Barcelona Mahu Pancing Andy Robertson Tapi Yuran Perpindahan Mungkin Jadi Penghalang

Juara La Liga, Barcelona telah mengenal pasti bek kiri Liverpool, Andy Robertson sebagai pemain sasaran mereka pada jendela perpindahan musim panas nanti menurut beberapa sumber dari Sepanyol.

Pemain antarabangsa Scotland itu berada dalam prestasi terbaik musim ini, dimana beliau telah mencatatkan 13 assists dalam semua pertandingan selain membantu Liverpool mara sehingga final Liga Juara-Juara Eropah.

Adakah Robertson akan menjadi pemain Liverpool seterusnya yang merumput di Nou Camp selepas Coutinho dan Suarez?

Robertson berpindah ke Anfield pada tahun 2017 dari Hull City, dengan yuran perpindahan sekitar £8 juta sahaja. Walaupun mengharungi permulaan karier yang perlahan bersama Liverpool, Robertson akhirnya berjaya menambat hati Jurgen Klopp musim lalu sehingga diangkat menjadi pemain utama dalam skuad Liverpool.

Persembahan jitu Robertson sejak kebelakangan ini membuatkan namanya meniti di bibir kelab ternama sekitar Eropah dan Barcelona antara kelab yang sangat berminat untuk cuba membawa masuk Robertson dalam masa terdekat ini.

Akhbar Sepanyol, Mundo Deportivo melaporkan Barcelona mengenal pasti Robertson sebagai bek kiri yang mereka mahukan selepas ini, walaupun Jordi Alba baru sahaja menandatangani kontrak baru selama 5 tahun bersama kelab tersebut.

14 March 2019, Bavaria, München: Soccer: Champions League, knockout round, round of sixteen, second leg: FC Bayern Munich – FC Liverpool in the Allianz Arena. Sadio Mane (l-r), Joel Matip, Andy Robertson (top), Virgil van Dijk and Roberto Firmino hug each other after scoring. Bavaria loses the game 1:3. Photo: Tobias Hase/dpa

Namun begitu, Barcelona sedar operasi untuk memancing Robertson adalah sukar memandangkan pemain itu telah melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2024.

Barcelona juga percaya yuran perpindahan Robertson mungkin melonjak sehingga €150 juta, kerana Barcelona bersetuju untuk membayar premium €100 juta kepada mana-mana pemain Liverpool ketika melakukan rundingan untuk membeli Philippe Coutinho.

Nilai semasa Robertson adalah sekitar €50 juta tetapi Barcelona bersetuju dengan klausa premium yang ditetapkan Liverpool yang berjalan sehingga musim panas 2020. Situasi in menjadikan perpindahan Robertson mustahil untuk berlaku buat masa sekarang.

Robertson dan Coutinho bergabung kembali ?

Persembahan Robertson bukan sahaja menarik minat kelab yang berminat, tetapi beliau juga berjaya memenangi hati pengkritik yang juga lagenda Manchester United, Gary Neville.

“Robertson telah menjadi bek kiri yang menakjubkan. Saya boleh katakan, ketika bersama England, kami cuba masuk melalui beliau. Lakukan larian di belakang beliau, kerana Robertson bagus ketika menyerang, tetapi lemah ketika bertahan.”

“Apa yang beliau lakukan bersama Liverpool dari segi bertahan membuatkan saya terkejut.”

BACA:  Lewandowski Semakin Hampiri Rekod Ronaldo