Barca Dan Man Utd Berkongsi Jaringan Dalam Perlawanan Epik

Saingan kejuaraan kelas kedua, Europa League juga kembali bersambung selepas dua hari UEFA Champions League peringkat 16 terakhir bagi pasukan atasan Eropah memulakan saingannya dan ini merupakan pertemuan pertama Barcelona dan Manchester United di Europa League.

Play-off pusingan kalah mati Liga Europa UEFA telah mula diperkenalkan sejak musim lepas di mana pasukan naib juara di setiap kumpulan Europa League akan bertemu penghuni tempat ketiga Champions League.

Terdapat 16 pasukan yang terlibat di Knockout Round Play-Off: lapan naib juara dari peringkat kumpulan Liga Europa dan lapan pasukan di tempat ketiga dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA.

Pemenang daripada lapan perlawanan play-off mara ke pusingan 16 Liga Europa Mac, di mana mereka menyertai lapan pemenang atau juara kumpulan.

Ini bermakna juara kumpulan saingan Europa League akan terus ke pusingan 16 dan disinilah Arsenal sudah berada selaku juara kumpulan.

Undian paling menarik sudah pasti pertemuan antara Barcelona dan Manchester United. Pasukan yang berstatus dalam pembinaan semula meraih kembali era kegemilangan.

Untuk perlawanan pertama, Barcelona melayan kunjungan Manchester United di stadium keramat mereka, Nou Camp.

Luke Shaw bergandingan bersama Raphael Varane di pertahanan tengah selepas Lisandro Martinez digantung perlawanan, begitu juga dengan Marcel Sabitzer.

Manchester United memulakan perlawanan dengan penuh yakin dan tidak gentar apabila terus menyerbu serta melakukan serangan ke kubu Barcelona dari awal permainan.

Pada minit kelapan, Robert Lewandowski berjaya melepasi Luke Shaw dan melepaskan rembatan padu yang berjaya dinafikan David De Gea dan selepas itu Barca mula menguasai perlawanan.

Gavi telah melakukan satu voli cantik tapi terlalu tinggi. Wout Weghorst terlepas peluang ketika situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Barcelona, Marc-Andre ter Stegen.

Marcus Rashford melakukan percubaan pertama peribadi pada minit ke-33 apabila cuba melencongkan bola ke tiang jauh namun ditepis dengan sebelah tangan oleh Marc-Andre ter Stegen.

Kesilapan budak sekolah Aaron Wan Bissaka hampir mengundang padah apabila berjaya dirampas Jordi Alba, Wan Bissaka telah menerjah Jordi Alba untuk menyekat rembatan yang berjaya diselamatkan De Gea.

Penalti cuba diminta oleh pemain Barcelona namun pengadil tidak melayan permintaan itu. Pada minit ke-41, Pedri yang mengalami kecederaan dikeluarkan dan Sergi Roberto masuk sebagai pengganti.

Dari segi penguasaan bola, Barcelona nyata terlalu unggul namun dari segi percubaan boleh dikatakan seimbang dan Setan Merah lebih mengancam. Ter Stegen dan De Gea menjadi watak utama di separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Aaron Wan Bissaka terus menjadi lubuk buat Barcelona yang terus menekan Setan Merah untuk mencari gol pembukaaan.

Minit 50 menyaksikan Barcelona memperoleh gol mudah melalui sepakan penjuru Raphinha yang tenang ditanduk masuk Marcus Alonso yang langsung tidak dicabar, Fred hanya melilau sahaja.

Tiga minit kemudian Marcus Rashford menyamakan kedudukan dengan satu rembatan disudut sempit tapi cukup untuk menewaskan Ter Stegen menyempurnakan lorongan Fred.

Pada minit ke-69, hantaran leret deras dari Rashford telah diflick oleh Bruno Fernandes dan Jules Kounde telah tertampan bola ke gawang sendiri.

Barcelona membantah dengan tuduhan offside namun jelas Kounde yang menolak bola itu ke gawang untuk gol sendiri.

Erik Ten Hag telah dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil kerana tidak menghadiahkan penalti atau sekurang-kurangnya sepakan percuma selepas Kounde menjatuhkan Rashford.

Barcelona menyamakan kembali kedudukan pada minit ke-76 apabial Casemiro menghantar bola kepada Kounde yang terus menolak kepada Raphinha.

Raphinha cuba melakukan satu hantaran kepada Robert Lewandowski dan bola terus melantun masuk ke dalam gawang tanpa sebarang sentuhan pemain lain.

Rashford memperoleh peluang untuk meletakkan Manchester United kembali di depan, kali ini rembatannya meliar. Perlawanan terus rancak dengan serangan saling berbalas.

Barcelona hampir kembali didepan pabila Casemiro menolak bola ke gawang sendiri namun dinafikan tiang dan rembatan deras Ansu Fati diselamatkan oleh De Gea.

Kesebelasan Utama Barcelona: Ter Stegen, Kounde, Araújo, Alonso, Alba, Pedri, De Jong, Kessie, Raphinha, Lewandowski, Gavi.

Pemain Simpanan : Peña, Tenas, Fati, Torres, Christensen, Roberto, García, Balde, Casado, Torre, Alarcon.

Kesebelasan Utama Manchester United : David De Gea, Aaron Wan-Bissaka, Raphael Varane, Luke Shaw, Malacia, Casemiro, Fred, Sancho, Fernandes, Rashford, Weghorst.

Pemain Simpanan : Heaton, Butland, Lindelöf, Maguire, Dalot, Pellistri, Elanga, Garnacho, Iqbal, Mainoo.

Pengadil Perlawanan : Maurizio Mariani (Italy).

BACA:  Man United Tawarkan Van de Beek Untuk Dapatkan Pemain Midfield Baru