Kalau kita selak kembali sejarah Perak FA, pemain import yang selalu keluar dari pasukan Perak ini akan jadi dua saja. Bak kata Rab Khalid, tak batang pinang mesti rimau teriak.
Begitu juga pemain, sama ada akan terus power atau hilang terus dari Arena bola Sepak. Contoh ada banyak, mungkin lain kali saya kongsikan .
Kali ini saya ingin berbicara mengenai salah seorang import. Ya, Baichung Bhutia. Pasukan Perak telah membuat pinjaman Bhaicung Bhutia dari Mohun Bagan pada 2003 dan akhir tahun beliau telah kembali ke Mohun Bagan.
Setelah habis tempoh pinjaman dengan Perak FA, Bhaichung Bhutia telah kembali ke India.
Karier Awal
Bhutia, yang memulakan karier antarabangsanya pada 1995 pada usia 19 tahun. Lupa pula saya, Bhaichung Bhutia dilahirkan pada 15 Disember 1976 di Tinkitam, Sikkim. Ya Sikkim, kawasan yang agak pedalaman di sebuah negara luas India.
Memang ceruk habis, tak pasti samada ada line telefon atau tidak. Lebih kurang macam di Perak juga, ada beberapa kawasan yang agak ceruk , kita ambil contoh macam Hafiz Ramdanla senang. Duduk di Jelai,Batu Kurau tapi mungkin sudah ada line telefon di Jelai. Berbalik kepada Bhutia.
Tempat nama Sikkim ni jangan main-main, sebab nama Sikim inilah Bhutia di gelar ‘ Skimimise Snipper’ atau dalama Bahasa melayunya penembak tepat Sikkim. Kalau Hafiz Ramdan, mungkin kita boleh gelar penembak tepat Jelai, contoh yer.
Selain bola sepak, beliau juga berkebolehan dalam sukan badminton, bola keranjang dan acara balapan ketika mewakili sekolah. Memulakan pendidikan awal di St. Xaviers di Pakyong, Selatan Sikkim dan pada usia 9 tahun beliau telah berjaya mendapat biasiswa Sports Authority of India (SAI) untuk menyambung pengajian ke Tashi Namgyal Academy (TNA).
Ketika dialam pengajian, beliau telah menunjukkan aksi-aksi terbaik dalam setiap perlawanan. Setakat anugerah pemain terbaik kejohanan tu dan menjadi rutin beliau untuk dibawa pulang hampir setiap kejohanan.
Akibat terlalu hebat, bakat beliau telah dikesan oleh bekas penjaga Kebangsaan India, Bhaskar Ganguly untuk dibawa pulang ke Calcutta bagi memanjangkan karier Bhutia.
“Bawa balik ke Calcutta pun sedap budak ini.” mungkin itu kata-kata Bhaskar Ganguly.
Pada tahun 1993, pada usia enam belas, beliau telah menyertai kelab professional East Bengal F.C. Di Calcutta. Dua tahun kemudian, beliau berpindah ke JCT Mills di Phagwara, yang kemudiannya memenangi Liga Bola Sepak Kebangsaan India pada musim 1996-97.
Bhutia adalah penjaring gol terbanyak dalam liga, dan dipilih untuk membuat debut antarabangsanya di Piala Nehru dan sekali lagi telah terpilih menjadi pemain terbaik kejohanan pada 1996. Pada tahun 1997, beliau kembali ke kelab lama beliau dan terus mencipta nama di sana.
Selain itu, beliau menjadi pemain bola sepak ke-19 India yang menerima Anugerah Arjuna pada tahun 1999, yang mana Kerajaan India memberikan kepada atlet untuk mengiktiraf “pencapaian cemerlang” dalam sukan peringkat kebangsaan.
Bekas kapten pasukan Chuni Goswami menggambarkan Bhutia sebagai trendsetter generasi beliau, yang komitmennya untuk permainan tidak dapat dipertikaikan.
“Dia seorang pemain bola sepak yang hebat, seorang pemain yang komited yang bekerja keras untuk mengekalkan dirinya sendiri, seorang profesional yang benar, masa yang hebat baginya dan persaudaraan bola sepak. Saya ucapkan tahniah kepadanya,” kata Goswami.
“Dia adalah model peranan untuk generasi baru, saya telah mengenali dia selama bertahun-tahun, kita mempunyai hubungan yang sangat baik, saya harap dia semua yang terbaik,” kata Goswami lagi.
Karier di Perak FA
Bhutia mengembang kariernya di Eropah pada tahun 1999 dengan bermain untuk pasukan Bury FC. Sehingga tahun 2001 dan 2002 beliau kembali ke India. Di India beliau kembali sertai Mohun Bagan.
Perak ketika berada dikemuncak liga telah mengambil Baichung Bhutia sebagai pemain pinjaman dari Ghulam Bagan. Ianya suatu prosses yang agak rumit namun pihak pengurusan Perak FA Dato Jamal Nasir berjaya mengatasinya.
Kedatangan Bhutia amat diperlukan oleh Perak pada ketika itu pada saya atas dua sebab, satu saingan Liga Perdana (dimana transisi ke Liga Super tahun seterusnya) dan pemain yang dapat membantu Frank Seator.
Selain itu, aksi bola sepak Piala Malaysia ketika kembali menghampiri kemuncak persaingan dengan empat pasukan terbaik berentap sengit dalam peringkat separuh akhir untuk merintis laluan ke perlawanan akhir musim 2003.
“Malam ini saya akan ke Kuala Lumpur sebab besok saya nak main dah untuk Perak, tak sabor teman.” Begitulah kata Bhutia kepada pemberita Press Trust of India ketika di temubual dalam satu petang jumaat sebelum beliau berangkat ke Kuala Lumpur.
Sebenarnya Bhutia agak terkejut kerana beliau berjaya mendapatkan sijil perpindahan pemain untuk dipinjamkan kepada Perak selama 2 bulan. Ini merupakan kali kedua beliau berkelana ke luar negara.
Bersama Perak, Bhutia yang sudah membuktikan ketajamannya menghasilkan gol di samping penyerang sedia ada Frank Seator.
Prestasi pasukan Perak ketika ini berada dia kemuncak, dengan segala serba serbi mencukupi. Antara perlawanan yang masih diingati para peminat ialah pertemuan menentang Sabah. Sabah ketika itu merupakan sebuah pasukan yang kuat.
Selaku pasukan pilihan, pemain import Perak, Bhaicung Bhutia dan Frank Seator gagal membantu pasukan tewas 3-1 ke atas Sabah, Perak gagal ke final Piala Malaysia 2003. Habis saja perlawanan ini semua peminat berdiri memberi penghormatan kepada beliau.
“Teman tahu ini semua waktu yang sukar bagi fan Perak tapi percayalah semua ini akan berubah.”
“Teman juga dapat rasa apa yang demeh ghaser, harapan segunung Intan tetapi apakan daya jodoh kita di Final Piala Malaysia tiada.” Jelas Bhutia.
Bersama Perak juga, beliau membuat 8 kali penampilan dan menjaringkan 4 gol. Sesungguhnya beliau merupakan antara pemain import yang akan sentiasa di kenang peminat-peminat pasukan Perak FA.
Pemain Terbaik India tahun 2008
Apabila ditanya kepada beliau dalam satu temuramah selepas anugerah tersebut
“Saya merasa dihormati dan perlu rendah diri., ianya satu pengalaman hebat kerana berjaya membawa India ke saingan Piala AFC. Secara keseluruhan, ia telah menjadi tahun yang sangat produktif,.” Ujar Bhutia.
Pasukan Mohun Bagan pertama kali menerima ‘player of the year’ oleh All India Football Federation (AIFF) anugerah ini pada 1995 dan Bhutia menjadi pemain kedua selepas IM Vijayan memenanginya lebih daripada sekali.
Jurulatih Mohun Bagan, Karim Bencherifa menggambarkan Bhutia sebagai pemain bola sepak India terbaik pada abad itu. Bhutia memimpin India untuk memenangi saingan AFC Cup ’08 dan dengan demikian layak untuk Piala Asia 2011 di Qatar. Bhutia juga dinobatkan sebagai Pemain Paling Berharga pada kejohanan tersebut.
Baichung Bhutia telah dilantik menjadi pengurus sementara United Sikkim pada 13 November 2012 bagi menggantikan pengurus dari Belgian, Philippe De Ridder selepas kekalahan 10-1 di I-League kepada Prayag United pada 10 November 2012.
Sehati Berdansa
Pada tahun 2009 Baichung telah berganding bersama seorang Koreografi, Sonia Jaffer untuk menyertai rancangan Jhalak Dikhhla Jaa yang merupakan rancangan Dancing with the Stars versi India, macam sehati berdansa.
Baichung dan Sonia muncul juara menewaskan pasangan Karan Singh Grover dan Gauhar Khan di final dan membawa pulang wang tunai lebih Rm250 000. Bhutia telah menderma separuh dari hadiah kemenangan kepada badan kebajikan.
Politik
Selain hebat menari, Baichung juga pernah menceburi bidang politik. Beliau menyertai parti All India Trinamool Congress atau dikenali juga sebagai Trinamool Congress.
Malangnya Baichung tidak terpilih untuk menjadi wakil calon pada pilihanraya Lok Sabha pada 2014 namun Baichung tidaklah pula mahu menjadi ADUN Ketereh.
Bhaichung Bhutia Football Schools
Pada Oktober 2010 ketika masih bergelar pemain dan menjadi juara sehati berdansa, Baichung telah memulakan satu usaha untuk memartabatkan bola sepak India dengan menubuhkan Bhaichung Bhutia Football Schools(BFFS). Ya, Sekolah Bola Sepak Baichung.
Sekolah bola sepak merupakan satu inisiatif dari Baichung untuk pembangunan pemain remaja dan bekerjasama dengan akademi bola sepak milik Carlos Queiroz, Football By Carlos Queiroz(FBCQ) dan Nike.
Sekolah ini dilancarkan di Delhi pada 30 Oktober 2010 dan kemudian berjaya membuka 5 lagi pusat di wilayah Delhi sebelum mengembangkan sayap ke Mumbai.