Barcelona Mahu Aksi Repeat Lawan Real Madrid Sebab Tak Puas Hati Dengan Pengadil

Presiden Barcelona mahukan aksi repeat atau perlawanan ulangan  aksi el clasico antara Real Madrid dan Barcelona.

Kem Barcelona tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang dianggap memihak kepada Madrid untuk menang.

Dalam aksi tersebut Barcelona dua kali di hadapan. Dan dua kali Real Madrid mengikat mereka sebelum menang 3-2 hasil jaringan Jude Bellingham.

Salah satu insiden yang membuatkan Barca marah adalah ketika gol Lamine Yamal tidak diberikan kerana pengadil tidak pasti sama ada bola sudah melepasi garisan gol atau tidak.

Pengurus Barcelona, Xavi kecewa kerana tiadanya Goal Line Technology di dalam La Liga berbanding dengan liga yang yang memilikinya.

Barca mendakwa bola Lamine Yamal sudah masuk namun tidak diberikan kerana tiada sudut pandangan jelas yang boleh mengesahkan perkara tersebut.

Penjaga gol Barcelona, Marc Andre Ter Stegen membidas La Liga.

“Mereka tidak ada satu pun sudut pandang kamera yang jelas untuk mengesahkan gol itu. Itu membuatkan saya hilang kata kata. Saya sangat kecewa.

“Liga yang sebesar ini, dan seringkali canang kita adalah antara liga yang paling banyak wang. Namun kita tidak membelanjakan wang pada Goal Line Technology, ianya sangat memalukan,” tegas penjaga gol asal Jerman itu.

Xavi pula tampil menyindir pengadil dengan berkata: “Saya tidak mahu komen pasal pengadil, kerana mereka akan denda saya. Namun kamu sendiri lihat kan dengan jelas apa yang berlaku di atas padang.”

“Dia [pengadil] awalnya tidak nampak benda itu, namun saya berharap dia akan memperbaiki keputusannya selepas itu. Tetapi tiada apa yang berlaku pun.

“Saya sangat kecewa. La Liga sembang mereka nak jadi liga terbaik di dunia tetapi tak ada teknologi ini. Pada hari pertama lawan Getafe lagi saya sudah cakap saya tidak suka dengan perkara yang saya lihat.

“Ini adalah koleksi perkara yang mengarut. Perasaan saya, ia adalah ketidakadilan yang maksimum. Saya tak boleh nak tipu sesiapa terutama penyokong kami. Dan jelas semua orang dah cakap tentangnya.”

Presiden Barcelona, Joan Laporta mahu insiden itu disiasat. Dan jika gol oleh Lamine Yamal itu didapati sah dan harus diberikan, maka Barca mahukan perlawanan ulangan atau repeat ataupun rematch.

Laporta berkata: “Kami dah minta RFEF untuk memberikan kami semua imej dan audio ketika gol Lamine Yamal dibatalkan.

“Jika gol itu didapati bersih, kami tak menolak untuk memohon aksi rematch untuk perlawanan ini.

“Kami akan pergi lebih jauh, dan kami tidak akan menolak sebarang kemungkinan.”

Kemenangan Real Madrid dalam aksi el clasico kali ini membolehkan Los Blancos semakin hampir dengan kejuaraan La Liga musim ini.

Barcelona kini semakin jauh di belakang mereka. Barca sangat kecewa dengan kekalahan ini. Yang berlaku hanya beberapa hari selepas mereka disingkirkan oleh PSG dari suku akhir UCL. Meskipun Barca sudah membawa pulang 2-1 kelebihan agregat daripada aksi di Paris.

Baca Juga

Baca Juga