Bale Dirakam Melakukan Aksi Golf Ketika Sesi Latihan Bersama Real Madrid

Gareth Bale dan permainan gol tidak dapat dipisahkan lagi walaupun beliau sudah lama bergelar sebagai pemain bola sepak profesional dan pernah menjadi pemain paling mahal di dalam sejarah bola sepak.

Pemain Wales itu telah mencetuskan kontroversi yang amat apabila berjaya membantu pasukan Wales lolos ke kejohanan negara Eropah paling agung sekali EURO 2020 apabila menewaskan Hungary dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Selepas tamat perlawanan Bale dan rakan senegaranya telah meraikan kejayaan tersebut dengan mengibarkan bendera Wales yang tertera perkataan ‘Wales, Golf, Madrid, In that order’.

Perkataan yang tertera dibendera itu menunjukkan urutan keutamaan Bale dalam hidupnya di mana Wales ditempat paling atas kemudian golf diikuti oleh Real Madrid pasukan yang menjadi kelabnya.

Ternyata tindakan Bale meletakkan keutamaan kelabnya selepas permainan golf menimbulkan kemarahan peminat Los Blancos yang seperti perkara yang tidak penting dalam hidup Bale.

Media-media di Sepanyol nyata naik gila dengan bendera yang dipamerkan Bale itu yang dianggap kurang ajar dan tidak profesional lagi keanak-anakkan.

Bekas presiden Real Madrid, Ramon Calderon juga menganggap sikap Bale sangat kebudak-budakkan dan beliau percaya tiada jalan lagi untuk Bale terus kekal bersama Real Madrid.

Ketika isu itu hampir reda dan masih lagi menjadi kemarahan pendukung Real Madrid, Bale seakan tidak ambil pusing dengan isu ini dan mencurahkan lagi limau, cuka dan garam ke luka yang sudah sedia memedihkan.

Bale telah dirakam melakukan gaya aksi bermain golf ketika satu sesi latihan bersama Real Madrid yang berada ditempat ke-3 dalam keutamaan hidupnya ketika ini.

Dalam rakaman itu Bale dilihat berjalan ke arah bola sambil menghayunkan tangan seperti menghayunkan kayu golf dengan gembira dan bahagia sekali.

Ketika bola bola dikaki sekali lagi Bale membuat gaya seperti mahu membuat pukulan dan sudah pasti benda ini membuatkan media Sepanyol kepanasan.

Bale juga kebal ketika dicemuh oleh penyokong Real Madrid sendiri ketika memanaskan badan dan hanya tersenyum girang dengan segala cemuhan yang diterima.

Sungguh kuat dan gagah sekali mental Bale menghadapi semua kontroversi yang dicetuskan beliau sendiri.

Mendapat la, masa Bale nak pindah tak nak jual sangat.

Perkara ini menjadi satu jenaka buat mereka yang bukan penyokong Real Madrid.

Baca Juga

Baca Juga