Balotelli Menganjing Pengurus Pasukan Lawan Yang Pernah Anggap Beliau Tiada Otak

Mario Balotelli berjaya membalas dendam ke atas pengurus yang menganggap beliau tiada otak dengan beliau menyimpan dendamnya sejak lapan tahun yang lalu.

Balotelli tidak dinafikan pernah mengundang kemarahan ramai orang ketika kemuncak kariernya dahulu termasuklah, pengurus, penyokong sendiri, penyokong lawan, dan ramai lagi yang meluat melihat sikapnya.

Pada tahun 2013, beliau melalui satu peristiwa yang membuatkan dirinya semakin di benci dan ia merupakan kemuncak kepada kesemua punca mengapa beliau dibenci.

Balotelli ketika itu beraksi bersama Manchester City dengan mereka terlibat dalam perlawanan jelajah pra musim di Amerika Syarikat.

Penyerang kebangsaan Itali itu memilih untuk melakukan backheel paling dungu dalam sejarah dengan beliau ketika itu berdepan dengan gol kosong, tiada sesiapa yang mengasaknya namun beliau gagal untuk menjaringkan gol.

Selepas beliau melakukan aksi dungu ketika bertemu LA Galaxy itu, Balotelli dengan segera dikeluarkan dan beliau telah dimaki oleh pengurusnya di tepi padang.

Bekas pemain Turki, Sergen Yalcin merupakan pundit pada ketika itu dan beliau memanggil Balotelli sebagai seorang pemain yang tiada otak.

Lapan tahun berlalu, pada hari ini beliau bermain untuk Adana Demirspor dan turun beraksi bertemu Besiktas yang dikendalikan oleh Yalcin.

Besiktas mendahului permainan dengan keputusan 3-0, namun selepas Mattias Vasgas mengubah keputusan menjadi 3-1, Balotelli berjaya meledak gol untuk mengubah kedudukan menjadi 3-2.

Beliau meraikan gol tersebut dengan berlari ke arah tempat duduk pemain simpanan pasukan lawan dan menunjukkan isyarat seolah memberi tahu yang beliau sebenarnya ada otak.

Reaksi Balotelli menganjing pengurus pasukan lawan itu telah mengundang pergaduhan antara para pemain kedua-dua pasukan.

Musim lalu, Besiktas sebenarnya dikaitkan dengan bakal menandatangani bekas bintang Inter Milan itu yang akhirnya memutuskan untuk menyertai pasukan dari Serie B, Monza.

Perpindahan itu tidak berlaku dan Yalcin sendiri sebenarnya tidak gembira dengan berita berkait rumours tersebut dengan mendakwa yang beliau tidak memerlukan pemain bermasalah.

β€œKetika Presiden kelab tanya saya, saya kata kita perlukan pemain yang kurang bermasalah, tapi saya tak pernah katakan tidak.”

Jelas pengurus Besiktas itu.

β€œSaya katakan yang dia merupakan pemain yang mahal dan bermasalah baik dalam mahupun luar padang. Dan saya beritahu mereka saya tidak akan bertanggungjawab untuk dia dan dia hanya akan ditandatangani jika pihak pengurusan sanggup bertanggungjawab atas masalah yang dia cetuskan.”

Selepas Mario Balotelli mengubah kedudukan menjadi 3-2, bekas pemain Nottingham Forest, Britt Assombalonga menyamakan kedudukan pada minit ke-97 permainan untuk menjadikan malam Yalcin lebih buruk.

Sepertinya dendam untuk Balotelli terbalas dengan beliau menjaringkan gol, menganjing Yalcin dan membantu skuadnya mengikat Besiktas.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Balotelli Tumbuk Rakan Sepasukan Gara-Gara Bengang Dikeluarkan Awal