Bagaimana Tie-Breaker Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2022 Ditentukan?

Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar yang penuh kontroversi bagi peringkat kumpulan telah hampir tamat tapi bagaimana tie-breaker peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 ditentukan?

Tie-Breaker membawa maksud pemutus yang akan memutuskan pasukan mana yang layak ke pusingan seterusnya jika beberapa situasi terjadi.

Seperti yang selalu berlaku di Piala Dunia, beberapa pasukan di beberapa kumpulan bertanding akan berakhir dengan jumlah mata yang sama.

Jika ada pasukan yang terikat dari segi mata, jaringan dan bolos yang sama maka FIFA Tie-Breaker Rules akan dicetuskan secara automatik dan terus diguna pakai.

Jadi, bagaimana sebenarnya kemaraan pasukan diputuskan dalam senario ini – dengan perbezaan gol atau keputusan head-to-head?

FIFA Tie-Breaker Rules di Piala Dunia 2022

Dalam FIFA Tie-Breaker Rules di Piala Dunia 2022 empat perkara asas telah menjadi kata pemutus kepada pasukan bertanding iaitu:

1. Jumlah mata yang lebih besar
2. Perbezaan gol dalam semua perlawanan peringkat kumpulan
3. Gol dijaringkan dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.
4. Keputusan head-to-head
5. Akhlak yang baik atau fair play conduct

Jika dua atau lebih pasukan mempunyai mata yang sama selepas setiap perlawanan peringkat kumpulan telah dimainkan, maka pasukan akan dipisahkan terlebih dahulu dengan perbezaan gol.

Jika perbezaan gol adalah sama, maka pasukan akan dibahagikan berdasarkan jumlah gol yang mereka telah jaringkan dalam peringkat kumpulan.

Sekiranya jumlah gol yang dijaringkan juga sama, maka kata pemutus seterusnya akan dilihat kepada rekod head-to-head antara pasukan.

Sekiranya pasukan masih lagi terikat dan tidak dapat ditentukan, maka rekod permainan adil atau ‘fair play conduct’ akan diambil kira.

Pasukan yang mempunyai mata disiplin paling sedikit yang diperoleh daripada perlawanan peringkat kumpulan mereka akan menduduki tempat di atas dalam kedudukan akhir.

Mata disiplin dikira seperti berikut:

Kad kuning – Satu mata
Kad merah tidak langsung (dua kad kuning) – Tiga mata
Kad merah langsung – Empat mata
Kad kuning kemudian terus kad merah – Lima mata

Dan jika pasukan masih tidak boleh berpecah, maka satu-satunya pilihan yang tinggal untuk menentukan kedudukan kumpulan terakhir adalah melalui undian yang juga digelar ‘Pot Luck’, yang setakat ini hanya berlaku sekali dalam sejarah Piala Dunia.

Pada Piala Dunia 1990, apabila empat pasukan terbaik di tempat ketiga layak untuk mara, undian diperlukan untuk memisahkan Republik Ireland dan Belanda terikat di tempat kedua di belakang England.

Ireland memenangi undian yang bermakna mereka mara sebagai naib juara kumpulan, manakala Belanda mara sebagai pasukan di tempat ketiga.

Cabutan undian dilakukan dengan nama kedua-dua pasukan ditulis atas kertas dan diletakkan dalam mangkuk atau pot, macam draw Champions League tu di mana ahli jawatankuasa penganjur Piala Dunia akan membuat cabutan kertas undian dari pot itu.

Oleh kerana pada Piala Dunia 1990, Republik Ireland dan Belanda telah layak dan hanya untuk menentukan kedudukan kumpulan sahaja maka tiada pasukan yang pernah tersingkir dari Piala Dunia secara undian.

Dan pada ketika itu peraturan rekod permainan adil atau ‘fair play conduct’ belum lagi diguna pakai dan diperkenalkan.

Dalam persaingan kumpulan C Piala Dunia 2022, Poland berjaya mengiringi Argetina ke pusingan seterusnya walaupun terikat mata dengan Mexico disebabkan oleh perbezaan gol.

Jika Arab Saudi tidak menjaringkan gol lewat permainan, perbezaan gol akan terikat dan Poland tetap layak melalui rekod fair play.

Diperingkat kumpulan Mexico mengutip 7 kad kuning berbanding Poland hanya mengutip 5 kad kuning.

Pada Piala Dunia 2018, Jepun layak ke pusingan 16 terakhir mengatasi Senegal melalui ‘fair play conduct’ selepas terikat mata, perbezaan jaringan dan juga jumlah gol.

Secara head-to-head juga Jepun dan Senegal seri 2-2 dalam perlawanan peringkat kumpulan H di Piala Dunia 2018.

Lantaran itu ‘fair play conduct’ diguna pakai dan diambil kira, Jepun layak kerana berkelakuan baik apabila sekadar mengutip 4 kad kuning sahaja berbanding Senegal yang mengikut 6 kad kuning di peringkat kumpulan.

BACA:  Kerana Terlalu Fokus Kepada Lilitan Pelangi Punca Jerman Dilibas Pedang Samurai Biru?