Bakal Bapak Tiri Neymar Menjalinkan Hubungan Sulit Dengan Lelaki Lain

Bulan lalu tular kisah di mana ibu kepada Neymar sedang hangat bercinta dengan seorang pemuda berusia 23 tahun.

Namun, kini telah tersebar pula berita bahawa ibu Neymar sudah memutuskan hubungan cinta beliau dengan si anak ikannya itu.

Hal ini kerana, teman lelakinya itu dikatakan menjalin hubungan cinta dibelakang ibu Neymar dengan lelaki lain.

Neymar juga dikatakan pernah merestui hubungan cinta antara ibunya dengan pemuda berusia 23 tahun bernama Tiago Ramos.

Ibu Neymar, Nadine Goncalves telah mengakhiri hubungan beliau dengan Tiago selepas mendapat tahu bahawa teman lelakinya itu turut mempunyai hubungan dengan beberapa jejaka lain.

Tiago berusia enam tahun lebih muda daripada Neymar, dan dikatakan turut mempunyai hubungan sulit dengan chef peribadi bintang Paris Saint-Germain itu.

Terdapat juga laporan yang mendakwa bahawa Tiago sering keluar bersama seorang pelakon dan pelawak terkenal di Brazil, Carlinhos Maia.

Menurut laporan dari Brazil, Tiago merupakan seorang model dan juga salah seorang ahli kumpulan 4k Easy yang terlibat dengan sukan eSport.

Beliau juga pernah mencuba nasib untuk menceburkan diri dalam sukan bola sepak. Namun dek kerana memang tiada bakat beliau disingkirkan dari pasukannya.

Tidak dapat disahkan berapa lama sudah Nadine dan Tiago menjalinkan hubungan cinta sebelum ini.

Namun apa yang pasti, setelah mendapat tahu dirinya dicurangi, Nadine telah mengusir Tiago dari rumahnya dan dikatakan bekas kekasihnya itu sudah kembali bersama keluarganya.

Pada hari Rabu lalu, Tiago dilihat berkongsi gambar di laman Instagram miliknya yang memperlihatkan beliau sedap bermain komputer bersama adik dan ibunya.

Macam comel pulak bila lelaki curang dengan kekasih lepas tu kena halau dari rumah terus balik rumah mak sendiri untuk luah perasaan.

Ramos juga dilaporkan salah seorang peminat setia Neymar walaupun beliau merupakan peminat tegar pasukan   Real Madrid.

Beliau memuat naik satu gambar dari direct messagenya yang ditulis pada tahun 2017.

“Neymar anda sememangnya hebat, saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan saya sebagai peminat setia kamu, saya selalu menonton anda beraksi, dan saya rasa sungguh bermotivasi melihat anda diatas padang. Satu hari saya berharap saya akan dapat membaca mesej ini bersama anda, menjadi sahabat anda dan bermain bersama anda.”

“Saya yakin satu hari saya akan bertemu kamu, hal ini kerana saya adalah lelaki yang tidak pernah takut untuk bermimpi dan saya sanggup lakukan apa saja untuk mencapai impian saya. Percaya dengan takdir tuhan, kita akan sentiasa berjaya dan sentiasa gembira.”

https://www.instagram.com/p/B7E6L0xoya_/?igshid=uct7mcpwhmus

Adakah beliau menjalin hubungan cinta dengan ibu Neymar supaya boleh merapatkan lagi hubungannya dengan Neymar?

Apa pun terjadi, hajat Tiago untuk terus bersama Nadinie tidak akan menjadi kenyataan. Hubungan mereka dilaporkan turut tidak mendapat restu daripada ahli keluarga yang lain.

Nadine sebelum ini pernah berkahwin dengan Wagner Ribieiro, dan ikatan perkahwinan mereka kekal selama 25 tahun sebelum bercerai pada 2016.

Wagner Ribieiro adalah bapa kandung Neymar dan juga ejen kepada bintang PSG itu.

BACA:  Neymar Dipelawa Sertai Newcastle dan Dijanjikan Jersi Nombor 10