Bapa Dedahkan Eden Hazard Sedang Tunggu Tawaran Real Madrid

Bapa kepada bintang Chelsea, Eden Hazard mendedahkan anaknya telah menolak tawaran untuk melanjutkan kontraknya di Stamford Bridge kerana menunggu tawaran dari Real Madrid.

Pemain berusia 26 tahun ini dilaporkan tidak mahu mengesahkan masa depannya di Chelsea berminat untuk mengembangkan kariernya ke Sepanyol bersama penyandang juara La Liga, Real Madrid.

Penyerang antarabangsa Belgium ini kembali ke tahap terbaiknya musim lepas apabila membantu Chelsea meraih kejuaraan liga dalam musim pertama Antonio Conte sebagai pengurus. Ia merupakan kejuaraan liga keduanya sepanjang bergelar pemain Chelsea.

The next ‘Galacticos’ ?

Hazard berjaya meneruskan prestasi cemerlangnya musim ini dan telah menjaringkan 8 gol dalam semua pertandingan setakat ini, disamping mencatatkan 8 bantuan gol. Prestasi semasanya telah menarik perhatian pengurus Real Madrid, Zinedane Zidane dan pihak atasan Chelsea sedang cuba meyakinkan pemain ini supaya melanjutkan kontraknya yang bakal tamat pada Jun 2020.

Bapa Hazard, Thierry mengesahkan anaknya masih lagi belum menandatangani kontrak baru dengan Chelsea dengan harapan ia bakal membuka pintu buat Real Madrid melakukan tawaran kepada Chelsea untuk mendapatkan khidmat beliau.

“Apa yang boleh  saya dedahkan buat masa kini adalah Eden Hazard masih lagi enggan melanjutkan kontraknya bersama Chelsea. Ini kerana beliau sedang menunggu tawaran dari Real Madrid, kelab yang beliau mahu wakili pada masa hadapan.”

“Akan tetapi buat masa kini, tiada sebarang tawaran dikemukakan oleh Real Madrid untuk Hazard. Eden Hazard adalah salah satu pihak yang terlibat dalam menentukan masa depan pemain ini.”

Keluarga bolasepak. Dari kiri Kylian Hazard, Eden Hazard dan Thorgan Hazard.

Sebelum ini, Hazard pernah mendedahkan kepada media yang beliau memasang minat untuk bermain dengan pemenang Liga Juara-Juara musim lepas, dan turut menambah semua pihak sudah mengetahui mengenai kekagumannya terhadap Real Madrid.

Chelsea kini berada di tangga ke-3 Liga Perdana Inggeris selepas 20 perlawanan, ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City. Mereka hanya dipisahkan satu mata sahaja dengan pasukan tempat kedua iaitu Manchester United.

Chelsea bakal menyambung aksi liga dengan melayan kunjungan Stoke City di Stamford Bridge pada hujung minggu ini dalam usaha mereka merampas kedudukan kedua liga dari skuad Jose Mourinho.

BACA:  Mbappe Dan Real Madrid Kecam Presiden FFF Yang Menghina Zidane Selepas Umum Deschamps Kekal