Pemain Real Madrid, Gareth Bale, kini bukan lagi pemain terbaik pilihan Persatuan Bola Sepak Wales, dan anugerah tersebut telah berjaya dirangkul oleh pemain Reading, Chris Gunter.
Pemain muda Liverpool pula, Ben Woodburn menerima anugerah pemain muda terbaik FA Wales. Woodburn yang baru sahaja berusia 17 tahun telah menjaringkan gol dalam debut bersama Wales ketika menentang Austria, sebelum menjadi watak utama ketika menewaskan Moldova tiga hari kemudian.
Anugerah ini telah disampaikan dalam Majlis Vale of Glamorgan.
Gunter telah mewakili Wales sebanyak 81 kali, kedua terbanyak sebagai pemain tengah padang di belakang mendiang Gary Speed(85). Dia dijangka akan berjaya memecahkan rekod Speed tersebut memandangkan usianya baru sahaja 28 tahun.
Rekod penampilan terbanyak pasukan negara jajahan takluk Britain tersebut adalah penjaga gol lagenda, Neville Southall dengan 92 penampilan.
Bale pernah memenangi anugerah pemain terbaik Wales sebanyak enam kali, dengan empat daripadanya berjaya dirangkul secara berturut-turut sejak empat tahun lalu.
Walaubagaimanapun, Bale masih lagi pilihan para pemain bola sepak professional Wales apabila dia memenangi anugerah Pemain Terbaik Pilihan Pemain.
Pemain Stoke City, Joe Allen tidak ketinggalan untuk merangkul anugerah apabila dia muncul sebagai pemain terbaik pilihan penyokong, manakala David Edwards pula muncul sebagai pemain terbaik pilihan media.
Banyak juga anugerah pemain terbaik di Wales. Rajin betul diorang mengundi. Entah-entah sebab nak jaga hati ye tak?
Sumber berita : ESPN