Pemain kebangsaan dan kebanggaan Wales, Gareth Bale telah menyertai Real Madrid pada tahun 2013 dengan rekod perpindahan dunia sebanyak £85 juta dari kelab Premier League yang berpengkalan di London, Tottenham Hotspurs.
Sepanjang kariernya Bale sentiasa dibelenggu irama kecederaan dan isu ini dibawa bersama semasa perpindahan ke Real Madrid. Untuk rekod Bale hanya bermain sebanyak 57 peratus sahaja dari 16,396 minit permainan.
Ini bermakna Bale telah terlepas sebanyak 7,050 minit permainan yang disebabkan oleh kecederaan yang pelbagai dialami oleh Bale. Ini menjadikan Bale pemain yang mempunyai minit permainan paling sikit dalam gandingan trio BBC.
Pada musim baru ini Bale telah berubah dan insaf apabila membuat penampilan sebanyak 72.62 peratus dari jumlah penampilan.
Sejak menyertai Los Blancos, Bale telah mengalami 11 kecederaan yang berbeza di mana masalah buku lali dan betis antara kecederaan yang sering menghantui Bale sejak beberapa musim yang lalu.
Bale telah mengalami 18 kali kecederaan sejak tiba di Barnaubeau yang menghalangnya untuk bermain sebanyak 53 perlawanan.
Jika hendak ditulis senarai kecederaan Bale agak panjang jadi korang tengok sendiri la gambar dibawah.
Kecederaan paling teruk dialami Bale ada pada musim lalu apabila tidak dapat beraksi selama 84 hari dan terlepas 17 perlawanan. Bagi musim 2106/17 juga menyaksikan Bale berehat selama 136 hari dan terlepas sebanyak 29 perlawanan.