Bagaimana Shevchenko Bimbing Ukraine Jadi Pasukan Pencabar di EURO 2020?

Ukraine di bawah bimbingan pemain penyerang legenda, Andriy Shevchenko telah muncul menjadi pasukan pencabar di kejohanan EURO 2020 dan boleh dianggap pasukan bawah anjing atau underdog.

Hamden Park. Scotland menyaksikan Ukraine telah menewaskan Sweden 2-1 di masa tambahan di pusingan 16 terbaik sekaligu menjadi kemenangan pertama dalam sejarah bola sepak Ukraine di pusingan kalah mati di EURO.

Paling diingati dan paling istimewa dalam kemenangan ini apabila gol kemenangan Ukraine diraih pada detik akhir permainan minit 120+1 dari Artem Dovbyk.

Ukraine kini ke suku akhir mara dari kumpulan C sebagai pasukan tempat ketiga terbaik dengan tiga mata dan mengukuhkan gelaran mereka sebagai pasukan bawah anjing bersama Switzerland yang menendang Perancis dan Republic Czech yang mengejutkan Belanda.

Hasil yang diraih oleh Ukraine kini adalah kerana para pemain mempercayai proses dan budaya yang dibinadan diterapkan oleh Andriy Shevchenko sejak membimbing Ukraine.

Andriy Shevchenko telah menjaringkan 48 gol dalam 111 penampilan beliau bersama Ukraine telah menanam ingatan kepada para pemain supaya percaya pada diri.

“Pesanan aku kepada pemain adalah untuk percaya, kami sudah ada disini dan inilah peluang kami untuk mengubah masa depan. Kita telah mencapainya.” Ujar Shevchenko kepada para pemainnya.

Ujian seterusnya buat Shevcheko dan Ukraine adalah perlawanan suku akhir menentang England di Rome.

Gaya Pengurusan Andriy Shevchenko

Kemenangan Ukraine ke atas Sweden adalah bukti kejayaan pendekatan yang diambill oleh Shevchenko dan bagaimana beliau memupuk mentaliti kemenangan di kalangan pemain terutamanya pemain dari pasukan liga domestik.

Pemain Shakhtar Donetsk dan Dynamo Kiev bersama pemain yang beraksi di liga luar merupakan tunjang pasukan Ukraine hari ini.

Shevchenko ketika era bergelar seorang pemain sangat gemilan dan memenangi Ballon d’Or 2004 dan Liga Juara-Juara 2003 bersama AC Milan dan kariernya sebagai pengurus tidaklah seindah ketika bergelar pemain.

Shevchenko banyak belajar untuk menjadi jurulatih yang bagus apabila mempelajari falsafah bola sepak dari pengurus Dynamo Kiev yang hebat, Valeriy Lobanovskyi.

Valeriy Lobanovskyi telah diangkat sebagai salah satu nenek moyang kepada gegenpressing dan membawa pengaruh yang besar terhadap mantan pengurus dan pengarah sukan RB Leipzig, Ralf Rangnick.

Ukraine terkenal dengan gaya permainan tradisional yang dibina berdasarkan memenangni perebutan bola, cepat kembali kepada posisi dan melakukan serangan balas pantas.

Gabungan pendekatan ini berkesan untuk Ukraine yang menggunakan dua pemain sayap belakang yang padu iaitu Zinchenko dan Oleksandr Karavayev untuk memecahkan kepadatan pemain Sweden dan mencipta dua gol untuk Ukraine.

Andriy Shevchenko diketahui bermain menggunakan campuran formasi 4-3-3 dengan 3-5-2 menyaksikan Ukraine berjaya menewaskan Portugal dan Sepanyol serta seri dengan Perancis dalam tempoh 20 bulan lalu.

Untuk bahagian serangan, Shevchenko gemar menggunakan false 9 yang digabungkan dengan pemain penyerang tradisional seperti Roman Yaremchuk.

Selain itu gabungan penggunan pemain sayap yang gemar memotong ke dalam atau sering melakukan overlap mewujudkan serangan dari pelbagai dimensi.

Gaya permainan ini menjadikan Ukraine pasukan yang sangat licik dan sukar untuk ditentang. Ukraine juga bermain secara fizikal.

Karier Pengurusan Shevchenko

Sepanjang kariernya selaku pemain bola sepak, Andriy Shevchenko telah beraksi bersama pengurus yang hebat seperti Jose Mourinho dan Carlo Ancelotti yang meraih pelbagai gelaran.

Namun gaya pengurusan Shevchenko kini adalah mengikut acuan dan falsafah beliau sendiri dan pengalaman bermain untuk pengurus hebat dijadikan panduan.

Shevchenko telah bersara sebagai pemain bola sepak pada tahun 2012 bersama Dynamo Kiev atas alasan mahu menceburi bidang politik.

Pada tahun 2012, Shevchenko telah menceburi bidang kejurulatihan namun Ukrain tidak memilih beliau kerana tidak memliki kelayakan yang diperlukan.

Demi mengejar impian baru selaku jurulatih bola sepak, Shevchenko telah melanjutkan pelajaran dan menimba ilmu serta mendapatkan lesen yang diperlukan.

Pada EURO 2016, Shevchenko bekerja di bawah Mykhaylo Fomenko selaku pembantu pengurus pasukan Ukrain yang menamatkan saingan ditangga tercorot kumpulan.

Kerana prestasi buruk itu Mykhaylo Fomenko telah dipecat dan Shevchenko telah dilantik menjadi pengganti yang menimbulkan kontroversi.

Dengan pengalaman yang masih mentah kecaman ke atas Shevchenko yang dilihat sebagai calon yang tidak sesuai semakin kuat apabila Ukraine gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018, Rusia.

Namun Persatuan bola sepak Ukrainen (UAF) masih menaruh kepercayaan kepada visi dan misi yang dibawa oleh pemain penyerang legenda itu.

Shevchenko sedar reputasi dan rekodnya selaku pemain telah menyebabkan orang ramai meletakkan jangkaan yang tinggi tanpa menyedari bakat yang ada pada pasukan Ukraine.

Untuk kemajuan bola sepak pemain muda adalah tonggak pasukan untuk masa depan bukannya wang ringgit seperti pasukan di negara kau.

Shevchenko dipercayai dengan gaya kepimpinan yang tenang seperti aksinya di padang suatu ketika dahulu dan bakat muda mula diberikan peluang untuk bermain.

Hasilnya datang apabila pasukan Ukraine telah menjadi juara Piala Dunia bawah 20 tahun pada 2019 dan inilah tonggak masa depan Ukraine.

Shevchenko telah mengambil langkah berani apabila telah menggantikan beberapan pemain lama dan berpengalaman dengan adunan pemain muda.

Malinovskyi, Mykolenko, Zinchenko, Yaremchuk dan beberapa pemain lama serta berpengalaman seperti Pyatov, Stepanenko dan Yarmolenko dikekalkan sebagai pembimbing.

Keputusan segera diperoleh Ukraine apabila cemerlang dikejohanan UEFA Nations League 2019 apabila menjadi juara kumpulan dan naik ke League A.

Ukraine mencatatkan keputusan tanpa kalah pada tahun 2019 dan telah membawa Ukraine mara ke EURO 2020 dengan penuh bergaya.

Kecemerlangan Shevchenko membuka mata dunia bola sepak dan mula dikaitkan dengan bekas kelabnya AC Milan dan juga Chelsea serta beberapa kelab lain.

Sheva memilih untuk kekal bersama projek masa depan Ukraine yang dibina sejak 2016 di mana para pemainya saling berkerjasama dan meninggalkan ego masing-masing demi Ukraine.

Kepercayaan yang tinggi diletakkan kepada Sheva oleh para pemain dan persatuan bola sepak Ukraine tidak mungkin akan dikhianati oleh Sheva demi kemasyhuran peribadi.

Persatuan bola sepak Ukraine telah membawa masuk jurulatih berpengalaman Mauro Tassoti untuk membantu memperkuatkan staf kejurulatihan Sheva.

Selain itu Andrea Azzalin jurulatih sains dan prestasi pemain yang membantu Leicester City menjadi juara Premier League turut dibawa masuk.

Kini Sheva telah meletakkan Ukraine di aras tertinggi untuk kejohanan EURO apabila buat pertama kali menang di pusingan kalah mati dan mara ke suku akhir.

Apa yang dilakukan Sheva kini mungkin akan menjadikan Ukraine kuasa besar bola sepak dunia seperti Belgium yang pernah dibimbing Marc Wilmots sebelum ini.

Baca Juga

Baca Juga