Barcelona Ikut Jejak Manchester United Bermain Di Europa League

Barcelona akhirnya berjaya mara ke Europa League menerusi slot UCL pada musim ini.

Sebelum Barcelona tersingkir ke Europa League dua musim berturut turut, mereka berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati sebanyak 17 kali berturut turut.

Namun itu cuma sejarah. Kerana hari ini mereka menjadi bahan jenaka penyokong musuh tradisi mereka Real Madrid.

Ketika Barcelona sedang sibuk mempersiapkan diri untuk menentang Bayern Munich di Nou Camp.. Inter Milan pula berterusan merobek gawang Viktoria Plzen, pasukan yang hanya memeriahkan suasana dalam UCL musim ini.

Barcelona akhirnya tersingkir sebelum sepak mula lagi.

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib yang menimpa Barcelona. Di mana mereka masuk ke padang dibelasah pula oleh Bayern Munich di hadapan penyokong mereka.

Dengan kegagalan menewaskan Inter dalam dua pertemuan sebelum ini, maka Barca harus menelan hakikat bahawa mereka harus beraksi di UEL bersama dengan bakal juara Manchester United.

Sebelum ini De Jong menyatakan dia tak mahu ke Manchester United kerana tidak mahu bermain di UEL. Namun sekarang dia berpotensi ke Manchester United sebagai pemain Barca untuk beraksi di pentas UEL.

Sejak 2018, pelbagai peristiwa tragis menimpa Barcelona dalam kempen UCL. Pada 2018 dan 2019, mereka melepaskan kelebihan agregat yang besar untuk dikejar Roma dan Liverpool, kemudian tersingkir.

Pada tahun 2020, Alphonso Davies mengetuai Bayern membantai Barca dengan kemenangan 8-2 berpihan Bayern.

Dua tahun terakhir dalam pentas UCL, mereka tersingkir di peringkat kumpulan. Dan pasukan yang menghumban mereka adalah Bayern. Barcelona yang menjadi pasukan paling aktif membeli dan mendaftarkan pemain musim ini telah menelan kekalahan memalukan sekali lagi.

Dalam satu lagi aksi lebih awal. Inter Milan membelasah Viktoria Plzen 4-0 untuk menjamin kemaraan pasukan dari Itali itu ke pusingan 16 terakhir dan menyebabkan Barca tersingkir pada pusingan pertama untuk musim kedua berturut-turut.

Nou Camp padat dengan kira kira 84,000 penyokong membanjiri stadium.

Di Nou Camp, Bayern sekali lagi tidak menunjukkan rasa belas kasihan ke atas pasukan yang kini diwakili legenda mereka Robert Lewandowski.

Tanpa beberapa pemain penting mereka seperti Manuel Neuer, Lucas Hernandez dan Leroy Sane, kelab Jerman itu masih berjaya menewaskan Barcelona dengan margin 3 gol tanpa balas.

Dilaporkan segelintir peminat Barcelona meninggalkan Nou Camp selepas tamat separuh masa, walaupun majoritinya masih setia bersama pasukan.

Ada juga yang sudah move on dan menerima hakikat bahawa Barcelona hanyalah pasukan Europa League yang mara menerusi slot UCL.

Sama seperti kekalahan El Clasico terbaru pasukan Catalan itu kepada Real Madrid, ada kalanya mereka lebih baik daripada lawan mereka, tetapi lawan mereka yang lebih bijak tahu masa yang sesuai untuk menyakitkan mereka dengan serangan yang tajam.

Barcelona sangat tumpul, tanpa sebarang shot on target dalam perlawanan ini.

Barcelona kini akan menumpukan perhatian kepada Europa League selepas gagal memenanginya pada musim lalu. Mereka pasti sedar bahawa kesempatan kedua ini adalah rahmat buat mereka. Bukan semua pasukan berpeluang untuk menebus kegagalan di Europa League buat dua musim berturut turut.

Robert Lewandowski terus gagal untuk menjaringkan gol ke atas bekas kelab lamanya, Bayern Munich.

Malah sebelum perlawanan, Thomas Muller dan rakan rakannya, menahan diri daripada mengekek ketawa menyatakan kepada Lewandowksi bahawa mereka sudah sampai di Barcelona.

Muller berkata: “Lewy [Robert Lewandowski], kitorang datang ni.”

Sampai sampai je dah rasa nak tergelak diorang sebab rasa dah cukup kelakar. Belum lagi dalam stadium, kelakar berganda apabila Barcelona tersingkir sebelum sempat menyepak bola.

BACA:  Casillas Anggap Oblak & Ter Stegen Sebagai Penjaga Gol Terbaik Dunia