Barcelona Berjaya Pujuk Messi Kembali Ke Nou Camp Januari Ini?

Barcelona membuatkan ramai penyokongnya teruja selepas memberikan bayangan Lionel Messi akan kembali ke Nou Camp pada jendela perpindahan Januari hadapan.

Messi dan kelab Catalan itu berpisah talak satu dan bercerai paksa pada 2021 selepas masalah kewangan yang dihadapi kelab itu pada 2021.

Sejak itu pemain berusia 36 tahun itu melalui dua musim yang mengecewakan di Ligue 1 bersama PSG, walaupun berjaya membawa Argentina muncul juara Piala Dunia 2022 di Qatar.

Setelah itu Messi mengambil keputusan untuk tidak kekal di Parc des Princes dan berhijrah ke Inter Miami.

Sejak menyertai kelab MLS itu nama Messi kembali menjadi sanjunagn namun kini pemain itu sudah tidak beraksi dalam empat perlawanan terakhir kelab itu akibat kecederaan.

Pada awal minggu ini laporan dari Sepanyol mendedahkan Barcelona sedang berusaha untuk mendapatkan pemain itu kembali, dan hantaran terbaru di akaun rasmi Instagram kelab Catalan itu menguatkan spekulasi tersebut.

Imej yang dibuat menggunakan aplukasi Krea.ai – aplikas yang membenarkan pengguna mencipta visual kualiti tinggi menggunakan AI – menampilkan imej penyerang itu meraikan jaringan ketika masih bersama Barcelona.

Walaupun imej tersebut tidak didedahkan sepenuhnya, ramai penyokong Barca menyamakannya dengan keraian Messi ketika menjaringkan gol dalam kemenangan 4-2 ke atas Real Madrid di Bernabeu pada 2014.

Pada masa ini penglibatan Messi dalam perlawanan Inter Miami menentang Cincinnati masih belum jelas. Namun Ketua Jurulatih Tata Martino sebelum ini berkata beliau yakin penyerang Barcelona itu masih akan melakukan penampilan untuk kelab Amerika Syarikat itu pada musim ini.

Secara logik, Messi berkemungkinan kembali menyertai Barcelona secara pinjaman pada Januari hadapan sekiranya Inter Miami gagal melayakkan diri ke play-off MLS pada Disember nanti.

BACA:  Kisah Sebenar Messi Maki Weghorst Bodoh Akhirnya Didedahkan