Piala Asia: Balqees Bersama 2 Artis Terkenal Emiriah Membawa Lagu Tema ‘Bringing Asia Together’

Emiriah Arab Bersatu menganjurkan kejohanan Piala Asia edisi ke-17 dan berjanji akan membuka acara dengan penuh gilang-gemilang di Stadium Bandar Sukan Zayed pada jam 5 petang pada Sabtu ini.

Penganjur menjanjikan satu pengalaman hebat kepada ribuan pengunjung di stadium dan jutaan di kaca televisyen.

Stadium Bandar Sukan Zayed dicipta untuk memberi keseronokkan, upacara pembukaan akan menyaksikan satu siri persembahan muzik dalam penghormatan yang unik kepada bola sepak Asia.

Suasana yang hangat dan penuh warna warni bakal disajikan.

Kejohanan 51 perlawanan ini diadakan kali ke-2 di Emiriah selepas 1996 akan dibuka dengan 3 artis popular tempatan dengan lagu tema ‘Bringing Asia Together‘.

Dianggarkan 300 juta penonton akan terpikat dengan persembahan 3 artis tersebut. Penyanyi terkenal Emiriah Hussain Al Jassmi, Eida Al Menhali dan Balqees Ahmed akan berada di tengah padang sambil memberi pengalaman dramatik dikelilingi ratusan pemain.

Acara pembukaan ini akan berlaku 3 jam sebelum sepak mula perlawanan pembukaan di antara pasukan tuan rumah menentang Bahrain.

Lagu tema tersebut ditulis oleh Arif Al Khaja dan digubah oleh Darwish Al Zarouni manakala Roshan Soomarchun akan mengarah persembahan.

Jawatankuasa penganjur Tempatan telah mendedahkan seramai 600 orang bakal terlibat dalam persembahan tersebut.

Durasi 13 minit persembahan akan diisi dengan pertunjukan yang menceritakan kisah berkaitan slogan ‘Bringing Asia Together‘.

Dibantu oleh beberapa individu yang pernah terlibat untuk acara besar seperti perlawanan akhir Liga Juara eropah, Kejohanan Piala Eropah dan Kejohanan Piala Afrika.

Acara perasmian tersebut juga akan menampilkan burung gergasi yang luar biasa, kelopak teratai bersaiz mega dan replika gergasi trofi Piala Asia yang baharu.

Kenali 3 artis tersohor Emeriah yang bakal membuka tirai acara ini

Hussain Al Jassmi

Penyanyi tempatan yang terkenal di semenanjung Arab. Dia menlancarkan single pertama berjudul Bawada ad diikuti Wallah Mayiswa dan Bassbour Al Fourgakom.

Pada 2008, Al Jassmi menerima anugerah Murex d’Or untuk kategori penyanyi lelaki Arab terbaik. Jassmi telah mencapai 730 juta paparan di You tube.

Eida Al Menhali

Single paling terkenal Motosoa, mendapat tumpuan pada Mother of the Nation Festival pada 2018 di bandar Abu Dhabi. Al Menhali juga merupakan seorang komposer dan penyair dan sering mempersembahkan puisi tanpa muzik.

Gaya persembahan itu dikenali sebagai Al Shallat di tanah Arab.

Setelah mengeluarkan album pertamanya pada 2002, Mahma Jara Al Mehli telah megeluarkan 6 album selepas itu.

Dia juga aktif menjelajah di rantau Arab dalam membuat persembahan termasuk perayaan terkenal seperti Festival Hala Februari, konsert Salalah dan Festival Jerash.

Mendapat gelaran artis paling popular oleh majalah terkenal Khaleej Time.

Balqees Ahmed Fathi

Penyanyi Yemen ini ini berasal dari keluarga seni Ahmed Fathi, seorang pemuzik Yemen terkenal. Ibu kepada Balqis berasal dari Emeriah.

Memulakan pembelajaran muzik dengan bermain alat muzik dan mengeluarkan album pertama pada 2013 di bawah prodeuksi Rotana Record.

Pada 2015 Balqees mengeluarkan album solo dan mengeluarkan muzik video World Chant Zayed sebagai tema sambutan hari kebangsaan ke-40 Emiriah Arab Bersatu. Juga merupakan lulusan dari Universiti Abu Dhabi.

Baca Juga

Baca Juga