Barcelona Mahu Menandatangani Pemain Yang Telah Mereka Jual Dua Kali Sebelum Ini

Barcelona kini sedang dalam usaha untuk menandatangani pemain sayap Getafe, Marc Cucurella dengan nilai £15 juta.

Jika penandatanganan itu berjaya, ia bermaksud ini adalah kali ketiga Marc Cucurella menandatangani perjanjian dengan Barcelona.

Pemain berusia 21 tahun itu meninggalkan gergasi Catalan ke Gatafe dengan perjanjian tetap pada Januari lalu.

Tetapi menurut laporan dari Marca, beliau mungkin akan kembali ke Nou Camp pada jendela perpindahan musim panas nanti.

ini adalah kali kedua dalam tempoh dua tahun beliau keluar dari Barcelona untuk bersama pasukan lain dan beliau tidak pernah kekal bersama mana-mana pasukan lebih dari setahun.

Sebelum itu beliau beraksi bersama Eibar pada Januari 2019 sebelum kembali menandatangani perjanjian bersama Barcelona pada musim panas lalu.

Cucurella juga boleh bermain dibahagian pertahanan kiri, posisi yang cuba diperkuat oleh Barcelona dengan menandatangani Junior Firpo musim panas lalu.

Namun, Firpo masih lagi tidak menunjukkan kehebatan dan kemampuan beliau sejak ketibaannya dari Real Betis dan posisi itu masih lagi diisi oleh Jordi Alba.

Penandatanganan semula Cucurella juga salah satu langkah yang dilihat untuk melemahkan Getafe yang mengharungi musim ini dengan penuh cemerlang.

Pengurus pasukannya Jose Bordalas berjaya membawa Getafe untuk mencabar tempat layak ke saingan Liga Juara-juara musim hadapan dan kini mereka juga masih bersaing dalam pusingan 16 Europa League.

Sekiranya saingan Europa League kembali bersambung, Getafe telah dijadualkan untuk bertemu pasukan Inter Milan di pusingan 16.

Cucurella bukan hanya dikaitkan dengan Barcelona bahkan pada awal minggu lalu, beliau turut dikaitkan dengan perpindahan ke Napoli.

Presiden Getafe, Angel Torres telah memberitahu Radio Marca bahawa beliau telah dihubungi oleh pengerusi Napoli, Aurelio De Laurentiis tentang Cucurella.

Napoli kemudian telah mengeluarkan kenyataan di laman twitter milik mereka untuk mengesahkan bahawa berita tentang Cucurella itu adalah palsu.

Kenyataan tersebut menyatakan:

“Mengenai topik Berita Palsu (kami tidak akan pernah bosan melawan isu memanipulasi maklumat), kami terbaca bahawa Napoli sangat berminat dengan Cucurella bahkan Presiden De Laurentiis selalu menghubungi presiden Getafe setiap tiga hari. “

Pada masa ini tidak diketahui apa yang akan terjadi pada jendela perpindahan musim panas nanti memandangkan semua pasukan terkesan dengan wabak yang sedang melanda dunia kini. Namun, Barcelona juga mempunyai pemain lain dalam radar mereka.

Pasukan kendalian Quique Setien kini dilaporkan sedang hampir pasti untuk menandatangani pemain midfield Juventus, Miralem Pjanic.

Menurut laporan dari Gazzetta dello Sport, pemain Pjanic sudah bersetuju untuk ditukarkan dengan Arthur ke Barca namun kini mereka sedang menanti keputusan dari Arthur sama ada beliau mahu ke Juventus atau tidak.

BACA:  Copa Del Rey Semi-Final: Barcelona 3 - 0 Sevilla (Agg. 3-2)