Barca Menyampah Dengan Braithwaite Yang Tidak Mahu Tinggalkan Kelab Kerana Tunggu Gaji Dibayar

Kegilaan Barcelona sememangnya ditahap yang lain apabila dilaporkan sudah mula menyampah dengan Martin Braithwaite yang mengambil keputusan mahu kekal dan tidak mahu meninggalkan kelab.

Alasan Martin Braithwaite untuk terus kekal adalah mudah kerana dia mahukan gajinya dibayar seperti yang dijanjikan kelab Catalan itu.

Penandatanganan pemain Barcelona di jendela perpindahan musim panas telah membawa kepada kekeliruan besar di kalangan peminat, kerana tiada siapa yang dapat memahami dari mana semua wang mereka datang.

Frenkie de Jong dijangka pergi untuk mengurangkan masalah kewangan mereka tetapi dia masih ada, perbelanjaan masih berjalan dan walaupun dia akhirnya pergi, Bernardo Silva dijangka menggantikannya.

Gila bukan?

Salah satu perkara penting yang masih tersangkut untuk pemain Belanda itu berambus ialah dia mahukan gaji tertunggak sebanyak £17 juta dan bonus yang Barca berhutang kepadanya.

Dan sudah pasti bukan Frenkie De Jong sahaja yang berkeras tidak mahu pergi kerana menunggu bayaran gaji.

Menurut SPORT, kelab gergasi Sepanyol itu mahu Martin Braithwaite pergi dan penyerang itu telah mengetahui serta menerima hakikat bahawa dia tidak mempunyai peranan dalam pasukan dan bersedia untuk pergi.

Bagaimanapun, Braithwaite tidak boleh dipaksa keluar kerana masih mempunyai kontrak dan Barcelona pula bergelut untuk mencari pembeli untuk bekas penyerang Middlesbrough dan Leganes itu.

Pemain berusia 31 tahun itu mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya dan ada bakal pembeli yang berminat , kelab Catalan itu berharap dia akan bersetuju untuk pergi secara percuma.

Mereka berharap mereka boleh bersetuju dengan pakej pampasan untuk pemain itu tetapi dia mahu dibayar gaji penuh untuk tempoh kontrak dua tahun seperti yang dijanjikan Barca.

Lebih masuk akal untuk kelab mencapai persetujuan dengan pemain itu jika tidak gajinya akan dikira dalam had gaji La Liga mereka untuk dua musim akan datang.

Braithwaite memang layak menerima wang yang terhutang secara kontrak kepadanya tetapi penyerang itu sebenarnya adalah pemain terkaya di kelab itu.

Pemain antarabangsa Denmark itu memiliki hartanah di Amerika Syarikat bernilai €250 juta, bersama bapa saudaranya, dia juga memiliki jenama fesyen dan restoran, semua ini menjadi gaji tambahannya sebanyak €4 juta setahun.

Apa yang pasti wang tidak menjadi masalah buat Braithwaite dan memungkinkan Braithwaite berkeras tidak mahu pergi mungkin kerana layanan Barcelona kepadanya.

Mungkin dia boleh meminjamkan sedikit wang kepada Barcelona, ​​dengan kelab itu perlu mengaktifkan tiga ‘tuas kewangan’ untuk meneruskan perbelanjaan besar musim panas ini.

Disebalik senarai gaji pemain yang sangat gila tambahan pula dengan masalah kewangan yang meruncing Barcelona kini menjadi pasukan bola sepak Eropah paling tinggi berbelanja di jendela perpindahan musim panas ini.

Aksi sakan Barcelona membeli-belah kali ini menjadi misteri besar di jendela perpindahan dengan mendapatkan Andreas Christensen dan Franck Kessie lebih awal secara percuma.

Kemudian Barcelona berbelanja besar mendapatkan Robert Lewandowski, Jules Kounde dan Raphinha dengan perbelanjaan sebanyak £140 juta secara keseluruhan.

Hasil dari penjualan pemain, Barcelona hanya meraih £23.4 juta sahaja dan jumlah itu kebanyakkan datang dari Phillipe Coutinho.

Lihat senarai di bawah:

1. Frenkie de Jong – €560,962 per minggu (£470,156 per minggu)

2. Sergio Busquets – €423,077 per minggu (£354,591 per minggu)

3. Jordi Alba – €400,577 per minggu (£335,733 per minggu)

4. Robert Lewandowski – €360,577 per minggu (£302,208 per minggu)

5. Miralem Pjanic – €300,385 per minggu (£251,760 per minggu)

6. Ansu Fati – €268,269 per minggu (£224,842 per minggu)

7. Ousmane Dembele – €264,423 per minggu (£221,619 per minggu)

8. Franck Kessie – €260,385 per minggu (£218,235 per minggu)

9. Raphinha – €240,385 per minggu (£201,472 per minggu)

10. Jules Kounde – €240,385 per minggu (£201,472 per minggu)

11. Pierre Emerick-Aubameyang – €220,385 per minggu (£184,710 per minggu)

12. Gerard Pique – €200,385 per minggu (£167,947 per minggu)

13. Andreas Christensen – €200,385 per minggu (£167,947 per minggu)

14. Memphis Depay – €200,385 per minggu (£167,947 per minggu)

15. Pedri – €180,385 per minggu (£151,185 per minggu)

16. Marc-Andre ter Stegen – €173,077 per minggu (£145,060 per minggu)

17. Ronald Araujo – €134,615 per minggu (£112,824 per minggu)

18. Ferran Torres – €120,192 per minggu (£100,735 per minggu)

19. Samuel Umtiti – €120,192 per minggu (£100,735 per minggu)

20. Neto – €115,385 per minggu (£96,707 per minggu)

Pemain paling tinggi dibayar adalah Frekie De Jong iaitu sebanyak 560,962 per minggu (£470,156 per minggu) yang dilaporkan bakal pergi namun masih lagi berada di Nou Camp hampir £25 juta je setahun.

Kalau nak pindah kira burn tunggakan gaji. Mana maunya.
Salah satu sebab utama mengapa Barca meletakkan diri mereka dalam kemelut kewangan ini ialah kerana pembayaran gaji yang sangat gila yang mereka telah bayar kepada pemain.

BACA:  Terlalu Kerap Cedera, Barca Tawarkan Kontrak Aneh Kepada Dembele