separuh masa dengan gol pertamanya dalam Liga Perdana.

Teemu Pukki menyamakan kedudukan selepas rehat selepas menewaskan perangkap ofsaid.

Ronaldo melangkah untuk melepaskan sepakan percuma percuma menewaskan Tim Krul pada minit ke-76 untuk memberikan United kemenangan 3-2.

BACA:  Southgate: Rashford Ada Potensi Capai Tahap Ronaldo