Bagaimana Untuk Menyerang Pasukan Yang Bertahan Secara Deep?

Bulan September boleh dikatakan bulan bola sepak bagi kaki bola, terutamanya yang tinggal di Lembah Klang kerana selain bermulanya musim bola sepak eropah, liga-liga sosial dan liga alumni baru bermula bulan ini.

Memandangkan pemain dan jurulatih pasukan-pasukan amatur ini 90% terdiri dari orang tempatan, maka satu corak bertahan yang selalu akan dihadapi – sistem stopper dan sweeper.

Penggunaan sistem stopper dan sweeper ini, sama ada dengan cara betul atau salah, selalunya akan melahirkan satu sistem pertahanan yang ke bawah, atau bahasa bolanya – deep.

Sekiranya pasukan kita berhadapan dengan pasukan yang bertahan secara deep, apa yang perlu kita lakukan sebagai jurulatih atau pemain?

Jangan Panik!

Ya, panik akan membawa kepada kemusnahan dan kebinasaan pasukan sebagaimana pasukan Malaysia dibelasah 10-0 tahun lalu. Kunci utam untuk ‘ketidak-panikan’ ialah latihan yang konsisten dan berkesan.

Contoh Jangan Panik!

Dengan kata lain, jurulatih/kapten faham dan maklum di mana kekuatan dan kelemahan pasukan sendiri dan tahu di bahagian mana yang perlu difokuskan.

Simpan Bola

Kalau dikaji erti simpan bola mengikut kamus lawak hambar, simpan bola bermaksud bola diambil dan disimpan di rumah, pejabat atau balai raya.

Mengikut definisi bola sepak, simpan bola bermaksud tidak melepaskan bola kepada pihak lawan dengan mudah, sama ada sengaja atau tidak sengaja. Jadi, pemain perlulah selesa dan tahu apa langkah berikutnya ketika bola berada di kaki.

Cara terbaik simpan bola

Menurut penulis buku The Outliers, Malcolm Gladwell, seseorang itu memerlukan 10,000 jam latihan untuk menjadi pakar dalam sesuatu perkara, termasuklah cara mengawal bola apabila bola singgah di kaki.

Dengan latihan yang berkesan dan konsisten juga akan menghasilkan pemain yang pantas berfikir mengikut situasi – terus hantar bola atau gelecek pemain lawan?

Jangan Main Long Ball, Jangan Main Short Pass

“Dahtu nak main macam mana, gila?!!!” jerit seorang pembaca artikel ini.

Bola sepak bukan mengenai bermain long ball atau short ball. Ia mengenai bermain dengan hantaran yang tepat dan mampu menghasilkan gol (Abang Sokernet et al,2016)

Senang, bukan? Jika difikirkan logik, jika bertemu lawan yang bermain deep, maka short pass adalah pilihan terbaik.

Terlalu kerap bermain long ball terpaksa guna angkasawan untuk kutip bola.

Pertahanan tengah mereka mungkin kental, tapi perlahan – mungkin kita berpeluang melakukan serangan kilat dengan menghantar bola jauh dan disambut oleh pemain serangan kita yang laju?

Di sinilah pentingnya kita menganalisis kekuatan kita, dan kelemahan pihak lawan. Walau bagaimana deep sekalipun, pasti ada ruang kelemahan oleh pihak lawan.

Pemain Di Bahagian Serangan Kena Selalu Bergerak, Jangan Statik

90% penyerang amatur di Malaysia akan statik di tengah-tengah padang, berborak anjing bersama dua pertahanan tengah pasukan lawan ketika pasukan sendiri menerima asakan. Memang biasa!

Seorang penyerang yang bagus adalah penyerang yang selalu bergerak mencari ruang, dan sekiranya ruangnya di tepi, maka bergerakalah ke garisan tepi padang.

Sekiranya peluang terdapat di bahagian tengah padang, maka bergeraklah ke tengah.

Bergerak wahai demi untuk negara, Melawan siapakah musuh durjana

Mengikut lagenda bola sepak Malaysia, Haji Bakri Ibni – pemilik lesen pro A AFC dan diploma kejurulatihan Jerman FA, cara bermain bola sepak terbahagi kepada dua – skill dan teknik.

Teknik – pergerakan ketika memiliki bola, skill – pergerakan ketika ketiadaan bola.

Rata-rata pemain di Malaysia mempunyai teknik yang bagus, tetapi skill yang sangat mengecewakan. Ramai pemain yang acah-acah Juan Roman Riquelme, Andrea Pirlo atau Zinedine Zidane, walaupun mereka sebenarnya hanyalah Patrick Starfish!

Membuat Timing Run Yang Tepat

Apa itu timing run? Secara terjemahan terusnya ialah masa jangka (Google Translate).

Dalam bola sepak, timing run ialah membuat larian yang betul dan tepat untuk meletakkan diri pemain di tempat yang betul dan masa yang betul (right time, right place).

Antara pemain yang mempunyai kemampuan untuk melakukan timing run dengan baik ialah Ruud Van Nistlerooy dan Frank Lampard – sebab itulah mereka banyak menjaringkan gol. Faham?

Timing yang tepat

Tidak semua pemain dilahirkan dengan bakat membuat timing run yang bagus, maka sekali lagi latihan yang berkesan dan konsisten diperlukan.

Pendek kata semuanya mengenai latihan!

Kesimpulan

Latihan – satu kesimpulan yang mudah tetapi sukar untuk dilakukan. Melalui latihan, para pemain dan jurulatih dapat mengenal pasti kekuatan yang perlu difokuskan, dan juga kelemahan yang boleh di baikpulih.

Simpulan Buku Sila

Nah amek pedoman dan ibrah dari formula kejayaan Pak Alex. Baca jangan malas!

Baca : Formula Kejayaan Pak Alex

Baca Juga

Baca Juga